Monday, August 30, 2021

AIYAN BUAT SANDWISH TELUR

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari isnin yang basah dan sejuk, yelah subuh tadi hujan dekat rumah aku. Dah beberapa hari setiap pagi dari sebelum subuh dah hujan renyai membawa ke pagi. Tapinya  sampai ke area Keramat kering je, mungkin tempat aku je lah yang hujan setiap pagi.

Hari ini aku nak kongsi kisah Aiyan kene masak untuk Aktiviti Kokurikulum Kelab Usahawan Cilik. Menyediakan  sandwish telur. Mula-mula kene tengok cara masak di you tube lepas tu kene buat lah setiap langkah. Mama dengan papa jadi pembantu, papa jadi pembantu kat sebelah mama pulak tukang ambil gambar dan video. Pagi sabtu tu dia punya kecoh, macam ada buat kenduri hahahhaha... Aku ada sertakan gambar dan video you tube Aiyan sediakan sandwish telur. Jom tengok 

ini bahan-bahan nya

Tengok video di you tube dulu 

hancurkan telur dulu

Masukkan mayonis 2 sudu besar dan sedikit serbuk lada hitam

Gaul bagi sebati semuanya

Kita susun roti 

sapu planta pada setiap keping

Letakkan telur hancur tadi



susunkan timun

dan tomato

daun salad

satukan roti tu

potong dua

dan empat, muka baru lepas nangis ni hahahhaha 

siapppp.... 

penuh sayur sandwih telur Aiyan

jemput makan, Aiyan makan 1 potong je yang lain papa dengan mama habiskan... penuh sayur gitu memang idokla dia hehehe 


ini video lengkap cara Aiyan buat sandwish telur

25 comments:

  1. Mengapa Aiyan menangis?
    Pandaolah Aiyan guna pisau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah bila buat kerja yang lama dan panjang mesti ada drama airmata, gitulah asam garam ada anak istimewa ni

      Delete
  2. Mudah2an Aiyan akan jadi chef terkenal nanti

    ReplyDelete
  3. fav ni...mmg bdk2 sekolah ada buat aktiviti sandwich terlur...byk sayur2 tu..aiyan suka ye byk sayur..bdk2 jrg suka sayur

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut resepi cikgunya suruh boh antara 3 tapi papanya kata boh semua sayur, aiyan makan 1 potong je mana la dia minat banyak sayuran gitu heheheh

      Delete
  4. Wah...ini dinamakan melentur buluh biar dari rebungnya".. misti sedap..yg penting dia sgt happy hasil air tangan dia sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka je bila buat benda macamni, cuma kadang bila lama sangat dia mulala buat drama

      Delete
  5. Replies
    1. hehehehe... tapi itulah chef tak makan sgt sandwish tu sebab banyak sayuran

      Delete
  6. Wahh. Terserlah bakat memasak ni..bakal chef

    ReplyDelete
  7. Teliti Aiyan buat sandwich tu. Banyak sayur memang bukan kegemaran dialah kan. Alahaiii napa nangis tu Aiyan. Stress agaknya buat task macamni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang ikut sebijik macam yang cikgu ajar...

      Delete
  8. Ayyan ni memang comel sangat!
    Sukanya aunty tengok Ayyan buat sandwich.
    Teringat selalu layan Firdaus di dapur nak buat itu nak buat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, dia suka la kalau suh buat macamtu cuma kadang dia cepat jemu bila kene buat ikut peraturan...

      Delete
  9. rs mcm nk mkn sandwich jgk breakfast esk.. haha

    ReplyDelete
  10. Faham part baru lepas menangis tu, sama macam anak sedara. Kita geng la aiyan, geng tak makan sayur hehehe.

    ReplyDelete
  11. Assalmualaikum,..
    Haa.. begitulah keadaan karenah anak istimewa yang menghiburkan, mula-mula suka, excited, bila dah lama mulalah bosan akhirnya menangis.. samalah macam anak saya 'sikecil haikal yang istimewa' hehehe.. banyak aktiviti kokurikulum kena buat.. moga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  12. rajinnya aiyan buat sandwich. bagus buat aktiviti macam ni takdelah bosan sangat diorang kat rumah..

    ReplyDelete
  13. La.. nape nangis Aiyan.. hehehe..
    Comelnya sandwich Aiyan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...