Wednesday, August 4, 2021

LAMAN TEPI YANG BERSIH

 Assalamualaikum semua,

 Minggu lepas kan aku ada kongsi yang aku cabut rumput yang dah panjang macam apa. Cuma itulah aku cabut lebih kurang je nampak dah tak semak tapi rumput masih ada lagi. Tapi semalam pagi ada pakcik yang selalu mesin rumput dekat rumah ni dia cabutkan. Bersih licin ko, mujurlah pagi semalam Edy perasan ada orang cabut rumput, dia terus keluar bagi sarapan, air dan sedikit duit. Walaupun pakcik tu memang di upah untuk bersihkan kawasan apartment kami tapi kerja cabut rumput tu bukan la kerja dia kan, itu kami beri sedikit duit. Hasilnya memang puas hati, lepas ni memang akan upah pakcik tu je untuk cabut rumput.

Ini hari tu masa aku cabut, ala kadar nya je

Belah depan pun sama, asal boleh je janji tak rupa semak samun

Nampak kan rumput masih banyak lagi tepi tu



ini hasil semalam pagi... bersih betul dalam longkang pun dia bersihkan 



Nampak la buah yang lebat sikit ini sebab dah takde rumput tepi tu

Belah depan memang bersih dari rumput... moga lama lagilah rumput ni tumbuh
puas hati tengok, aku susun pokok nanas tepi tu dan pokok lokio


Yang belah belakang pun dia cabut jugak, siap rumput dalam pasu bung kertas dia kasi bersih

teringat masa mula-mula pindah sini cuma ada pokok kemboja dan pokok pandan je... sekarang macam-macam pokok ada... seronok rasa

21 comments:

  1. Yelah... mmg nampak betul kelicinan di situ hihi... Akak memahami camne style hang cabut tu dana... hihi ...
    nampaknya pakcik tu dah di target ye utk bulan depan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, udah kita bdn besar nak nyangkung lama-lama tak larat... itu cabut asal boleh je... pakcik ni cabut bersih puas hati

      Delete
  2. syukurlah dana dpt unit bawah...boleh la juga bercucuk-tanam. jika unit atas kena tanam dlm pasu je la n letak di beranda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu alhamdulillah, walaupun ada tanah kami tetap bertanam dalam pasu jugak senang nak alih kan, tanam di tanah beberapa pokok je

      Delete
  3. Waaa macam-macam adoo.. nasib ada gak peluang bercucuk tanam kan, berbudi pada tanah ni, walau sekangkang kera tapi subur laaa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, ada yang hidup ada jugak yang mati... kadang cuba tanam beberapa kali baru hidup heheheh

      Delete
  4. Bersih betul tu. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki juga. Banyak hasil tanaman akak. Bagus juga tu bercucuk tanam selagi ada tanah. Dapat juga merasa hasil tanaman yng ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bersih betul hasil nya, memang lepas ni akan upah je dia terus... senang
      tanah tu sikit tapi impian nak tanam memacam ehehehe

      Delete
  5. Bersih dan sejuk je mata memandang kak dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nak mencabut rumput sendiri penat jugak tu... tapi bila dah bersih gini mmg tenang je

      Delete
  6. Wah baiknya pakcik tu...geram plak tengok pokok pandan tu..Dana jangan buang pokok pandan tu..banyak guna,akar dia yang menjulur keluar tu boleh guna untuk lembutkan daging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia semak nengok rumput tu kak oi hehehe, eh tak buang pokok pandan tu kak, sayang memacam boleh guna

      Delete
  7. Baguslah pakcik itu tolong buangkan rumput. Memang terang, nampak tanah sahaja.
    Elok hargai orang yang tolong mudahkan kerja kita. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah puas hati nengoknya, memang pasni kalau rumput naik tinggi bagi upah dia jelah cabut... kita tak rajin buat kita upah orang sudah... dia dapat kerja dan duit lebih sikit heheheh

      Delete
  8. rutin akak pg2 ginilah he hee
    baru sedapp mata memandang kan Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana tak dan kdg kak, lagila bila kerja... time bdr pun pagi kadang tak dan heheheh

      Delete
  9. Bersihnya pak cik itu buat kerja. terus clear kebun kecil dana hehehe

    ReplyDelete
  10. haaa mulberry tu dah berbuah dah, syok la nak makan. Lega kan bila ada yang tolong bersihkan. Kita tinggal bayar je

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...lega mata memandangnya...tq la ya pakcik...next month datang lg..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...