Friday, January 29, 2021

RESEPI DADIH SUSU STRAWBERI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku diminta untuk hadir oleh pengarah, dia ada mesyuarat jadi minta lah setiausaha nya ada. Tapi dia kata bila siap kerja boleh balik awal. Pukul 12 lebih nanti aku balik lah bila kerja dah siap.

Hari ini aku nak kongsi resepi paling mudah tapi sedap. Ini pun sebab aku baru cuba buat heheheh.

Bahan-bahan:

1/3 agar-agar tali

1 liter air di tapis @ air coway

1 liter susu segar @ boleh jugak guna susu full cream, kat rumah ada susu strawberi je

Cara masak:

- Gunting halus agar-agar dan masak dengan air 1 liter hingga cair semua.

- Bila dah hancur masukkan susu dan kacau hingga mendidih dengan buih kecil boleh matikan api.

- Terus masukkan dalam bekas bila sejuk simpan dalam peti ais, lepas tu sedia untuk di minum.


Ini sahaja bahannya, kalau guna susu full cream rasa lagi berlemak

kacau agar-agar dengan air sampai dia betul-betul hancur

Masukkan susu kacau lagi, bila mendidih sikit matikan api

Aku isi dalam bekas besar macam tau fu fa tuh

2 bekas akhir aku campur dengan susu coklat 1 kotak kecil

ini lah rupa dadih nya... lembut je macam orang jual dadih tu

Model dadih, dia makan yang coklat... 1 bekas ini banyak memang kongsi 3 orang 

21 comments:

  1. Senang 3 bahan. Susu pun boleh susu ada perisa.

    ReplyDelete
  2. memang suka beli dadih yg dijual d pasar tani or malam. cuma skrg ni PKP jd x leh gi beli d sana..

    ReplyDelete
  3. Senang! Tapi dadih ada serbuk instant juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, ini kalau kebetulan ada agar2 boleh cuba tanpa beli serbuk

      Delete
  4. Sedap makan dadih sejuk sejuk buat kudapan. Aiyan semestinya model masakan mama :)

    ReplyDelete
  5. Macam senang aje buatnya.
    Tapi lagi senang kalau tunjuk yang dah siap aje.

    ReplyDelete
  6. Bila tgk entrik dana br teringat mak kakmim ada bg agar² tali semlm.. x buat pn lg sbb layan kdrama je ri ni

    ReplyDelete
  7. glowing muka ayan dapat makan dadih ye

    ReplyDelete
  8. sedapnya tgk aiyan makan dadih buatan mama dia ^_^

    ReplyDelete
  9. Dah lama akak tak buat dadih ni. Sedap juga, layan dadih sejuk time cuaca panas. :)

    ReplyDelete
  10. Menariklah.. boleh jadikan dessert kat rumah nie..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...