Tuesday, August 31, 2021

SALAM KEMERDEKAAN KE-64 NEGARAKU

 Assalamualaikum semua,

Selalunya tiap pagi hari merdeka mesti bangun awal untuk tengok perarakan merdeka di televisyen. Seronok tengok sambutan setiap tahun, pelbagai jabatan kerajaan, swasta dan badan beruniform berkawat. Meriah dan rutin setiap tahun tapi mulai tahun lepas takde dah semua tu. Sunyi je πŸ˜”

Malam tadi di Majalah 3 ada cerita pasal jam besar di Dataran Merdeka, kawan-kawan di JUPEM yang jadi sukarelawan jaga dan selenggara jam itu setiap hari. Tumpang bangga. Selamat Hari Kebangsaan ke-64 Malaysia ku πŸ‡²πŸ‡Ύ

Majalah 3 malam tadi

Yang bertopi ni kawan aku

Selain selenggara setiap hari merek akan bergilir pusing jam tu...

Selenggara bukan setiap hari 


Ini sedutan yang sempat aku rakam sikit... sumber dari Majalah 3

Sarapan meriah pagi hari kemerdekaan.. 

Monday, August 30, 2021

AIYAN BUAT SANDWISH TELUR

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari isnin yang basah dan sejuk, yelah subuh tadi hujan dekat rumah aku. Dah beberapa hari setiap pagi dari sebelum subuh dah hujan renyai membawa ke pagi. Tapinya  sampai ke area Keramat kering je, mungkin tempat aku je lah yang hujan setiap pagi.

Hari ini aku nak kongsi kisah Aiyan kene masak untuk Aktiviti Kokurikulum Kelab Usahawan Cilik. Menyediakan  sandwish telur. Mula-mula kene tengok cara masak di you tube lepas tu kene buat lah setiap langkah. Mama dengan papa jadi pembantu, papa jadi pembantu kat sebelah mama pulak tukang ambil gambar dan video. Pagi sabtu tu dia punya kecoh, macam ada buat kenduri hahahhaha... Aku ada sertakan gambar dan video you tube Aiyan sediakan sandwish telur. Jom tengok 

ini bahan-bahan nya

Tengok video di you tube dulu 

hancurkan telur dulu

Masukkan mayonis 2 sudu besar dan sedikit serbuk lada hitam

Gaul bagi sebati semuanya

Kita susun roti 

sapu planta pada setiap keping

Letakkan telur hancur tadi



susunkan timun

dan tomato

daun salad

satukan roti tu

potong dua

dan empat, muka baru lepas nangis ni hahahhaha 

siapppp.... 

penuh sayur sandwih telur Aiyan

jemput makan, Aiyan makan 1 potong je yang lain papa dengan mama habiskan... penuh sayur gitu memang idokla dia hehehe 


ini video lengkap cara Aiyan buat sandwish telur

Friday, August 27, 2021

RESEPI UBI BLEGUDEK

 Assalamualaikum semua,

Kali ini aku nak kongsi resepi makanan jawa di kampung aku. Kami panggil ubi blegudek, tempat lain tak tau la nama apa atau pernah buat ke tidak. Ubi kayu kalau aku tak rebus dan makan dengan sambal, aku suka masak macamni. Aku dah lama teringin nak makan ubi blegudek tapi asyik tak jumpa ubi kayu, bila jumpa di kedai wajib buat.Sedap lah

Kalau yang nak tahu rasanya macamne boleh la cuba ya. Mesti korang tak pernah makan kan.

Bahan-bahan:

5 ubi kayu yang telah dikopek dan potong sedang, rebus hingga empuk dan toskan.

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar, hiris nipis

1-2 sudi besar serbuk kari

sedikit garam

Segenggam bilis, goreng

Sedikit minyak masak

Sedikit air

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga layu dan sedikit kekuningan sikit

- Bila bawang dah layu boleh masukkan serbuk kari, masak dengan api sedang bils nampak sedikit kering boleh masukkan air, dalam suku cawan. 

