Showing posts with label Covid. Show all posts
Showing posts with label Covid. Show all posts

Thursday, March 10, 2022

PHOTO DIARY #8/2022

 Assalamualaikum semua,

Maaf lambat buat entri dan dah lama tak buat entri. Lebih banyak duduk bilik membuta melayan sakit, tapi hari ini dah beransur baik cuma waktu malam batuk masih tak terkawal. Edy pun dah positif tinggal Aiyan yang masih negatif. Moga dia tetap akan negatif.

Sejak Edy positif memang adik aku maktek yang banyak membantu. Tolong belikan barang belanja, setiap hari dia hantar sarapan, makan tengahari dan malam walaupun aku dah kata tak payah aku boleh dah masak. Sampah pun dia yang buangkan. Moga Allah membalas dengan pahala dan kebaikan buat adik aku tu.

Jomla kita tengok cerita bergambar.

Air kelapa pun dia tambah cengkih dan lemon, tapi sedap je

Ada kawan hantar soto dan bergedil


Ajk penduduk yang beri sumbangan, alhamdulillah

Lepas Edy pun positif Aiyan kene tidur sendiri, dia tak nak tidur kat bilik jadi bagi tidur dekat ruang tamu. Malam-malam dia nangis jugak tapi pujuk-pujuk dia tidur, pastu nangis lagi memang kesian tapi untuk kebaikan dia

Sejak Edy positif maktek hantar sarapan pagi... 

Budak yang tengah sarapan

Tengahari aku kata tak payah hantar lauk, dia hantar untuk makan malam

Pagi tadi aku buat sarapan

Maktek tetap juga hantar sarapan, siap buangkan sampah lagi

Bunga ros dan tanam lain yang tak terjaga

Edy sibuk sekodeng pokok terung dia

Ada yang dah berbuah rupanya
Maktek yang tolong belikan barang

Sunday, March 6, 2022

2 TAHUN AKU BERTAHAN, MENGELAK SEHABIS BAIK TAPI AKHIRNYA

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya benda yang paling aku cuba jauhi akhirnya. Sabtu malam aku buat saliva test untuk Aiyan dia negatif tapi sebaliknya aku yang dapat 2 line. 😳😳

Pagi sabtu tu aku dah rasa sakit tekak dan batuk tapi ingatkan sebab minum laicikang tapi rupanya.... doakan aku cepat sembuh ya. Edy dan Aiyan negatif harapnya terus negatif la. Simptom yang aku rasa sakit tekak, batuk, badan dedar dan hidung tersumbat.

Masa Edy cakap 2 line... aku ingat dia main-main

Berkurungla dalam bilik


Barang keperluan harian

Ubat untuk sakit tekak... 

Monday, October 18, 2021

PAKAI GELANG PINK

 Assalamualaikum semua,

Hari ke 6 kuarantin Aiyan, 21hb nanti potong gelang di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Tak perlu kuarantin 14 hari tapi 10 hari je kata staf dia KKKL. Pesan nya kalau ada simptom yang teruk terus datang ke KKKL untuk buat swab test lagi. 

Masa dalam perjalanan dia berdebar ni takut kene cucuk hidung

Memang ramai kanak-kanak dan bayi

Sampai rumah dah... pesan berkali-kali jangan buka tau gelang tu

Belajar makan limau, walaupun sampai kembang hidung

Masa tu kan takde air, beria la tolong papa angkat air..

Dah penat tolong papa angkat air, baring la dia

Video masa Aiyan kene pakai gelang pink

Wednesday, October 13, 2021

PENGALAMAN PERTAMA

 Assalamualaikum semua,

Semalam petang masa ambil Aiyan, ada orang tegur katanya suruh bawa Aiyan buat swab test. Sebab ada seorang kanak-kanak datang ke taska pada jumaat petang dan dia positip. Petang jumaat tu dia ada datang dan main dengan kanak-kanak di transit termasuk Aiyan.

Lepas cakap dengan dia dari JUPEM sampai ke rumah macam-macam aku fikir. Kalau negatif oklah kalau positif panjang ceritanya dengan Aiyan yang dah sekolah, aku dan Edy yang kerja. Edy sampai rumah je terus kami ke klinik untuk buat ujian rtk. Debar jangan cakap, aku dengan Aiyan pertama kali la kene jolok hidung, Edy dah biasa setiap 2 minggu kene buat. Pedih jugakla hidung ni sampai ke malam terasa gatal sengal tu takde dah. 

