Monday, March 3, 2025

KAWAN-KAWAN PEMBERI SOKONGAN

 Assalamualaikum semua,

Untuk pengetahuan kawan-kawan minggu lepas aku dah mula kerja. Jalani jelah hidup ini kan, tapi 2kali seminggu aku kene cuci darah di HKL. Selalunya kawan pejabat suruh terus balik lepas buat dialisis, tak payah naik tangga ke tingkat 7. Tapi minggu depan aku akan masuk ke HKL lagi untuk pembedahan pasang tiub, harapnya kali ini berjaya lah. Terima kasih tak terhingga buat semua kawan pejabat, kawan-kawan di alam maya juga yang tak putus mengirimkan doa serta sokongan buat aku. Sesungguhnya semua itu sangat memberi makna pada aku, menyuntik semangat supaya aku terus kuat untuk teruskan hidup.


Kawan kedai yang pertama datang jenguk

ini memang kawan rapat di pejabat


balik sekolah Edy hantar sekali dua orang ni

ini pun kawan pejabat datang jenguk

Hari aku keluar , rabu mereka dua yang ambil

hari khamis esoknya kawan setiausaha tapi mereka dah pindah jabatan lain datang melawat

Jumaat pagi kawan pejabat jenguk

masa aku kat hospital mereka kerja luar, itu bila dah keluar mereka datang rumah

petang geng-geng kedai datang pulak... memang riuh rendah la masa tu

gambar minggu lepas bila kerja dah

11 comments:

  1. smoga dipermudahkan pembedahan utk pasang tiub nanti & smoga dana cpt sembuh

    ReplyDelete
  2. Akak doakan Dana terus kuat semangat ye...insyaallah allah akan permudahkan...

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah bagi kemudahan untuk Dana..Semoga pembedahan pasang tiup dipermudahkan juga, Aamiin...
    Semoga terus kuat semangat ye Dana..ramai yang support ni, In sha Allah...

    ReplyDelete
  4. semoga kak dana terus kuat... insyaAllah akan terus sihat selagi akak bersemangat.. bila kita x down, antibodi kita akan protect kite insyaAllah.. jaga diri jaga pemakanan sentiasa berdoa pada Allah, Dia sentiasa ada dekatttt dengan kita... terasa Dia peluk kita erat2.. kasih sayangNya terlalu banyak untuk kita, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Semoga Dana terus kuat menjalani hidup ini.
    Salam peluk cium dari jauh.....

    ReplyDelete
  6. semoga dimudahkan urusan dana dan dikurniakan kesihatan yang baik...semoga terus kuat

    ReplyDelete
  7. semoga Dana terus kuat & semoga pembedahan nak pasang tiub tu berjalan dgn lancar & dipermudahkan..aamiin.
    alhamdulillah..ramai sgt kawan2 yg sayang, kawan2 yg baik semua nya...
    kami kawan2 blogger pun sayang Dana & doa yg baik2 buat Dana & family..aamiin

    ReplyDelete
  8. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Dana terus kuat dengan dugaan ini ya.

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan pembedahan pasang tiub. Amin.

    ReplyDelete
  10. Stay strong Dana. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan ya. Hugs.

    ReplyDelete
  11. moga dipermudahkan urusan akak Dana.. terasa ada semangat bila kwn-kwn dtg ziarah waktu sakit..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...