- Masukkan sedikit garam dan masukkan ubi yang telah kita rebus tadi, gaul hingga rata semua bumbu dengan ubi tu. Masukkan bilis goreng gaul rata lagi boleh matikan api.

Ubi rebus bagi empuk

Boleh tambah daun kari kalau suka

Tumis ya dua benda ini

Layu dan sedikit kuning

Masukkan serbuk kari, kacau lagi biar kari masak

Aku tambahkan sedikit je air dan garam

Masukkan ubi rebus

Dah gaul-gaul rata akhir sekali baru masukkan bilis

Siap dihidang

Sedap... 

Petang tu ajak maktek datang rumah, dia pun layan makan ubi blegudek ni sebab lama tak makan... dia lagila tak pernah buat sendiri 

Esok nya aku bancuh tepung, dan goreng ubi blegudek celup tepung... sedap wei lembut empuk lemak-lemak

Thursday, August 26, 2021

PHOTO DIARY #31/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sampai pejabat dalam pukul 7.30 macam biasa tapi tengok parking kereta kosong je. Selalu waktu sama dah penuh dah parking, ke aku datang awal sikit. Edy kata tak payah masak sarapan dan tengahari dia boleh beli je kat kedai. Oklah lenggang kangkung lah aku pagi-pagi, kadang aku goreng jugaklah sikit sarapan untuk bekal aku dan untuk kat rumah. 

Oklah jom kita layan cerita bergambar, banyak bebeno bebelnya kan.

maktek pernah gelakkan aku masa aku kata nak tanam pokok nanas, tapi sekarang alhamdulillah ada 6 pokok nanas dapat ditanam

sabtu lepas Edy ajak pergi beli makan sampai ke Taman Dagang, dah lama tak beli nasi kerabu dekat sini... terubat rindu

Selamatkan pokok bunga ros, hari tu kan hujan je setiap hari jadi bunga ros ni keguguran daunnya... mereka memang tak suka air terlalu banyak kot, letak la tempat teduh depan rumah ni

waktu rehat kalau aku tak bawa bekal, ini lah menu tengahari sambil layan cerita hantu huhuhuhu

aku beli batang bunga ros tapi sebab j&t buat hal dekat 2 minggu terperangkap kat gudang j&t, tak tau lah boleh hidup ke tak bila tanam banyak dah kering dan tukar hitam 

Beli kimchi dengan kawan, teringin pulak dapat makan dengan maggi aduh sedapnya

semalam pagi maktek dengan ecah datang rumah, sebelum balik suruh petik bayam brazil, petik daun ubi dan kacang botor

gadis dan bunga, berkenan betul dia dengan bunga-bunga maklongnya

dalam beg ikea tu barang-barang kiriman dari kampung, petai, cempedak, buah mata kucing dan maruku

Aiyan sibuk ikut papa nya baiki motor, si Ecah pun nak ikut juga... siap takmo balik rumah lagi

Nampak banyak dah kan kuntum dia tu muncul... suka nengok

setelah setiap hari berzikir di telinga mama nya, kata suruh belikan game dekat shopee, siap lukis gambar lagi... akhirnya

PSP macamni jelah mampu belikan... ini pun udah RM200, tak sanggup mamanya dengan tiap hari dia tanya... pejam mata jelah masa belikan tu, tapi pesan macam-macam kene rajin buat kerja sekolah, kene dengar cakap mama papa, tak boleh kuat meragam... memang iya iya jelah jawapannya kan

rambutan yang dari kampung tu, kopek kulitnya simpan dalam peti... comfirm cepat habis ni


pokok mata kucing tepi rumah di kampung

masa aku balik tahun lepas takdelah nampak berbuah, berbunga pun payah

besar dah pokoknya... seronok lah keluarga di kampung... 

terpengaruh dengan kawan pejabat lah ni... dok beli mask KF94 memacam warna dibeli 

warna mask ni menarik betul kan...