Keputusannya kami semua negatif, tapi Aiyan kene kuarantin 14 hari. Kalau dalam 14hari selsema dan batuk semakin teruk diminta buat rtk kedua. Peg. Perubatan tu bagitau aku dan Edy tak perlu kuarantin sebab dah cukup 2 dos tapi kene jugakla ambil cuti untuk jaga Aiyan. Doakan semoga Aiyan cepat sembuh dan tak perlu buat rtk kedua.

Menunggu Edy daftar dalam klinik

Budak yang jadi kontak rapat

Pukul 6 lebih masa ni

Selesai semua sampai rumah pukul 8 lebih, lama dah kami tak keluar dan balik malam gini

Alhamdulillah negatif

Nasib Edy tak rakam aku, kalau tak jadi bahan gelak la


Sempat rakam Aiyan je, nasib dia tak nangis walaupun dia tarik tangan macam aku juga 😅

Thursday, August 19, 2021

PHOTO DIARY #30/2021

 Assalamualaikum semua,

Antara kesan lepas kene vaksin, hidung tersumbat yang teruk. Penuh dah tisu lepas hembus tetap juga tersumbat, seksa nak nafas dengan mulut. 🤧🤧🤧

Tadi masa nak pergi vaksin hujan sepanjang jalan, masa balik terkena hujan pun salah satu sebab hidung tersumbat ni. Jomla kita layan cerita bergambar.

Beli kibbles saiz besar 7kg, tapi diaorang pulak tak berapa suka makan... aduhla

Entah sejak bila dia suka makan kacang tanah sebab seronok boleh kopek sendiri kulitnya

Ini aku yg suka tapi ...

Rosak kuku nak kopek dia, pakai sudu jelah selamat sikit

Langit cerah tengahari kelmarin... tapi dalam pukul 2 petang hujan mencurah

Aku ambil gambar ni pukul 12.30 tengahari kelmarin, masa ni pun cahaya matahari belum sampai dekat tepi rumah ni. Selalunya pukul 1 lebih atau pukul 2 petang baru kene

Tertanya-tanya siapa beri sejadah ini , rupanya adik ipar bagi sempena hadiah hari lahir... 

Beli tempoyak dengan kawan , 1 bekas ini RM10

Pagi tadi maktek hantar Ecah minta aku jagakan sebab dia nak dapatkan vaksin, dia waktu pagi

Alhamdulillah ulam pegaga dah nampak makin subur walaupun duduk bawah

Alhamdulillah dah lengkap 2 dos vaksin pfizer, kami 4 beradik dapat ambil vaksin tarikh yang sama

Petang tadi lalu belakang rumah, penuh berkabus yelah hutan kan belakang ni

Ini aku pesan petai dengan kawan kat kampung

Nak mudah makan rambutan, guna troli gini

Rak yang aku tunggu akhirnya sampai... ada 3 barang lagi jnt masih hutang dengan aku

Minta Edy dan Aiyan tolong kopek petai.. 

Adalah dalam 10 papan ni, aku beli dengan kawan 30 papan mabuk petai... dia jual murah betul memang berbaloi

Monday, August 2, 2021

BILA PAPA DEMAM

 Assalamualaikum semua 

Kisahnya begini, hari jumaat 4.30 petang Edy kene cucuk vaksin AstraZeneca di PPV, PWTC. Balik rumah dalam pukul 6 dia terus baring je kat sofa. Lepas tu dia mandi baring lagi sambil tunggu azan maghrib dia makan buah sikit, makan panadol dan terus tidur. Demam panas sampai hari ini, patutnya aku masuk kerja hari ini tapi mintak tukar ke hari rabu sebab risau dengan demam dia. 

Kuat betul la vaksin AZ ni, mujurla aku dapat pfizer cuma lenguh tangan je. Sudahnya urus kucing yang aku tak pernah ambil tahu pasal pasirnya kene la buat. Pergi buang sampah beli barang dapur, basuh baju dan sapu rumah. Sebab itu selalu Edy yang buat. Moga cepat la demam nya kebah risau makcik ni oi. 🥲

2 ekor cucu yang setia tunggu atoknya... atok tidur dalam bilik

Petang hari bila aku malas nak keluar rumah minta Aiyan ambilkan daun sup

Buat sup daging untuk orang demam


Beratur untuk masuk pasaraya giant

Ikut senarai ada la dalam 6 barang tapi sudahnya penuh 1 troli, kongsi troli dengan maktek

Gini la rupa daun sup yang Aiyan gunting, togel