Tuesday, August 17, 2021

KIRIMAN RAMBUTAN LAGI DARI KERTEH

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku ada selit pasal keluarga mertua kirimkan buah rambutan dari kampung semalam sampai lagi rambutan yang baru. Kiriman kedua rambutan tepi rumah hari tu rambutan belakang rumah. Adik ipar kerja di skynet memang guna perkhidmatan mereka je, pantas barang sampai. Sedih dengan kiriman Wak WP yang masih lagi tersangkut di J&T Ampang, sabtu baru ni Edy nak ambil sendiri mereka tak bagi, semalam pergi lagi pun sama katanya nak hantar hari ini. Sedih dengan perkhidmatan J&T sekarang. Teruk sangat 😞😞

Semalam petang selamat sampai barang adik ipar pos ahad

Edy la yang paling seronok dia duk gunting ranting dan tengok kot ada buah yang rosak

kata Edy rambutan budak tak sekolah, sebab sekolah tutup kan heheheh 

manis layan makan... 

Budak yang sibuk dengan rambutan dan baju oren yang tak makan rambutan

jual-jual rambutan, kata cik Teh

sabtu petang diaorang petik dan terus siap-siap bungkus untuk Edy dan Emi, adik Edy yang duduk di Kuala Lumpur

mak mertua dan ayah mertua ku

Bukan main seronok tau diaorang ni baru perasan ada adik ipar terselit tepi tu, rindu betul... 

22 comments:

  1. sedapnya rambutan.. kat umh sy ni kiri kanan rambutan.. lebat bkn main,,
    sbb kan pkpd jdnya kutip2 bg kat jiran2 terdekat je.. tkot rosak buah kalo biar camtu je.. syg pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya ni tepi-tepi rumah ada tanah yg boleh tanam pokok... umah akak pokok kecik2 bolehla dik nak tanam rambutan mana mau nya big boss bagi

      Delete
  2. Waaa meriannyaa... Suami Sis ada di Paka ni, ada meeting sana, tapi kelakarnya kuarantin punyalah lama tu hahaha..

    ReplyDelete
  3. Husband kak dana orang kerteh ke? Kerteh terengganu tu ke? Hahaha kalau betul lah, saya pun orang kerteh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi ke daerah nama kerteh kt terengganu tu dik non oi? hahahhah

      Delete
  4. Elok lagi rambutan tu walaupun di pos. Nampak belum layu lagi. Alhamdulillah syukur sampai dengan selamat. Harap bungkusan dari wak juga selamat sampai. Banyak betul buah rambutan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cepat hantar ahad isnin sampai itu helok lagi

      Delete
  5. Sedapnya rambutan. Tapi kena stop makan dulu sebab bibir tak tahan kena getah dia😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. lainkali jangan gigit kulit rambutan pulas je supaya tak kene getahnya

      Delete
  6. Tu dia…banyak yang dikirim. Puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, rezeki di kongsi bersama gitu ehehhee

      Delete
  7. alhamdulillah
    dpt kiriman dari yg tersayangg
    ingat dulu masa arwah mak ayah ada musim buah ni berkali kali la tepon suh balik
    selagi kita x balik kan
    akak musim ni dpt juga merasa ,2 kali balik mkm puas2 , bawa blk sedekah jiran2
    alhamdulilah.
    rambutan ank sekolah cam laici isi tebal puas betul mkn kan
    bykk sungguh thn ni menjadi lgpun sb pkp buah2 tak laku org2 kg tak menjual byk yg terbiar je
    sayang tgk
    pokok2 aak sana pun byk tak usik .tak larat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak sesama rumah kat kampung hampir semua ada tanam rambutan, itu yang dah banyak sangat sampai ke kl dan selangor perginya

      Delete
  8. Aik Aiyan tidak makan rambutan pula. Banyak betul buah.
    Haah tersembunyi adik ipar. Tidak nampak kalau Dana tidak beritahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sejenis makan buah yang mudah je kak, macam tembikai, betik, pisang buah ada biji gini memang taakla dia makan hahahha

      Delete
  9. Aduh.. Meriah betul buahnya..
    Walaupun tak dapat ke sana, buah tetap sampai ke tangan Dana ye.. Courier ada kan.. hehehe.. kalau boleh kait sendiri lagi puas nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak alhamdulillah, merasa jugak kami walaupun jauh

      Delete
  10. Dkt rumah akak ni ada satu kebun rambutan dan durian..durian dh habis..rambutan punya lebat berjuntai2,dh merah kehitaman dh..sapa nk petik ja yg kt tepi2 jln tu..bayangkan hampir 1 kilometer buah rambutan tak nampak daun.. nk jual tak laku..

    ReplyDelete
  11. Wah best. Baru semalam baru makan rambutan.

    ReplyDelete
  12. Seronok ya tgk rambutan segar2. Walaupun x dpt merentas negeri dpt juga merasa la kan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...