Showing posts with label jiran. Show all posts
Showing posts with label jiran. Show all posts

Wednesday, June 30, 2021

AKU, DONAT DAN JIRAN SEBELAH


 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dah 2 hari tak membalas kuih pemberian jiran sebelah. Dia pun hari-hari hantar, balas dendam la tu sebab ada minggu lepas setiap hari aku bagi kuih tapi dia tak sempat balas hehehhe 😁😁😁. Semalam petang dalam pukul 4 lebih aku tengah dok fikir apa lah kuih nak buat, sudahnya aku nak buat donat jelah. Senang pun iya, aku terusla dok letak tepung apa semua dalam bread maker untuk dia uli. Lepas tu dalam pukul 6 sambil tunggu perkembangan donat tu, boleh pulak dengar orang bagi salam, Edy yang keluar ambil. Masuk dalam rumah je dia gelak kat aku sambil tunjuk donat sebekas. 

Edy gelak dan kata, `mesti jiran sebelah tahu awak nak buat donat terus cepat-cepat dia buat dan hantar kat rumah kita hehehhe`. Sakit hati pulak aku, yelah dah lari lah aku punya rancangan. Nasibla aku teringat ada inti kacang merah kat rumah, jadi aku tukar la jadi donat inti kacang merah. Petang tu selamat la hantar ke jiran menu yang lain bukan donat biasa heheheh. 

Donat jiran sebelah, dia dah 2 hari bagi aku bomboloni lepas tu semalam donat pulak dia pun mesti dah kehabisan idea heheheh 

Ini donat inti kacang merah aku... menggoda ke idok heheheh 

             

Thursday, November 26, 2020

PHOTO DIARY #37/2020

 Assalamualaikum semua,

Bertemu kita lagi di hari khamis yang dingin. Hari ini kita bersiaran di rumah sambil bermalasan. Rasa kadang tepu idea nak menulis. Jomla kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan. Bila lah negeri Kuala Lumpur dan Selangor boleh left group PKPB ini ya, negeri lain ramai dah left group. huhuhu

2 minggu lepas, teringin pulak minum air nenas, kebetulan ada separuh nenas dah buang kulitnya rebus dan layan airnya dengan ais... 

mini satar popia beli dengan bekas kakak PPM Aiyan, sedap cukup rasa 

Bila aku BDR dan rasa malas masak tapi nak masak, aku akan masak nasi goreng dengan noxxa senang cerita 

manik dan pearl lama yang dah bercampur... nak buang sayang, ini lah yang aku guna untuk memanik extender, sambil saja-saja mengisi masa lapang

bila anak berbulu ini lepak depan grill, barang sampai pun malas nak ambil lagi, kang bukak pintu laju-laju berlari nak keluar budak-budak ni

bila inti kentang sardin dah habis, goreng telur dan sosej untuk jadikan inti popia

tambah lada hitam dan mayonis sebelum balut tu... 

jiran sebelah aku ni memang rajin membaking, sedap-sedap lak tu kek dia buat... aku cuma rasa syukur jelah hehehe

jumaat lepas balik dari pejabat, Edy kata nak beli ayam golek je... senang kerja cuma masak nasi je

kek lotus jiran bagi, ini pertama kali aku makan kek viral ini tau

jiran aku ni bila dia BDR memang kerjanya asik masak macam-macam

paparazzi sekodeng rumah, maktek kata Ecah sibuk nampak paklong nya ... terus petang tu dia ajak datang rumah aku

bila mama kerja dia suka sebab boleh sarapan kat luar di kedai kegemarannya.

Thursday, April 2, 2020

PHOTO DIARY #12/2020 AKTIVITI MENGHILANGKAN KEBOSANAN


Assalamualaikum semua,

Dah berapa minggu tak buat segmen PD ni, hari ini mohla kita ya. Sepanjang 2 minggu PKP memang pelbagai aktiviti dibuat selain masak masak makan hehehe. Mohla kita tengok apa aku buat, kami buat untuk penuhi masa lapang.

Selongkar novel lama, baca semula novel lama yang ada

perutusan dari PM, sambung PKP hingga ke 14 april, paksu la paling kesian heheheh

Buat popia sardin kentang untuk kudapan selama seminggu

Aiyan keluarkan mainan lego dia yang sekotak besar dan apa lagi... paksu pun kadang tumpang sekaki

Sejak PKP ni basuh baju, sidai dan lipat memang edy yang buat hahahah

Jiran blok sebelah bagi puding karamel, balas bingka pandan yang aku bagi 2 hari sebelumnya

selain tengok kartun, main hp, main lego dan baca komik ini aktiviti kegemaran dia

Kalau beli ikan kat kedai acheh sekarang diaorang tak sempat nak siang dan potong, kene la siang dan potong sendiri

Jiran sebelah rumah, pagi-pagi semalam dah bagi roti panas

Nasibla petang tu juga aku memang tengah bakar puding roti, dapatla bagi kat jiran sebelah ini buat balas makana yang dia dok hantar

Lepas tu petangnya dia bagi lagi bubur kacang lagi