Assalamualaikum semua,
Hari ini aku tak dapat kongsi resepi, sebab dah kehabisan idea dah lama tak masak wei. Kalau ada pun yang mudah-mudah je 😅. Aku nak kongsi pasal turutan kerja buat roti sosej heheheh. Sebab malam tadi aku buat roti ni, ada yang pesan.
Aku kongsi jugakla resepi nya kot-kot ada yang nak cuba ya. Resepi mudah je
Bahan-bahan:
500g tepung roti @tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu besar planta
5 sudu besar gula
Sedikit garam
2 sudu besar susu tepung
250 ml air sejuk
1 biji telur
Sosej yang telah di rebus dan belah tengah
Mayonis
Sos
Paper cup bulat
Cara sediakan:
- Dalam bread maker masukkan air sejuk, telur, tepung gandum, gula, garam, susu tepung dan planta. Uli untuk 20 minit dan biarkan 10 minit.
- Selepas 10 ke 20 minit masukkan mauripan dan uli semula untuk 20 minit atau boleh guna fungsi uli roti untuk sejam setengah.
- Bila dah bunyi keluar kan doh, timbangla ikut berat yang disukai dan letak dalam paper cup bulat.
- Ambil sosej, tekan kan doh dalam paper cup, biar naik dalam 20 minit pastu baru boh sos dan mayonis. Bakar dalam oven dengan suhu 160- 180 selama 15 ke 20 minit. Sebelum tu panaskan oven selama 15 ke 20 minit dulu.
 |
| Lepas dah naik, mula-mula je rajin aku bulatkan dulu doh tu...pastu aku tekan je dengan sosej |
 |
| Dah naik gebus semua baru letak mayonis dan sos cili, kalau nak tambah boh cheese pun ok |
 |
| Lepas dah bakar, makin bulat kembang dia |
 |
| dah sejuk masukkan dalam bekas |