Showing posts with label macam2. Show all posts
Showing posts with label macam2. Show all posts

Wednesday, August 5, 2026

WW GELANG KRISTAL

 Assalamualaikum semua,

Ini lah masalah bila selalu layan live tiktok, ternampak dan terbeli.

cantik kan 

cuma kat tangan aku yang gelap ni nampak tak berapa cantik hahahah



adakah kene beli lagi 1 lagi gelang kristal heheheh

Thursday, July 30, 2026

PHOTO DIARY #25/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sampai pejabat rilex sikit sebab pengarah aku ada mesyuarat. Kalau tidak nampak aku masuk pejabat terus la panggil, Dana sini sekejap. Kadang kalau badan rasa mengigil sebab lapar aku makan dulu kat kedai pastu baru naik pejabat. Jadi ada dah tenaga kalau nak buat kerja apa-apa. Oklah jom kita layan cerita bergambar ye.

Baju baru, beli di tiktok baju batik siap jahit RM145
bukan main comot lahai burger malaysia ni


nasib bila dah packing nampak cantik hehehehhe

nampak kat gambar ini macam kecil sekali dapat rupanya


sekali dapat uih besar betul, ini kongsi makan bertiga


blur la pulak adeh

ini bangunan opis aku

sofa ni memang dah jadi port dia, kalau Aiyan duduk sebelah dia mesti dia jeling je

Sukun goreng ni sedap betul

Beli goreng-goreng untuk kawan opis 

tambah lemon dan daun pudina sedapppp

kalau takde idea nak makan apa, makan biskut cicah kopi o 

Thursday, July 23, 2026

PHOTO DIARY #24/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi nampak gelap ingatkan nak hujan tapi tidak, cuma itulah tak tahu la kalau petang ini hujan. Sebab dah beberapa hari petang je hujan lebat selebatnya. Kadang tak sempat gelap dah hujan, tapi beberapa hari ni mendung je. Hari ini ambil Aiyan lewat, dia ada aktiviti main bowling dan tengok wayang balik pukul 2.30 petang. Tersilap aku lupa nak mohon cuti rehat dengan boss jadi nanti lepas ambil Aiyan kene masuk pejabat jugak lah rasanya dekat pukul 4 juga sampai nanti hahahah. 

Hari terakhir jumpa dengan Ain, dia nak berhenti dan dapat kerja di KPJ Tawakkal

Walau setahun lebih je tapi dah rapat sangat, yelah seminggu 3 kali jumpa. Nurse yang baik dengan aku

Kawan opis belanja cendol

Ini pun ada kawan pejabat bagi... rezeki betul kan

Pukul 6.30 pagi semalam hehehhe

Boss aku ni memang., bincang ke apa semua kat meja aku takmo guna meja dia sendiri... lepas habis bincang dengan kerani dia sambung borak dengan aku lak

Tamak, suruh kawan belikan ikan saiz besar

Sudahnya terkulat-kulat nak habiskan sebab besar ikannya

pokok ulam raja yang sangat subur

si Yanot yang suka duduk belakang masa aku nak parking

Dah boleh diharapkan angkat buah kalau hujung minggu

Bagi upah dulu

lama tak makan tosei rawa

Thursday, July 16, 2026

PHOTO DIARY #23/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari khamis yang sejuk, dekat sini sekarang ni hujan tak menentu, kadang pagi hujan kejap pastu tengahari panas terik, petang pun panas nya lain macam. Kadang hujan tengahari petang panas terik, ada masa mendung je tapi cuaca bahang sangat. Jom kita layan cerita bergambar. 

Senget pulak cermin mata ni 

frozee cold cup, ingatkan tahan lama ais tapi rupanya hehehhe


Dah 15tahun dah dia.... 


semalam kawan pejabat masak, namanya sundubujiggae... sedap

bila dah bosan beli makan dekat kedai puspanita, kita  ke kunyit pula

dari bulan 5 takde cleander dekat jupem ni,... rumput pun dah subur tumbuh meliar

asam pedas daging yang sedap

dapat bubur asyura pantai timur

Thursday, July 9, 2026

PHOTO DIARY #22/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sampai pejabat rasa lapar betul perut, sekali dengan mengigil sebab lapar. Bekal sikit je pagi tadi tak sempat nak masak menu sarapan yang sesuai sebab masak banyak menu tadi hehehhe. Oklah jom layan cerita bergambar.

Sejarang kalau selfie memang rupa gini jelah hahahha

Tangan kiri tu tak boleh nak gerak takut kang terganggu aliran darah tu jadi tegak jelah sepanjang 4 jam

Bekal 3 keping tempe dan beberapa keping kek buah, nak buat ada tenaga masa hd, biasa aku bawak bekal roti dengan telur atau roti burger 

1 ikat ni cuma RM3.00 murah kan

Hasil borongan buah, bukan aku punya je sekali dengan Iman punya ni

Dia kata nak beli rambutan dengan nangka je tapi nampak durian dia nak durian lak

Menu lunch semalam, habiskan ayam mayo yang kita jual tu kan ada lebih dapat la bawak bekal hehehhe

Boss aku kalau nak berborak , takmo ke bilik dia kat bilik aku juga la port dia

Pagi-pagi dah layan teh o ais

Menu hari selasa, kalau hari hd memang aku makan nasi dan makan banyak sikit sebab memang lapar gila

Ulam raya petik tepi rumah masa hantar Aiyan balik sekolah

Tabung baru sebab tabung lama dah penuh, takmo beli besar-besar nanti lambat penuh hahahha

comel tak topi baru ni? beli kt ecoshop je heheheh