Assalamualaikum semua,
Ini lah cili api bangla yang biasa aku guna dalam masakan. Cili api ni pedas sangat tau. Ada yang pernah tanya, ini lah rupanya cili bangla bukan lada benggala tau.
![]() |
warna nya memang merah menyala |
Assalamualaikum semua,
Selamat berpuasa ya hari ini kawan-kawan buat yang dapat berpuasa. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Pagi tadi kejut Aiyan bersahur dalam jam 5.20 pagi, makan memang aku suap lah senang sikit. Siapkan juga air milo untuk dia. Itu pun dari pagi asyik tanya bila dia boleh makan? dah pesan jangan makan atau minum di transit, makan atau minum lepas azan Maghrib kat rumah. Harapnya berjaya lah dia.
Semalam petang aku ada terima panggilan dari adik DHL tak silap. Katanya ada hantar barang dan aku minta dia tinggalkan di bawah ampaian depan rumah. Sambil tu fikir aku takde buat pembelian menggunakan DHL. Petang tu sampai rumah terus nampak parcel tu, dia selit tepi pasu, risau hilang katanya. Lepas tu bila dah buka, wowwww... terus tahu dari siapa. Terima kasih akak Amie`s Little Kitchen bagi dana hadiah best ini sebab jadi antara Top 10 Komentator Mac 2021.
Banyak yang diberi, semua cantik dapat brooch dengan mutiara yang cantik, ada juga butang baju melayu bermutiara. Fridge magnet yang cantik dan rantai tangan mutiara. Suka betul dana, terima kasih ye kak.
![]() |
Beg kertas ajaib, pink lagi |
![]() |
macam-macam ada |
![]() |
terima kasih banyak ye kak |
![]() |
comel dan cantik |
![]() |
butang baju melayu ini pun cantik... dengan mutiara hitam |
![]() |
cantik kan... |
![]() |
comel bentuk pepatung brooch nya |
![]() |
wsalam akak yang manis juga.... |
Assalamualaikum semua,
Selamat berpuasa bermula esok semua kawan-kawan tercinta. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ini. Kalau tahun lepas sambutan Ramadhan sangat sederhana dan sunyi tanpa bazar ramadhan. Tahun ini lebih meriah cuma harapnya kita jaga kita, sentiasa ikut SOP kalau ke bazar ramadhan.
Tahun lepas berpuasa dengan paksu tahun ini kami ber3 lagi. Aiyan berpuasa 27 hari tahun lepas harapnya tahun ini pun dapat puasa juga, tahun lepas kat rumah je tahun ini bersekolah.
![]() |
Tahun ini takde baju raya sedondon |
Assalamualaikum semua,
Hari ini aku akan kongsi resepi spaghetti aglio e olio paling mudah dan ringkas. Tapi percayalah sedap di tekak ku. Aku masak pagi untuk bawak bekal ke pejabat. Saja aku bagi banyak sayuran, kalau yang tak suka sayuran boleh je bagi lauk je.
Bahan-bahan:
1 bungkus spaghetti yang telah di rebus dan di toskan
5-6 batang cili kering, potong kasar serong
5 ulas bawang putih, ketuk dan cincang
1 biji bawang besar, potong dadu (pilihan kalau tak suka tak payah letak)
10 ekor udang
2 ekor sotong potong sedang
5 biji tomato ceri, potong 2
capsicum merah, hijau dan kuning ambil suku dan potong memanjang
1/2 kiub ayam
sedikit serbuk oregano
3 sudu besar minyak zaitun
Cara masak:
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik layu lepas tu masukkan cili kering dan kiub ayam tumiskan sekejap
- Masukkan tomato ceri, capsicum dan oregano tumis lagi, lepas tu masukkan udang dan sotong, gaul hingga masak lauk tu.
