Assalamualaikum semua,
Hari ini sibuk lagi pastu tengahari tadi sibuk mengemas lagi apa yang patut. Entah la rasa tak siap-siap mengemasnya hahahha. Baru nak mengemas ada dah boss datang tanya itu ini jadi tergendala. Kadang balik lewat jugak sambil mengemas tu sikit-sikit kan.Oklah jom layan cerita bergambar jom. Semalam Edy masuk hospital, jadi agak sibuk la aku waktu pagi tu. Dengan nak bawak barang jualan dengan hantar Aiyan ke sekolah lagi tu.
![]() |
| Lepas ni boss dah kene belajar alihkan kon parking dia sendiri |
![]() |
| Pagi tadi kan hujan, hantar la sampai dekat dengan tempat dia menunggu |
![]() |
| Masuk kat Gleaneagles Kuala Lumpur pakai insuran pejabat dia |
![]() |
| Dah lama dah tak nampak langit biru kat Selangor |
![]() |
| Tapai goreng, sedap tau |
![]() |
| mintak kawan buat kan aiskrim malaysia |
![]() |
| gigih buat aiskrim |
![]() |
| Dari isnin dah mula hantar dia pergi sekolah |
![]() |
| pertama kali jumpa, masak asam kulit tembikai |
![]() |
| 3 budak nakal hahahha |
![]() |
| Lebam dah dekat seminggu pun masih ada lagi |
![]() |
| cantik kan rantai dia, muka dia bengang sebab Edy baru belikan loceng dia yang besar tu |
























































