Showing posts with label hari cuti. Show all posts
Showing posts with label hari cuti. Show all posts

Friday, June 5, 2026

BALIK KERTEH DAY 1

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat tanpa resepi lagi, kita cerita tentang balik kampung Kerteh jelah ya. Kami gerak pagi ahad lepas subuh kan, jalan memang lenggang. Sampai ke Kerteh pukul 10 pagi, alhamdulillah betul perjalanan lancar sangat. 

Pukul 7.44 pagi sampai R&R Temerloh ingat nak sarapan nasi lemak tapi nampak ikan patin tempoyak pulak
Mall yang paling terkenal di Kerteh sebab dia jelah yang ada
Dia nak pilih jersi pulak
Sampai rumah mak mentua, melepak sambil berborak 
Lepas asar jenjalan kat Pantai Kemasek

sotong celup tepung
1 bekas ni RM10, ada 7 ekor udang sedap sebab segar lagi udangnya
pad thai tapi itulah kucainya takdok
abc tapi terlalu manis... minum sikit je



gaya bergambar makcik-makcik hahahha


Tuesday, May 26, 2026

BANK NEGARA MALAYSIA, MUSEUM AND ART GALLERY

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi kawan-kawan, semalam aku cuti rehat tapi itulah jadi malas nak buat entri. Hari ini datang pejabat pun lenggang je dari jalan sampai pejabat ni parking pun kosong je. Ramai yang dah cuti tinggal beberapa orang je yang rajin kerja lagi hehehe. 

Ceritanya hari ahad lepas ajak Edy dan Aiyan jalan-jalan ke Bank Negara Malaysia, Museum and Art Gallery di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Tapi aku up gambar dia jadi terbalik pulak, yang mula turun ke bawah. Malas pulak nak susun semula korang baca turun bawah dulu tau hehehe.

Bank Negara Malaysia

Museum and Art Gallery,

Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480,

 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur











duit betul semua ini ya










nampak macam mudah tapi susah jugak nak susun ni

semua beg kene simpan dalam locker ni

cara nak guna locker tu mudah je tau

Boleh bawa dompet, telefon bimbit dan kamera je tau 

Monday, October 27, 2025

KL PARK FESTIVAL DI TASIK TITIWANGSA

 Assalamualaikum semua,

Sepatutnya minggu lepas nak kongsikan cerita ini tapi terlupa pulak. Jadi kita cerita hari ini lah pasal kisah Festival Park ini. Festival ini di buat pada 17 hingga 26 Oktober yang lepas. Hari ahad 19hb tu kami dah pergi masa tu pukul 10.30 pagi memang penuh parking jadi kami balik je. Isnin tu kan cuti Deepavali pukul 8 pagi kami dah sampai situ. Dapat parking dekat dengan pintu masuk, sarapan di gerai tepi sebelum masuk ke tasik pada pukul 9 pagi. 

Masa mula tu, jalan-jalan tengok gerai-gerai yang jual pokok. Pelbagai jenis bonsai, bunga orkid tapi aku tengok jelah tak terasa nak beli. Lepas tu jalan lagi dekat separuh tasik juga berjalan baru jumpa pelbagai sususan dan gubahan bunga. Cantik dan leka betul menengoknya. Sampai ke bahagian dekat pentas utama tu aku dah kepenatan, tak sanggup nak habiskan 1 pusingan. Jadi balik la kita, sambil tu kejap-kejap duduk sebab kepenatan. Kalau datang waktu malam lagi best, lampu-lampu nya lagi meriah. Dia lebih kurang macam floria tapi versi mini gitu hehehe.


Cantik tau, bunga yang diawet dan tahan sampai bertahun

bunga yang sekuntum tu RM50, yang besar atas tu Rm500