Friday, April 18, 2025

RESEPI RENDANG AYAM GORENG

 Assalamualaikum semua,

Masih raya lagi kan, jadi aku nak kongsi kan resepi rendang ayam goreng. Biasa aku masak rendang boh sekali je terus. Tapi ini kejadiannya aritu la suruh Edy belikan ayam untuk masak rendang jamuan raya kelas Aiyan. Orang yang potong ayam tu, dia potong kecil-kecil, jadi kene lah goreng dulu ayamnya baru boleh masuk dalam rendang. Kalau tidak, habis hancur la rendang ayam nya ni. Bila dah buat rendang ayam goreng, bagi aku sedap pulak. Sebab kuah dia tu jadi rasa lebih lemak. Tak banyak air macam selalu. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

2 ekor ayam

2 kotak kecil santan

2 pek rempah rendang adabi

8 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang holland, kisar

4 batang serai, kisar

2 inci kunyit, kisar

2 sudu jintan, kisar

3 sudu ketumbar, kisar

2 biji cili api, kisar

2 batang serai, ketuk

Daun kunyit dan daun limau purut

1 ketul gula melaka.

3 keping, asam keping.

Garam secukupnya.

Cara Masak:

- Perapkan ayam dengan kunyit, halia dan bawang putih tumbuk sedikit garam. Gorengkan separuh masak.

- Tumiskan serai yang diketuk dan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak, masukkan perencah rendang masak lagi.

- Masukkan gula melaka dan asam keping. Masak lagi biar betul- betul masak.

- Masukkan ayam, gaulkan rempah rendang tu. Tutupkan periuk untuk 10-15 minit biar ayam betul masak.

- Masukkan santan, tambahkan garam. Renehkan biar kuah pekat lagi. 

- Akhir sekali tambahkan daun kunyit dan daun limau purut. Matikan api


ini kalau tak goreng dulu memang hancurla ayam tu

goreng separuh masak je














11 comments:

  1. Aduiii sedapnya rendang ni Dana. Raya ni belum buat rendang lagi hehe. Makan kat rumah orang je.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..tahun ni raya buat rendang ayam tua..pun x dapat mkn gak sebab batuk teruk

    ReplyDelete
  3. Teringin la pulak rendang makan dengan ketupat sedapnya.

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak buat rendang ayam, ayam goreng dulu takut hancur.

    ReplyDelete
  5. Menarik nya ayam goreng rendang.. betul juga bila buat mcm ni tak ada la ayam tu hancur kan masa nak gaul tu.. so far tak pernah buat lgi.. blh la try buat lps ni..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dana, lama sungguh tak menjejak ke sini...moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, moga belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete
  7. alamak sedapnya rendang. terus rasa nak masak. hahaaa... hakak pun kdg2 goreng dulu ayam tu, so rasa lebih sedap

    ReplyDelete
  8. Saya save lah resep ini kak 😍😍😍😍. Jadi teringin masak rendang ayam begini . Biasa selalu daging. Pakai ayam pun sedap. Apalagi kalo digoreng dulu, memang jadi lebih enak dagingnya 👍👍

    ReplyDelete
  9. waduhhhh sedapnyaaa ehh tp blm pnh try lg goreng dulu. nti blh try juga resepi ni Ana save hehehe

    ReplyDelete
  10. Owh.. baru tahu kalau ayamnya kecik kena goreng dulu ya untuk elakkan hancur.. tq Dana share tips.. Mengancam rendang Dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...