Friday, August 27, 2021

RESEPI UBI BLEGUDEK

 Assalamualaikum semua,

Kali ini aku nak kongsi resepi makanan jawa di kampung aku. Kami panggil ubi blegudek, tempat lain tak tau la nama apa atau pernah buat ke tidak. Ubi kayu kalau aku tak rebus dan makan dengan sambal, aku suka masak macamni. Aku dah lama teringin nak makan ubi blegudek tapi asyik tak jumpa ubi kayu, bila jumpa di kedai wajib buat.Sedap lah

Kalau yang nak tahu rasanya macamne boleh la cuba ya. Mesti korang tak pernah makan kan.

Bahan-bahan:

5 ubi kayu yang telah dikopek dan potong sedang, rebus hingga empuk dan toskan.

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar, hiris nipis

1-2 sudi besar serbuk kari

sedikit garam

Segenggam bilis, goreng

Sedikit minyak masak

Sedikit air

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga layu dan sedikit kekuningan sikit

- Bila bawang dah layu boleh masukkan serbuk kari, masak dengan api sedang bils nampak sedikit kering boleh masukkan air, dalam suku cawan. 

- Masukkan sedikit garam dan masukkan ubi yang telah kita rebus tadi, gaul hingga rata semua bumbu dengan ubi tu. Masukkan bilis goreng gaul rata lagi boleh matikan api.

Ubi rebus bagi empuk

Boleh tambah daun kari kalau suka

Tumis ya dua benda ini

Layu dan sedikit kuning

Masukkan serbuk kari, kacau lagi biar kari masak

Aku tambahkan sedikit je air dan garam

Masukkan ubi rebus

Dah gaul-gaul rata akhir sekali baru masukkan bilis

Siap dihidang

Sedap... 

Petang tu ajak maktek datang rumah, dia pun layan makan ubi blegudek ni sebab lama tak makan... dia lagila tak pernah buat sendiri 

Esok nya aku bancuh tepung, dan goreng ubi blegudek celup tepung... sedap wei lembut empuk lemak-lemak

23 comments:

  1. sedap nmpknya ..1st time dgr UBI BLEGUDEK

    ReplyDelete
  2. arwah mama selalu buat ubi rebus goreng gini..tp ammi rasa itu style indialah sbb ada daun kari, biji sawi bagai.

    ReplyDelete
  3. tak penah. mkn. dan kalo. pzrtama tahu ni dana

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan tapi nampak menarik but x merasa la kot nak makan sebab akak x leh makan ubi

    ReplyDelete
  5. 1st time dgr tp nmpk menyelerakan betol!
    nk kena g cr ubi jayu gak ni..haha

    ReplyDelete
  6. First time dengar ubi blegudekkk. Cara nak buat simple ajeeeee, tapi first thing first kena cari ubi kayu dulu la hahaha

    ReplyDelete
  7. Jaman kecik2 dulu selalulah ngadap ubi blegudecx ni

    ReplyDelete
  8. menariknya resepi dgn ubi ni kak dana..tq sharing kak!

    ReplyDelete
  9. Baca tajuknya ingatkan kuih getuk rupanya bkn

    ReplyDelete
  10. Wah! Kak Amie baru first time dengar ubi blegudek ni Dana. Cantik ikan bilisnya tu.

    ReplyDelete
  11. Rare betul masakan ubi blegudek ni Kak Dana. Tak pernah nampak masak macam ni. Tapi macam sedap tu macam dibuat sambal. Yang goreng camtu pun sedap.

    ReplyDelete
  12. Uish.. Pertama kali dengar.. menarik sungguh nie..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...