Thursday, April 22, 2021

PHOTO DIARY #16/2021

 Assalamualaikum semua,

Kejap je dah hari khamis , bersamaan 10 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu dah masuk 10 hari kita berpuasa rupanya, tapi aku rasa bulan puasa kali ini aku lemau betul. Malas tak serajin tahun sebelum, memacam kuih aku buat kalau tak hari biasa hujung minggu mesti banyak kuih frozen aku buat tapi kali ini hujung minggu lepas nak buat karipap pun tak terbuat-buat.

Terbebel panjang pulak maaf yek, meh la kita layan cerita bergambar.

Pagi sebelum pergi kerja kadang jenguk pokok depan pintu... bukan main siput vavi tuh yek,terus ku campak ke jalan sana, rumput pandai lak ko tak makan, habis pokok aku ko makan

Tiap kali lepas ambil kat sekolah muka penat je budak belakang tu, dan mesti dia akan tidur di transit 

menu hari ke empat, buah wajib ada untuk berbuka

Kena bagi makan dulu budak berbulu tu, kalau tidak sibuk jugak dia kat meja nak berbuka sama

menu berbuka hari ke5, terlebih buah sampai 3 jenis

Menu berbuka hari ke 6, hari ahad rajin sikit aku masak menu... dan dapat jugak juadah dari jiran sebelah-sebelah

menu berbuka hari ke 7, Aiyan kata nak nasi ayam... mama masak nasi ayam dengan sup ayam nya papa beli di bakers cottage

Bila atoknya nak pergi sembanyang terawih, sibuk la cucu-cucu nak ikut

20hb ada mesyuarat agong persatuan kebajikan agama, duduk pun kene ikut SOP... mengantuk bila kawan berborak duduk jauh

Menu berbuka hari ke 8 , buah tetap ada fries dan nugget wajib ada

Kawan pejabat bagi akok... sedap lembut je

menu berbuka hari ke 9, semalam ber carbonara roti john tu Edy wajib beli... 

19 comments:

  1. wahh lumayan juadah mcm2 ado.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple aja wak, banyak ikut selera anak bujang kecik tu

      Delete
  2. Meriah juadah berbuka puasa Dana sekeluarga.
    Siput babi tu kata, tak sedap makan rumput. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, bagi semangat budak kecik tu puasa
      Itula rumput dah panjang tapi pokok sayur kita jugam dibedal siput

      Delete
  3. Teringat Ramadan lepas sebelum pindah PP, asik berulang ke Bakers Cottage beli ayam panggang dia. Murah dan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat penang pun ada kan kak... nanti tetjah sana pulak

      Delete
  4. semua makanan meyelerakan..

    syukur ada rezeki murah untuk dapat menikmati pada musim Ramadan ini

    ReplyDelete
  5. Tembikai tu...rasanya dah tiga hari kami berbuka puasa dengan tembikai, jus tembikai, mojito tembikai.
    Murtabak tu...dua hari bertut=rut-turut Encik Suami belikan Firdaus. Suka sangat dia. Alolo Ayyan... fries dengan nugget tak tinggal ye! Comel jew dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyegarkan bila berbuka dengan tembikai ni kan kak... kegemaran Firdaus murtabak ye, si Aiyan fries dengan nugget sampai mama nya jemu kak

      Delete
  6. hari nk masak apa berbuka dana

    ReplyDelete
  7. Tak jumpa lagi roti john sedap kat sini.. huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Meriah hidangan juadah berbuka puasa. Buah tu penting ada :)

    ReplyDelete
  9. WA : +855969190856

    poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  10. meriah juadah berbuka. tengok roti john terus nak mcari tapi tah mana, takda yg dekat2 berjual

    ReplyDelete
  11. Macam2 menu berbukanya
    Tentu seronok aiyan berpuasa

    ReplyDelete
  12. simple je menu2 kak dana :)
    ALhamdulillah :)

    ReplyDelete
  13. sebab tahun ni tak puasa dalam pkp agaknya kan..saya pun tak rajin nak masak hari2 macam tahun lepas..huhuhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...