Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, August 18, 2026

LAPOR DIRI DI KEMENTERIAN KERJA RAYA

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku lapor diri dekat Kementerian Kerja Raya, tetap kena lapor diri lepas tu mintak tangguh. Aku dan orang yang kene bertukar tu dah hantar surat rayuan pembatalan pertukaran ke JPA. Aku dengan segala macam masalah, dia pun sama. Bila kita ada masalah kesihatan, komitmen lain bila kene tukar tempat kerja lagi la kementerian lain banyak yang perlu dibuat. Harapnya ada la simpati orang JPA untuk terima rayuan kami tu. Doakan ye kawan-kawan.




budak JUPEM yang sama-sama lapor diri

ada 10 orang yang kene lapor diri, dari pelbagai kementerian lain

cantik kan tapi jauh betul dari rumah

Monday, April 13, 2026

HAPPY 19TH WORK ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

8 April 2007- 8 April 2026 genap la 19 tahun aku bekerja sebagai Setiausaha Pejabat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Masa tahun 2007 tu pertama kali aku merantau berjauhan dengan keluarga untuk bekerja. Merantau juga masa belajar kat Jengka selama 3 tahun. Masa tu teringat datang ke Kuala Lumpur dengan kereta kancil manual menumpang selama sebulan di rumah makcik kat PPR Desa Tun Razak. Selama sebulan tu tak berani bawak kereta jadi aku akan naik lrt dan bas kat pekeliling sampai pejabat. 

Lepas sebulan baru dapat rumah sewa dekat dengan pejabat. Takde pulak gambar dulu-dulu masa mula kerja, yang ada gambar masa pertama kali kursus pengenalan pastu gambar sekarang setelah 19 tahun dah jadi pekerja gomen.

korang carilah aku yang mana ye hehehhe

gaya tudung macam cikgu ni juga yang sesuai dengan muka aku