- Kalau terlalu kering tambah kan air sedikit dan minyak zaitun lepastu masukkan spaghetti dan gaul rata semua, masukkan garam bila dah ok boleh matikan api. Siap
![]() |
Bahan utama, selain spaghetti |
![]() |
Tumis hingga naik bau, bawang putih memang kene banyak baru sedap |
![]() |
Jangan tumis lama biar masih ranggup lagi |
![]() |
boleh je gantikan dengan daging, ayam atau makanan laut lain |
![]() |
Bila dah masak udang tu masukkan spaghetti |
![]() |
Dah siap... bau dia semerbak harum serumah... |
Assalamualaikum semua,
Hari ini bersiaran dari Klinik Pakar HKL, aku ada temujanji dengan doktor. Dia punya debar sampai malam tak lena tidur huhuhuhu. Doakan semuanya ok je kawan-kawan.
Jomla kita layan cerita bergambar, line internet kat sini aduhai boleh tahan siput 😅
![]() |
Cantik tapi macam scary awan tu, awal pagi dalam 7 lebih |
![]() |
Kene cakar ginger 2, sakit betul... berdenyut |
![]() |
Layan makan sardin roll ini, rangup dan isi nya banyak |
![]() |
Hari itu beli kat adik yang jual kat lampu isyarat, walaupun salah tapi kesian... sedap jugak jeruknya dia bagi jerut kulit limau |
![]() |
Bukan main tinggi pucuk asparagus ni |
![]() |
Kejadiam haru pagi semalam, bateri kereta kong masa berhenti bawak Aiyan sarapan |
![]() |
Mujur Edy ada, dia hantar Aiyan ke sekolah dan aku tumpang kawan pejabat yang kebetulan sarapan di kedai sama |
![]() |
Bekalan semalam, bila terlebih sikit rajin |
![]() |
Dapat kurma dari Persatuan Jemaah Islam di JUPEM, sedap kurmanya moist |
![]() |
Malam tadi buat roti untuk hantar ke kedai puspanita, buat 1 adunan je |
![]() |
Kucing muslim friendly, suci bersih bermata biru hehehhe |
![]() |
Bangunan yang nampak cantik dari kejauhan |
Assalamualaikum semua,
Isnin baru ini aku ada hantar roti bun ke kedai puspanita yang baru di buka semula di lobi pejabat. Sebelum ini memang kedai tu ada jual pelbagai makanan dan jadi port lepak Aiyan bila balik sekolah tapi masa PKP ia ditutup dan sekarang dibuka semula dengan pengurusan baru.
Kawan yang jaga kedai mengalu-alukan untuk ada yang menghantar makanan untuk dijual disitu. Ada seorang kawan yang biasa pesan roti sardin dari aku suruh aku hantar roti ke kedai tu. Mulanya memang aku tak nak hantar, malu pun iya maklum la aku masih belum pakar lagi. Tapi aku cuba juga hari isnin hantar 17 bungkus , petang tu sebelum tutup kedai adik yang jaga kedai kata ada 3 biji lagi. Dia minta aku hantar lagi, selasa aku hantar lagi 16 biji sehingga petang semalam tinggal 9 biji lagi. Pagi tadi aku ke kedai dan tinggal 3 biji lagi. Insyallah kalau diminta esok aku hantar lagi.
Seronok jugak rasanya, moga selepas raya nanti masih diminta hantar roti lagi.
![]() |
3 jenis roti je aku hantar setiap hari |
![]() |
Berdebar juga masa nak hantar |
![]() |
Roti sardin yang ada ramai peminat |
![]() |
Hari pertama masa aku datang waktu tengahari dengan Aiyan, ada lagi 6 biji |
![]() |
pelanggan pertama fries di kedai puspanita |
![]() |
Pagi hari kedua tinggal sebiji sebelum aku tambah lagi 16 biji |
![]() |
Ini pagi tadi, tinggal 3 biji... alhamdulillah |
![]() |
Awal pembukaan, masa ni baru usha kedai lagi hehehhe |
![]() |
lebih luas dari sebelum ini |
Assalamualaikum semua,
Hari ini aku ter rajin nak turut serta giveaway dari kawan blogger lagi. Syarat nya sangat mudah itu pasal aku turun serta. Hadiahnya pun best tau dapat sampul duit raya yang sangat istimewa dan limited edition. Kalau sesiapa pun berminat bolehla ke blog Azhafizah. Moga adalah rezeki untuk menang heheheh.
