Showing posts with label PKP2020. Show all posts
Showing posts with label PKP2020. Show all posts

Friday, August 7, 2020

MASK EXTENDER MANIK

Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan, sejak mula kerja dan Aiyan pun dah bersekolah aku memang dah makin jarang memasak macam-macam. Semasa PKP kan setiap hari ada je menu yang aku masak, siap dengan pencuci mulut lagi kan. Sekarang ini pun kadang masak yang simple je waktu petang, hujung minggu pun dah masak yang simple je. Harapnya nanti aku rajin lah buat menu yang istimewa sikit ya.

Sejak dah di wajibkan pakai mask di tempat awam, aku ni rajinkan lah diri buat mask extender sendiri. Selama ini aku pakai getah ikat rambut  je, tapi kali ini buat yang proper sikit. Siap boh manik dan batu-batu lagi, saja nak menghabiskan koleksi manik yang masih ada dalam simpanan. 

Sambil-sambil nak asah bakat memanik aku semula, yelah lama tak pegang jarum benang dan manik. Dapatlah buat kan extender untuk adik-adik di kampung, kot lah ada kawan-kawan yang berminat nak beli dengan aku pun sangat di alu-alukan heheheh. Mana tahu kan kan kelainan sikit.
antara koleksi manik, batu dan pearl yang masih ada lagi dalam simpanan

bercampur-campur dah semuanya, masa pindah tu aku simpan jugak lah sikit sayang oooo

ini hasil yang pertama aku cuba... 

sebab dah lama tak memanik tak pegang jarum, entah dah berapa kali jari aku kene cucuk jarum gini.. sedar-sedar dah berdarah je 
antara koleksi yang siap dan kirimkan untuk family kat kampung... design hampir sama tapi lain-lain 
comel pulak buat dengan manik pearl besar-besar gini

ini aku punya... hehehehe banyak sikit maniknya tapi susah memanik kat kain yang kecil gini

close up sikit... 

ini pagi tadi aku baru siapkan di pejabat sementara aku masuk kerja awal, bagi kat akak cleaner pejabat, sebab tengok dia pakai gelang getah je untuk mask nya, hari tu aku dah buatkan 1 tapi katanya anak nya ambil hehehhe

Wednesday, July 22, 2020

SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Assalamualaikum semua,

Hari ini, hari pertama persekolahan untuk darjah 1 hingga 4, tapi di sekolah Aiyan untuk murid PPKI mereka dah mula pada 17/7/20. Cumanya Aiyan tak dapat mula minggu lepas, sebab dia perlu ada surat akuan dari doktor pakar untuk masalah jantung dia. Aiyan cuma bersekolah 3 hari je seminggu, isnin rabu dan jumaat. PPKI sekolah nya pilih SOP 3 secara penggiliran. 

Sedikit gambar persediaan bersekolah dalam norma baharu. Aiyan memang sangat teruja nak ke sekolah, rindu sangat lah kat kawan-kawan tu.

Sarapan pagi memang wajib untuk dia... se awal pagi pun dia boleh habiskan mehun goreng tu
selepas ternampak dalam blog kak Sha KasihkuAmani terus suruh Edy cari di mrDiy

isikan dalam bekas kecil yang picit-picit tu senang sikit nak guna



set lengkapnya, hand sanitizer, tisu biasa, tisu basah, sudu dan garfu, pelitup muka dan plastik kosong
pelitup muka dan plastik kosong... harapnya selamat lah tak hilang barangnya dalam bekas ni



Bila dah dapat surat akuan ini baru Aiyan boleh sekolah, murid yang ada masalah jantung yang kronik tidak dibenarkan datang sekolah. 


Monday, June 8, 2020

CARA AKU SIMPAN LAUK DALAM PETI

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi korang, selamat bercuti umum hari ini ye. Esok kerja seperti biasa, lepas ni mesti ramai kawan-kawan yang balik kampung lepas dibenarkan rentas negeri pada 10 jun. Apa pun sila utamakan kebersihab diri, pakai pelitup dan sentiasa ikuti SOP yang diberi. Siapa tak rindu mak ayah kita di kampung kan.

Oklah, cara aku simpan bahan basah dalam peti. Aku simpan dalam bekas pakai buang ni, tulis siap-siap apa isinya. Supaya mudah nak diguna nanti, paling penting bahagian dada ayam tu kene asing, kalau campur sekali bila masak  mesti tak laku. Jadi kita asingkan untuk buat masakan yang sesuai, macam ayam butter, popcorn ayam, ayam goreng kunyit dan masuk dalam mee atau nasi goreng. 

Masa sebelum bersihkan ayam dah tulis siap-siap

Nasib peti ais lama masih ada lagi, dapatla buat isi lauk juga


Bila dah tulis, bila nak suruh paksu or papa keluarkan pun senang

Thursday, June 4, 2020

PHOTO DIARY #14/2020

Assalamualaikum semua,

Lama betul aku tak buat entry photo diary, almaklum buat entry pun asal boleh je bila WFH. Kita sambung segmen PD ini yek hari ini dan hingga seterusnya. Maaf ye kawan-kawan gambar memang campur-campur seperti biasa lah yek, cerita ada di gambar ye.

