Thursday, May 16, 2024

PHOTO DIARY #16/2024

 Assalamualaikum semua,

SELAMAT HARI GURU buat semua kawan-kawan yang berkerjaya sebagai seorang pendidik. Sesungguhnya jasa kalian tidak kami terbalaskan. 

Jom la kita layan cerita bergambar, sementara ada masa lapang ni. Dah beberapa hari selalunya sunyi je entri aku ni. Maafkan lah kekhilafan diriku ya.

Kelmarin, kawan bawak laksa lemak makan sama-sama kat pejabat

peralatan budak-budak pejabat untuk kerja luar pengukuran sempadan Malaysia- Indonesia di Sebatik, Sabah. Alatan ini beratnya lebih kurang 100kg

semalam kami masak singgang di lawankan dengan budu

ulaman

licin sepantas kilat, budak pejabat bagi duit kami tolong masak sebab mereka akan mula kerja luar

Aiyan dan kawan baik nya

dah pukul 2.30 petang baru kami yang geng perempuan makan

ada yang sambut hari lahir juga

geng makcik pantri

gambar pagi tadi dalam pukul 6.35pagi lenggang lagi

bila subuh awal, aku pun terawal sampai pejabat

dah mula lah pakai kasut sukan, lif dah rosak masuk minggu ketiga


Kawan yang baju coklat tu nak pergi haji 19hb ni... bersalaman adegan airmata

Tuesday, May 14, 2024

MENU LUNCH DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan sangat malas buat entri, ada je kerja nak buat bila menghadap komputer. Tapi selalu jenguk-jenguk jugak rumah kawan-kawan tinggalkan jejak. Jom kita layan cerita bergambar jom, kisah jumaat minggu lepas, kami masak menu tengahari di pejabat.

Hari khamis pun dah masak yang ringkas sambal sardin kangkung dan telur


rehat tu kan lama jadi kita masak la, hari ini masak tomyam ayam

buat 1 periuk besar

makan bersama-sama berselera rasanya



lepas tu ada kawan masak kambing perap pulak... makan sesama


Friday, May 10, 2024

RESEPI GORENG BUNCIS DENGAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Resepi hari ini yang mudah ringkas tetapi sedap. Jom tengok resepinya jom kawan-kawan ya.


Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih, ketuk atau hiris nipis

3 biji cili bangla, potong 2

1 mangkuk kacang buncis

15 ekor udang

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga kekuningan, masukkan udang. 

- Masak hingga setengah masak, masukkan buncis, gaul-gaul tutup kan kuali biar udang dan buncis masak.

- Akhir sekali tambah garam sikit dan siap.







walaupun bahannya sangat ringkas tetapi percayala memang sedap sayur ni

Wednesday, May 8, 2024

SAMBUTAN MAJLIS RAYA JUPEM

 Assalamualaikum semua,

Tarikh 30 April 2024 bersamaan 21 Syawal kami buat Jamuan Raya JUPEM. Asyik gambar jamuan raya je kan, maaf lah ye kawan-kawan. Sekarang ni pun tak sempat nk buat entri awal ada je kerja nak dibuat. Oklah jom kita tengok gambar yang ada ya.

comel topi ni sebab boleh gerak-gerak telinga tu dan ada lampu

Hadiah untuk permainan aiskrim premium

Khemah kami sangat ringkas, jual aiskrim je kan

Jiran tingkat 4, dia datang jumpa aku sebab nak bagi duit raya kat Aiyan

bergambar dulu sebelum kene serang


Tema kami arnab, sebab tu yang bertugas pakai topi arnab

comel betul adik vendor ni kan.... baju lak sama warna


Balik sekolah dia pun singgah dulu makan apa yang patut



Tuesday, May 7, 2024

JAMUAN RAYA KEDAI PUSPANITA

 Assalamaualaikum semua,

Kisah jumaat 2 minggu lepas, kami buat jamuan raya di Kedai Puspanita. Menu simple je panggil pembekal dan AJK je. Jom la kita tengok gambar yang ada agak malas nak menulis panjang-panjang.

menu ada mee kari, soto, ketupat palas dan rendang, rojak pakistan dan manisan

rewang dari awal pagi

menu yang aku masak soto 

rojak pakistan ni sedap

mee kari ni pun sedap isi banyak

cikgu-cikgu taska datang petang





orang kuat kedai