Showing posts with label photo diary. Show all posts
Showing posts with label photo diary. Show all posts

Thursday, October 8, 2026

PHOTO DIARY #34/2026

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan ingatkan pasal parking berbayar tu, RM8, kalau masuk 2 kali jadi RM16 dok kira-kira mau sebulan dalam 300 lebih jugak bayar parking saja. Pastu aku tanya maktek boleh tak ambilkan Aiyan balik sekolah, aku bayar upah dekat dia. Dia kata ok je sementara dia belum bersalin ni, dijangkan bersalin dalam bulan 11 akhir gitu. Bila tak perlu keluar tengahari kurang sikit la penat kaki berjalan jauh tu. Jerebu makin teruk, dekat KL dan Selangor ingat dah teruk dekat kampung Johor lagi teruk rupanya. Putih sampai tak nampak jalan sekolah pun ditutup 2 hari khamis dan jumaat. Kawan-kawan jaga diri, pakai mask kalau keluar, minum air kosong banyak ya. Oklah jom layan cerita bergambar.

Dapat masuk pejabat awal sikit

Kasut baru, kerja sini baru masuk 2 minggu dah 2 kasut baru huhuhu


Gambar tadi masa balik dari hd

Ini gambar makngah hantar kt kampung pagi tadi

Makyan hantar gambar dekat Jalan Bukit Batu, pukul 7 pagi

Aku biasa pagi pakai baju tshirt lengan pendek lepas hd baru tukar baju batik... kedudukan tapak hd tu payah kalau pakai baju lengan panjang

Semalam petang baru pukul 6 tapi gelap macam dah malam

Luka sebab kena kertas, pernah kena tak?

Lunch semalam, lasagna daging

stoberi matcha tapi tak berapa sedap.... sedap lagi yg zus dan SR

Gambar pagi... nampak elok

gambar pukul 5 lebih sebelum balik hahahha

Thursday, October 1, 2026

PHOTO DIARY #33/2026

 Assalamualaikum semua,

Maafla minggu ni sangat sibuk, aku dah mula kerja di pejabat baru sejak isnin. Itu yang nak sesuaikan diri di pejabat baru, kerja baru, boss baru. Memang agak kelam kabut betul. Hari ini baru dapat jenguk blog kejap. Nanti kita cerita pasal tempat baru sebelum tu kita cerita pasal minggu sebelum bertukar ya. Jom kita tengok cerita bergambar.

jumaat pagi tu boss ajak sarapan sama-sama

Cantik langit biru masa ni

masa rehat kan tutup lampu, akan merindui pejabat ini dan seisi alamnya

Punch terakhir kali kat JUPEM

Hasil usaha 4 tahun dekat pejabat ini

sabtu selepas hd singgah kemas apa yang patut, kawan pejabat datang sebab mereka ada sukan

ahad pagi sarapan berdua je Edy masih belum keluar hospital


Boleh tolong angkat kan barang yang beli dari pasaraya

Petang tu pergi tengok Edy kat hospital, naik grab je

Orang sakit siap pergi turun ambil kami takut sesat

Kene pau dekat familymart

hospital gleneagles

1 jambak tu semua harga ratus-ratus

Thursday, September 24, 2026

PHOTO DIARY #32/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sibuk lagi pastu tengahari tadi sibuk mengemas lagi apa yang patut. Entah la rasa tak siap-siap mengemasnya hahahha. Baru nak mengemas ada dah boss datang tanya itu ini jadi tergendala. Kadang balik lewat jugak sambil mengemas tu sikit-sikit kan.Oklah jom layan cerita bergambar jom. Semalam Edy masuk hospital, jadi agak sibuk la aku waktu pagi tu. Dengan nak bawak barang jualan dengan hantar Aiyan ke sekolah lagi tu.

Lepas ni boss dah kene belajar alihkan kon parking dia sendiri

Pagi tadi kan hujan, hantar la sampai dekat dengan tempat dia menunggu

Masuk kat Gleaneagles Kuala Lumpur pakai insuran pejabat dia

Dah lama dah tak nampak langit biru kat Selangor

Tapai goreng, sedap tau

mintak kawan buat kan aiskrim malaysia

gigih  buat aiskrim

Dari isnin dah mula hantar dia pergi sekolah

pertama kali jumpa, masak asam kulit tembikai

3 budak nakal hahahha

Lebam dah dekat seminggu pun masih ada lagi

cantik kan rantai dia, muka dia bengang sebab Edy baru belikan loceng dia yang besar tu

Thursday, September 17, 2026

PHOTO DIARY #31/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bawak bekal roti krim je dengan air, lepas tu belum pukul 10 pagi perut dah mula rasa lapar. Dada berdebar-debar pulak, entahla tak selera nak makan sangat sudahnya sampai je kat pejabat singgah kedai makan kuih sebekas dulu. Baru boleh naik pejabat buat kerja. Itulah sejenis degil kan hahahah. 

Pagi semalam suruh dia siram pokok, memang suka lah dia kadang dok tengok bukan main lama menyiram sambil main air sekali


Menu sarapan bila cuti, nasi goreng makan dengan kerepek peria


Semalam kan cuti, dari pagi sampai ke petang makan nasi goreng jelah hehehe

Pukul 11 pagi aku ke Felda, nak jumpa doktor nasib la keputusan ujian darah aku ok jadi tak kene marah la kan.


Masa ambil dia hari selasa, dapat nombor 1 pertandingan sajak 

Air lemon original... sedap betul

Hari selasa teruk betul jerebu, dalam 200 kalau tak silap

Bekal hari selasa

Dia ni antara nurse yang baik dengan aku, memacam di baginya kalau balik kampung atau ke mana-mana


Hari isnin mintak tolong maktek ambilkan dia balik sekolah

Beli dekat eco shop

aiskrim malaysia
Bukan main lama nak tunggu dia ni boleh lembut... kalau keras tak sedap pulak hehehe

Budak yang makin bulat...