Assalamualaikum semua,
Dah berpuluh kali up gambar tapi tak boleh-boleh. Tak tahu la kenapa... stress
Assalamualaikum semua,
Dah berpuluh kali up gambar tapi tak boleh-boleh. Tak tahu la kenapa... stress
Assalamualaikum semua,
Ini semalam ternampak di blog MY Azian Khalil lepas tu rasa nak cuba jugak lah. Kadang kita kan takde idea, jadi aku buat dekat chatgpt dan gemini. Ini hasilnya
![]() |
| Ini chatgpt memang sesuai sebab aku suka gelap-gelap ni |
![]() |
| Ini pulak gemini, cuma nampak macam genius sangat la kan dahla dalam library heheheh |
Assalamualaikum semua,
Selamat hari raya kawan-kawan, maaf tak sempat nak up gambar raya lagi. Raya sakan almaklumnya ini kami dah menghala balik dari Terengganu ke Selangor.
Aku nak selit kejap, tadi masa berhenti rehat dia R&R Temerloh hala ke Kuala Lumpur. Tengah makan dengan Aiyan dan Edy tengah beli air. Ada adik cantik bagi duit raya kat Aiyan, sambil cakap terima kasih sebab terperanjat. Dia kata, dia baca blog aku dan kenal Aiyan. Tapi sebab tengah makan tak sempat nak ajak bergambar dia pun cepat je.
Buat adik tadi,terima kasih untuk duit raya Aiyan dan terima kasih jadi pembaca blog akak yang tak seberapa ini. Tanya nama pun tak sempat. Sangat hargai, moga awak dimurahkan rezeki ya.
Assalamualaikum semua,
Aku sangat terharu, dapat kiriman buah limau sunkist dari kebun Wak Warisan Petani. Kawan-kawan ingat tak entri Wak mengenai tanaman limaunya yang besar dan lebat kat sini dan sini. Ada satu entri tu aku siap komen, teringin nak beli limau wak tu. Geram betul nengoknya. Minggu ni wak mintak alamat aku, ingatkan wak nak kirim kad jemputan hehehhe. Rupanya kelmarin sampai la kotak besar berisi buah limau ni. Masa nak bukak kotaknya, dah bau wangi limau tu. Mudah nak kopek tak susah macam limau bali, dan banyak jus nya. Patutla wak suka ambil jus nya layan dengan ais. Terima kasih banyak-banyak ye wak, moga makin melimpah ruah rezeki wak dan makin berbuah lebatla semua tanaman di dusun tu ya.
![]() |
| wak balut satu-satu buahnya |
![]() |
| besar-besar buahnya |
![]() |
| Banyak jus nya |
![]() |
| bungkus beberapa biji bagi Maktek |
Assalamualaikum semua,
Untuk pengetahuan kawan-kawan minggu lepas aku dah mula kerja. Jalani jelah hidup ini kan, tapi 2kali seminggu aku kene cuci darah di HKL. Selalunya kawan pejabat suruh terus balik lepas buat dialisis, tak payah naik tangga ke tingkat 7. Tapi minggu depan aku akan masuk ke HKL lagi untuk pembedahan pasang tiub, harapnya kali ini berjaya lah. Terima kasih tak terhingga buat semua kawan pejabat, kawan-kawan di alam maya juga yang tak putus mengirimkan doa serta sokongan buat aku. Sesungguhnya semua itu sangat memberi makna pada aku, menyuntik semangat supaya aku terus kuat untuk teruskan hidup.
![]() |
| Kawan kedai yang pertama datang jenguk |
![]() |
| ini memang kawan rapat di pejabat |
![]() |
| balik sekolah Edy hantar sekali dua orang ni |
![]() |
| ini pun kawan pejabat datang jenguk |
![]() |
| Hari aku keluar , rabu mereka dua yang ambil |
![]() |
| hari khamis esoknya kawan setiausaha tapi mereka dah pindah jabatan lain datang melawat |
![]() |
| Jumaat pagi kawan pejabat jenguk |
![]() |
| masa aku kat hospital mereka kerja luar, itu bila dah keluar mereka datang rumah |
![]() |
| petang geng-geng kedai datang pulak... memang riuh rendah la masa tu |
![]() |
| gambar minggu lepas bila kerja dah |
Assalamualaikum semua,
Kawan-kawan ingat tak segmen teka berat mangga k Amie tahun lepas yang ini? Aku suka turut serta meneka , siap baca bismillah lagi dan tak sangka dapat jadi pemenang. Ada 2 orang pemenang memang rezeki tahun 2025 betul. Kemenangan pertama di sini. Kak Amie minta di beri alamat rumah, semalam petang sampai la hadiah dari kak Amie. Ya Allah, moga diberikan rezeki berlimpah kali ganda buat kak Amie. Moga diberi kesempatan supaya ada rezeki dapat jumpa dengan dia sendiri.
