Tuesday, June 16, 2026

MAJLIS PERKAHWINAN PERSANDINGAN ATIKA DAN ZAMAN

 Assalamualaikum semua,

Sabtu hari majlis kahwin, bersandingnya. Kepenatan kami 4 beradik, ke depan ke belakang membantu mak abah terima tetamu. Jadi tukang bagi goodies, uruskan berkat dan duit salam kaut. Macam simple tapi penat nya lahai sampai sakit kaki dok ke sana sini. Mujurla abah dengan mak setuju kali ini guna katering je tak payah rewang masak sendiri. Jadi kurang la sikit kerja yang perlu dibuat. Jom la tengok gambar kami ye.

Mula-mula abah pakai baju ungu, tapi dia tukar baju sebab nak ada baju yang banyak poket

Hari sanding tu tema kami ungu, tapi 2 jejaka belah kiri tu je degil warna lain heheheh


anak buah nan 2 ketul

Bukan main susah nak ambil gambar dengan 3 anak buah

Masa ni dah boleh bergambar tetamu dah tak ramai




gambar dengan nyai, atok rasanya dah balik rumah 

muka kepenatan tapi bergambar mesti tak boleh tolak

gambar dengan geng kendarat

gambar dengan sepupu belah mak

Monday, June 15, 2026

MAJLIS PERNIKAHAN NURUL ATIKA DAN ZAMAN

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat tak sempat buat entri, pagi tu lepas hd terus balik ke kampung untuk menghadiri majlis nikah mak yan. Adik nombor empat aku. Majlisnya selepas asar nasib sempat sampai rumah dalam pukul 3.40 petang. Sampai rumah gosok tudung mandi dan siap untuk majlis nikah ni. Tapi sebab semua sibuk dekat ruang tamu untuk tengok majlis nikah aku kene duduk kat khemah tunggu tetamu. Sebab ada orang kampung yang datang awal untuk jemputan sebab esoknya hari majlis mereka ada halangan. Kira aku jadi wakil emak dan abah untuk jemput tetamu makan sementara mereka nak jumpa salam kaut dengan abah dan emak.

Alhamdulillah majlis nikah berjalan dengan lancar, dapat seorang lagi adik ipar. Tinggal 2 orang je lagi adik aku yang belum berumahtanggan. Moga cepat la yang lagi 2 orang tu kan, biar makin riuh rumah kami nanti kalau raya.


sempat lagi sebelum nikah tu welfie kejap



comel pulak tengok gubahan hantarannya

membe gaduh dari kecik sampai besar


gambar dengan anak buah




dengan kakak masing-masing


dengan maktek dan si kecik

punya la tinggi membe tu kan


Gambar dengan mak abah dan atok

gambar dengan adik beradik ipar duai

moga terus sihat atok dan nyai





pengiring pakai baju biru, baju raya tahun ini... kecuali Edy dia bukan minat pakai baju melayu hahha


Thursday, June 11, 2026

PHOTO DIARY #18/2026

 Assalamualaikum semua,

Tak mo bebel panjan tapi jom tengok cerita bergambar. 

Sejak balik dari hostel aritu kerjanya asyik nak mengendeng dekat kita je


Kalau malam, mana kita duduk situ la jugak dia menempel

etok

isi etok salai

kebocoran

kalau tekan tak kuat memang bocor la

semalam pergi sarapan kat luar, boss kirim belikan sarapan pastu duit lebih dia belanja kami, itu yang semua ambil ayam goreng hehehhe

Terbeli, 5 pokok rm50

rumput dekat rumah aku memang terlebih subur

pokok beri hitam yang subur berbunga tapi tak keluar buah nya


Makngah hantar gambar kata pokok manggis kat kampung berbuah, balik esok boleh la petik sendiri

Masa hd tadi pagi, pakai baju tshirt dan seluar biasa je balik pejabat baru tukar baju batik

tukar dah

Wednesday, June 10, 2026

WW JARUM FISTULA AV

 Assalamualaikum semua,

Jarum cucuk fistula ada 3 jenis, buat masa ni aku dah guna 2 jenis tunggu sikit hari lagi naik taraf guna jarum paling besar. 


Ini pun dah nampak besar kan

Jarum pink ni guna pertama kali pada 25 Mei 2026


Ini mula guna 6 Jun 2026

Jarum besar boleh sedut volume darah  yang banyak lagi, baru cucian tu bersih