![]() |
klik |
Assalamualaikum semua,
Aku kan sekarang dah jadi peminat tosei, pernah makan tosei biasa, tosei bawang dan tosei telur. Tapi tosei rawa ni aku baru cuba sabtu lepas, dia punya rupa dan rasa aduhai memang buat teringat-ingatla. Ranggup ada ada rasa rempah dan pedas. Memang layan lah, bayangkan aku sabtu ahad aku ambil menu sama. Sesiapa yang belum pernah cuba, wajib cuba tau hehehhe.
![]() |
rupa dia cantik macam renda-renda |
![]() |
ranggup pun iya |
![]() |
ada rempah, hirisan cili dan daun sup |
![]() |
hari ahad order lagi... aduh memang best |
Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsi resepi ayam halia yang mudah dan ringkas. Ini resepi yang aku olah supaya lebih mudah tapi rasanya tetap mantap. Rasanya pun sedap sampaikan Aiyan dok puji...
'Mama masak apa ni? Bau sedap la' 😁😁
Bahan-bahan:
2 bahagian dada ayam dan sedikit tulang
2 -3 inci halia, potong nipis dan memanjang
1 biji bawang holland hiris nipis
3 ulas bawang putih, ketuk
6 biji tomato ceri, potong 2
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( suka pedas lebihkan)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Cara masak:
- perapkan ayam dengan dengan serbuk lada hitam dan sos tiram
- tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau
- masukkan ayam dan tumiskan dengan bawang, tutupkan kuali dengan penutup biarkan ayam masak
- bila ayam dah masak, masukkan tomato , kicap dan garam gaul sekejap dan matikan api
Siap... kalau ada daun bawang pun boleh letak akhir tu.
![]() |
Ini bahan utama |
![]() |
Tumiskan bahan hingga naik bayu tak perlu hingga tukar warna |
![]() |
Masukkan ayam gaul-gaul dan tutupkam |
![]() |
Bila ayam dah masak masukkan tomato, kicap dan sedikit garam |
![]() |
Siap... sedap tau |
Assalamualaikum semua,
Sekejapan sudah hari khami, esok jumaat rasa macam nak cuti. Rasa nak melepak kat rumah, bangun lambat layan drama korea. Tapi fikir balik sabtu pun aku melepak je kerjanya kat rumah cuma tak boleh bangun lambatla. Nak masak sarapan sebab Edy kerja, nanti kita fikirkan macamne yek.
Jom lah kita layan cerita bergambar.
![]() |
Bunga ros oren ni sekarang makin galak berbunga, sebelum ini dia hampir nak mati tapi tiba-tiba je subur. Pasunya macam kecil ingat nak tukar pasu lah nanti |
![]() |
Pokok asparagus daunnya terlentok cepat betul naik daunnya |
![]() |
nampak tak asparagusnya tu, cecepat aku patahkan ambil kalau tidak lambat dia keluar daun lah semakin semak |
![]() |
aku dah rasa stress dengan rumput sekitar pasu ini semakin subur membiak, nak bersihkan pulak susah... menyesal den |
![]() |
aku dah join geng makcik mangkuk tingkat hehehehhe |
![]() |
antara menu yang rajin di bawa |
![]() |
biskut telinga hitam, korang kenal tak? |
![]() |
jajan masa aku sekolah rendah dulu, tak sangka sekarang ada lagi |
![]() |
dah lama tak makan limau bali |
![]() |
sandwish untuk makan malam bia malas makan nasi |
![]() |
cincin masa risik yang diterima 12 tahun dulu, masih lagi muat mujur lah kadang ketat jugak |
![]() |
Semala kat pejabat ada jamuan, rela ku telan banyak ulam dan sayur |
![]() |
malam kelmarin hujan lebat tengok pokok ubi aku... senget sampai |
![]() |
pokok kemboja pun sampai terpusing pucuknya |
![]() |
Patah 1 dahan kemboja, mujurla kecil je |
![]() |
Kudapan kalau kot lapar bila makan banyak salad hehehe |
![]() |
ini mangkuk tingkat hari ini... 1 set |
![]() |
sarapan, snack dan lunch nanti |