Monday, February 10, 2025

HANTAR MIL DAN ADIK IPAR PERGI UMRAH

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat malam sabtu baru ni ayah mentua dan adik-adik ipar tumpang tidur kat rumah kami. Mak mentua dan adik ipar lain terus ke homestay berdekatan KLIA. Mereka sampai malam dalam pukul 9 lebih, sempat la aku masak nasi dan telur dadar. Edy belikan sup campur di kedai je. Esok paginya masakkan sarapan mehun goreng dan epok-epok goreng. Dalam pukul 9 pagi kakak ipar pulak sampai  untuk sarapan sekali dan pergi bersama ke KLIA. 

Dalam pukul 12.20 tengahari kita semua gerak ke KLIA, katanya pukul 2 nak jumpa pukul 4 nanti dah mula nak dengan taklimat. Sampai KLIA pukul 2 lebih tapi entah mana silapnya, pukul 5 masih lagi tak siap-siap. Akhirnya pukul 6 lebih baru checkin apa semua penerbangan pukul 9 malam. Kami pukul 5 dah cabut balik, kepenatan berkeliaran di KLIA. Bila badan tak sihat sangat ni tak boleh nak melasak macam orang sihat biasa, nanti kita yang menahan sakitnya. Moga dipermudahkan semuanya buat mak mentua, dan keluarga adik ipar moga dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.

Lepas sampai berehat kejap sambil tengok tv dan makan malam

sarapan pagi pulak

sebelum bergerak ke KLIA

bergambar dulu, dengan semua adik beradik ipar duai


cukup 9 beradik semuanya, ikut turutan yang bongsu tu sebelah pak mentua




dua budak bulat

Thursday, February 6, 2025

PHOTO DIARY #04/2025

 Assalamualaikum semua,

Sudah beberapa hari panas betul petang dan malam pun panas tak hujan. Kadang mendung tapi hujannya tidak, tapi mujur la cuti sekolah jadi tak keluar ke mana-mana. Duduk jelah dalam pejabat ni yang boleh tahan sejuknya. Jom layan cerita bergambar.

welfie sebab baju sama

kawan yang depan kata aku ngelat menyorok kt belakang nampak kecik hahahah

panas betul sekarang ni, balik kerja pukul 5 tu siram bunga rasa macam nak pakai payung je

ole-ole orang balik umrah

aku suka beli barang di watson dengan shoppe, cepat dapat elok je cara pembungkusan

lego turun temurun dari Aiyan kecik

makin panjang akal budak nak cukup setahun ni

Dah lama tak buat epok-epok sendiri

sekejapan je ni puas hati bila buat sendiri

dia dah lagi tinggi dari aku

bukan main suka dapat makan aiskrim mixue ni

hasil borongan di Laboheme

Wednesday, February 5, 2025

WW BUNGA UBI KAYU

 Assalamualaikum semua,

Hari tu adik kedai pi petik pucuk ubi, aku pun sibuk la tolong pastu nampak bunga dia. Cantik jugak.



close up katanya

Monday, February 3, 2025

MOGA KAMI ISTIQAMAH

 Assalamualaikum semua,

Maaf la ye kawan-kawan minggu lepas dari rabu kan cuti aku sambung sampai ahad jadi jumaat tu cuti rehat. Bila duduk rumah tu memang lupa la nak buat entri tu heheheeh. Ini alat senaman baru kami setelah stepper, moga kami istiqomah la ya. Nak beli treadmill mahal sangat kita beli `walking pad` jelah. 

gini lah rupanya, memang simple je tapi mula-mula tu 2 minit pun mengah gak


budak ini pun lapang-lapang dia berjalan kat sini...