Menang teka buah mangga je tapi dapat hadiah best sangat, dapat handbeg bulat comel ini. Tak sangka kak Amie masih ingat lagi yang tahun 2022 dulu aku pernah komen pasal beg bulat comel ini. Sanggup kak Amie susah-susah belikan untuk jadi hadiah. Terharu betul.
![]() |
| ini yang aku komen pasal beg cantik ni tahun 2022 tak sangka kak Amie ingat |
![]() |
| Dalam beg kertas pink tu, ada beg bulat ini... cantik nya |
![]() |
| memang cantik kan |
![]() |
| bila bukak, dalam ada brooch pulak... ya Allah kak Amie ni tau |
![]() |
| siap ada teh sabah lagi... |
Assalamualaikum semua,
Ini dah kali kedua atau ketiga dapat hadiah dari kak Salami atau Amies Little Kitchen ni. Selalu macam-macam hadiah dapat, terima kasih akak moga terus murah rezekinya ya. Hadiah dari serata dunia betul, ada baju kelawar, baklava ni mesti dari percutian kak Amie baru-baru ini, beg kecil Istanbul, Keychain Bosnia dan FM Macedonia.
![]() |
| Terima kasih banyak kak |
Assalamualaikum semua,
Hari sabtu yang lepas ke majlis jemputan kahwin kak Suria Amanda dan encik suaminya. Lama dah kak SA beritahu tarikh suruh booking siap-siap sebab aku tegur masa tunang aritu. Ingat nak gerak awal tapi pukul 12 lebih jugak sampai sana dan orang dah ramai. Orang pertama yang di jumpai Sis Lin dan kawan-kawan kak Retna dan kak Karni. Sis Lin terima kasih tegur dana yang masih malu-malu kambing masa tu. Kebetulan baju kami warna sama macam boria je hehehe. Lepas tu baru jumpa beberapa lagi orang kawan.
Pengantin pun mujur dia jalan-jalan dapatla kita ajak bergambar.
![]() |
| Suka ada pajeri nanas dan acar buah |
![]() |
| masa ni Sis Lin tengah borak dengan pak Zain dan mak Pah mereka dah habis makan |
![]() |
| terus aku menyelit kat tepi ni, tinggi betul kak SA ni rupanya |
![]() |
| ingatkan comel je kak SA ni tapi tinggi betul orangnya sesuai la dengan cik abang nya ni |
![]() |
| kak Aizamia pun tak sangka jumpa jugak kat sini... ini blog nya Mak Budak |
![]() |
| tenggelam pengantin dek kami yang besar ini |
Assalamualaikum semua,
Selalu giveaway aku buat sabtu tapi yang ini perasannya bila dah hari jumaat jadi nak join jugak la mana tahu ada rezeki kan.
1. Ok dah buat entri bertajuk ` Life is Beautiful Giveaway`
2. Apa yang suka ye, suka sebab akak selalu cerita pasal masakan akak, suka tengok akak yang rajin bersenam tiap hari nak cari semangat itu payah betul. Entri akak selalunya simple tentang kisah hidup tapi seronok dibaca.
3. Ok nanti dana tinggalkan ye. Moga adalah rezeki ya
Ini syarat-syaratnya, cuma itulah kejap sangat masa diberi kita ni dahla kadang tak jenguk blog selalu.Assalamualaikum semua,
Minggu lepas aku dapat lagi hadiah dari kawan blogger, dari kak SA sebagai pemenang top komentator bulan Mac. Alhamdulillah murah rezeki betul rezeki bulan puasa ini, terima kasih buat akak SA. Macam-macam dalam kotak misteri tu, suka semuanya. Moga murah rezeki buat kak SA juga hendaknya.
![]() |
| mula-mula ingatkan barang pesanan kat shoppe yang sampai |
![]() |
| macam-maca ada dalam tu tau |
![]() |
| jadi tudung raya la jawabnya ni |