Assalamualaikum semua,
Selama ini aku rasa Aiyan tu tinggi, yelah dia dah sama tinggi dengan aku. Tapi bila tengok gambar kelas dia, ternyata dia yang paling rendah. 😆😆😆
![]() |
Gambar budak kelas Aiyan. |
Assalamualaikum semua,
Sepanjang aku mula buat dialisis di HKL dari bulan februari. Ada seorang akak misi ini yang selalu jaga untuk aku buat dialisis. Kira dia yang uruskan mesin itulah. Kadang kalau dia cuti ada lah beberapa orang misi lain atau sister yang tolong buat. Semua misi, sister dan matron dekat unit Acut dan subacut HD memang baik. Ramah dan tak sombong, kita nak habiskan 4 jam dalam tu pun tak bosan. Selepas ini aku dah tukar tempat HD di Felda pulak. Harapnya semua dipermudahkan dan misi dekat situ pun baik macam di HKL.
Sabtu lepas hari terakhir aku HD di HKL, jadi aku masak nasi lemak untuk sarapan pagi mereka. Sedih jugak dah 2 bulan lebih dengan mereka. Nombor telefon memang dah ambil, siap dah cakap kalau ada masa nak ajak lepak sesama.
![]() |
akak yang pakai sweater dah habis shif, nak balik dah tapi bila tengok akak baju biru tu seorang je dia tolong dulu apa yang patut |
![]() |
selfie dulu, bilik ni memang riuh kalau ada orang misi tu |
![]() |
Air kopi O dan biskut kream krakers 2 bungkus, ini sarapan yang disediakan... nanti mesti rindu |
![]() |
ini pulak biskut bekalan aku |
![]() |
nama nya kak Wan |
![]() |
ini kak Suria |
Assalamualaikum semua,
Resepi ini paling best, aku suka sebab mudah dan sedap. Masa maktek balik dari kampung aku kirim dengan dia buah mulberi sebab nampak banyak betul buahnya. Bila dapat tu memang banyak ada dalam setengah kilo kot ke lebih. Mula nya perancangan asal nak buat kordial lepas tu nak jadikan jem tapi tersilap langkah. Malam tu malas pulak nak kisar mulberi tu, jadinya kita jadikan kordial je dengan ada buah sekali. Sedap masam manis.
Bahan-bahan:
500gm buah mulberi
10 biji buah beri biru
6 sudu gula
3 cawan air
Cara masak:
- Cuci dulu buah mulberi, rendam dengan air yang dah letak sedikit garam untuk 10 minit.
- Masukkan dalam periuk kecil, mulberi, beri biru, gula dan air.
- Masak untuk 20 minit.
- Sejukkan dan simpan dalam peti ais.
- Bila nak buat air, campur je dengan air sejuk dan ais.
![]() |
habiskan beri biru yang dah nak kering |
![]() |
Masa ini dah lembut dah |
![]() |
Tapi malam tu dah penat sangat jadi malas nk kisar, lepastu esok pun malas... jadi kita simpan je semua |
![]() |
sedap kordialnya tau... cantik warnyanya |
![]() |
ada sebijik-sebijik mulberi, sedap masam manis |
Assalamualaikum semua,
Hari khamis biasanya kerja banyak la sikit kan, itulah yang agak lambat buat entri. Tak perlu menunggu lama jom la kita layan cerita bergambar.
![]() |
semalam bawak pulut ikan masin untuk jururawat di HD HKL |
![]() |
hari selasa, di jemput beraya di pejabat kawan di tingkat 4 |
![]() |
tergoda dengan bantal kucing Mr Diy |
![]() |
petik buah beri biru dapat la 3 biji |
![]() |
tiap hari usha |
![]() |
comel kan |
![]() |
menu semua sama je, lontong lodeh |
![]() |
beli menu jualan sendiri |
![]() |
menu hari jumaat, masak-masak kat pejabat |
![]() |
projek jualan aiskrim malaysia |
![]() |
tambah ruang untuk rumah cik bu |
Assalamualaikum semua,
Jamuan raya bahagian kami memang awal, seawal minggu pertama naik raya hheheheh. 10 syawal kami dah buat jamuan raya, bahagian lain di JUPEM ni tak ada yang buat lagi. Kami mengejar masa sebab minggu depannya memang ramai yang kerja luar. Itu yang kami awal buat jamuan raya, meriah cara kami seadanya jelah. Jom la tengok gambar yang mana ada ya.
![]() |
konsep potluck |
![]() |
majlis takmula lagi, tapi mereka dah jadi tester makanan |
![]() |
dah macam YB kan siap dengan tanda nama lagi |
![]() |
geng wanita |
![]() |
geng takde kerja, sibuk main tiup belon pulak |
![]() |
geng suka bergambar |
![]() |
memang paling banyak muka yang tudung hitam |
![]() |
En Zuhariy bagi ucapan,majlis raya bersekali dengan majlis perpisahan dia naik pangkat |
![]() |
pengarah aku lupa bawak baju melayu, so dia kata pakai baju batik jelah |