Tuesday, March 11, 2025

PENGUAT SEMANGAT AKU

 Assalamualaikum semua,

Minggu ini dari sabtu aku dah masuk hospital tak tahu bila dapat keluar. Doakan la semoga prosedur untuk pembedahan aku dipermudahkan ya. Masa masuk hospital mula-mula tu aku ok je. Tapi bila masuk petang mula la hati jadi hiba bila tengok cctv Aiyan berbuka di rumah. 

Aku selalu cakap kat Edy pergi je kerja, tak payah datang lawat aku. Aku kesian dia yang perlu asyik cuti, kerja swasta cuti tak sebanyak aku yang kerja kerajaan ni. Tapi syukur ada maktek yang boleh bantu ambil Aiyan balik sekolah. 

Raya ni pun aku tak pasti boleh balik kampung ke tak. Entah la, cuma syukurnya aku ada keluarga yg sangat menyokong aku. Sentiasa menjadi besi kukuh bila hati aku selalu rapuh. 


Semalam petang  tiba-tiba sampai

Cctv pengubat rindu


9 comments:

  1. Dana...akak dah menjejes airmata kat sini baca conversation Dana dengan Edy...
    InsyaAllah Dana boleh sihat,ceria macam dulu..please kuat semangat ye Dana..hidup mati tu dah ditetapkan,yang sihat ni pun bila2 masa boleh mati
    pasal duit raya aiyan tu ramai makcik2 blogger ni nanti kami kirim ye

    ReplyDelete
  2. Saya doakan segala urusan Dana dipermudahkan, Aamiin...

    ReplyDelete
  3. insya allah ada family yg bantu tgk kan aiyan tu..nasibaik ada cctv bole mengubat rindu...smoga dana cpt sembuh

    ReplyDelete
  4. semoag semua urusan Dana dipermudahkan..aamiin.
    jgn fikir mcm2 sgt...Allah kasi ujian, Allah dah aturkan semua nya...Dana fokus nak sihat & kena kuat semangat..key?

    ReplyDelete
  5. Akak pembaca setia blog Dana since dulu2. My husband pun CKD baru lagi bulan 8/2023 mula2 dia down sgt, rutin hidup dah berubah dengan akak pun kena ubah rutin tapi U will get through it, InshaAllah. My husband is getting better mentally dan terima takdirnya. Semakin sihat dan ceria. SO Dana...akak believe U can do it. Doa banyak2 ok. InshaAllah , Allah akan permudahkan. Be Strong OK.

    ReplyDelete
  6. Dana... Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan. Hugs.

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segala urusan Dana dan semoga kembali sihat hendaknya

    ReplyDelete
  8. Semoga Dana diberi ganjaran pahala seterusnya syurga.
    Doa banyak-banyak pada bulan mulia ini.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...