Tuesday, September 1, 2026

MAKAN MAKAN MAKAN

 Assalamualaikum semua,

Cuti hujung minggu dan cuti Merdeka kami balik Johor. Ada majlis bertandang pihak lelaki pulak, kami gerak petang sabtu sebab Edy tak dapat cuti. Melayan jem bagai sampai rumah dalam pukul 12 tengah malam. Mata memang dah mengantuk tapi tetap jugak sempat  makan dulu menu yang di minta untuk emak masak. Esoknya pagi tu macam-macam makanan di bedalnya sementara nak tunggu majlis lepas zuhur.

Ini belum kira nasi makan dekat tempat kenduri dan makan malam tau, bahaya betul bila balik kampung ni kan. 

Pukul 12 malam makan asam pedas kepala ikan dan telur

Pagi tu abah beli roti canai, roti telur

roti sardin sebab kegemaran cucu nya

Sabtu malam tu abah dapat nasi ambeng, pagi tu panaskan makan la sepinggan hehehe

ratah lagi asam pedas kepala 

Pukul 10 pagi makan kebab pulak

Ada juga kek marble

kek oren yang sedap

nanas md2 abah kopek dan potong, manis gila

aiskrim 

8 comments:

  1. Hehe bagusnya Emak Dana tunggu Dana makan tengah malam. Tidak simpan lauk. Alhamdulillah seronok makan macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab anaknya dah pesan dia sampai lewat pun dia nak makan juga hehehhe

      Delete
  2. Alhamdulillah seronoknya
    Wahh menu pun sedapp2 belaka
    Itulah kan ibu sanggup utk anaknya apa saja

    ReplyDelete
  3. Perghhh macam² eh lauk dia... kita yg tgk je ni pun dah rasa lapar hahaa

    ReplyDelete
  4. uish, semua pun sedap kan. tambah2 lagi kat kampung...memang lupa diet kejab kan.. sesekali, ok je..he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah lepas tu masa timbang buat-buat tak nampak berat yg naik lebih hahaha

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...