Mohla kita layan cerita dalam gambar.

rasa puas hati, semua bekas tupperware yang aku beli dapat digunakan dok buat isi kudapan untuk raya.. rasa berbaloi beli bekas besar

sehari sebelum raya paksu minta Edy potongkan rambut dia... ini rambut sebelum ya

sebelum, tengok rambut si aiyan dah macam rambut palsu bak kata makcik nya hahahah

rambut si aiyan ni jenis tebal, nampak la rambut dia tu

hair cutter tu order kat shoppe lama dah, tapi sampainya lagi 3 hari sebelum raya

terpaksa potong dekat belakang rumah nak potong kat tepi rumah hujan lebat la pulak
masa ini hujan lebat selebatnya, mama lak tengah sibuk masak rendang

rambut paksu selepas potong... nampakla kemas sikit

helok la sikit dari sebelum ini dah macam apa dah


rambut si aiyan... dah ok tak macam rambut palsu hehehhe 

belah tepi pulak... kemas la sikit dari sebelum ni

petang raya ke 2 pulak adik ipar mintak Edy tolong potongkan rambut... mesti dia tengok rambut paksu dan aiyan nampak cun tu dia pun suruh Edy potongkan
raya ke 3 tetamu datang beraya... siap tido lagi heheheh 
Edy dok lap semua kereta hot wheel si aiyan... sebab ecah suka main kereta

bilis tamban goreng ini, antara menu kesukaan si aiyan... kebetulan pulak tak masin dia suka buat lauk sebab ranggup

macamni lah gaya nya bila layan drama atau movie sama-sama waktu malam

29hb aritu, jumaat lepas kat pejabat aku ada buat jamuan cara potluck sikit... jamuan raya gaya PKP

Wednesday, June 3, 2020

RESEPI BUBUR AYAM NOXXA

Assalamualaikum semua,

Baru hari rabu dah kongsi pasal resepi, heheheh nak buat camne kan udah banyak pasal makanan dalam gallery hp aku tu. Bolehla korang buat menu untuk sarapan bubur ayam aku ni yek. Ini aku tunjuk cara masak dengan periuk noxxa, kalau guna pressure cooker lain pun sama lebih kurang kot caranya.

Bahan-bahan:

2 cawan beras ( cuci tak toskan)
18 - 20 cawan air
3 ulas bawang putih, hiris
5 biji bawang merah kecil, hiris
1 inci halia, hiris besar
1 pokok daun bawang
1 kiub ayam
1 mangkuk isi ayam
sedikit planta dan minyak untuk menumis
1 batang lobak potong dadu
garam secukupnya
1 sudu kecil  serbuk lada hitam kasar

Cara Masak:

- Hidupkan suis tekan fungsi stir fry dan tekan on, tumiskan bawang, halia dan daun bawang hingga wangi
- Masukkan ayam dan carrot,serbuk lada hitam, kiub ayam masak hingga ayam nampak separuh  masak masukkan beras dan air
- Matikan fungsi stir fry, tutupkan periuk dan tekan fungsi HP selama 30 minit dan tekan on.
- Bila dah lepas 30 minit biarkan periuk untuk 15 minit atau 20 minit baru buka penutup dan boleh tambah garam dan rasa. Siap


tumiskan bahan hingga naik bau... 

masukkan ayam dan carrot

beras dan air

aku suka letak banyak sebab suka ada kuah sikit 

selepas 30minit macam gini rupa bubur ayam ku

boh serbuk lada hitam ajishio ah sedapnya

Tuesday, June 2, 2020

MANGGA OH MANGGA

Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan, bila kerja di rumah memang lambat betul nak buat entry atau BW blog kawan-kawan. Hari ini sampai khamis aku kerja di pejabat jadi laju lah sikit kerja sambil buat entry.

Sejak bulan puasa, kat rumah wajib ada buah dalam setiap menu berbuka. Masa awal-awal puasa aku beli online je buah mangga tu, tapi masuk minggu ke 2 puasa dah jumpa orang jual buah mangga tepi jalan yang murah dan sangat reasonable harganya. Jadi apa lagi, terborong lah mangga, seisi rumah suka kecuali si Aiyan. Sekarang pun hampir setiap hari memang mangga jadi hidangan pencuci mulut kat rumah selagi belum jemu.


sejenis mangga epal tapi besar sangat, bila dah masak bau wangi dan rasa ada akan-akan macam kuini

menarik sangat mangga warna maroon ni, aku lupa apa namanya sedangkan penjual tu dah bagitau...
mangga maroon dan mangga epal besar tu 3kg rm20 ok kan harganya

baru sebiji sampai tak muat dah bekas ini.... 

penjual tu kata ini mangga harumanis siam, besar manis harum juga tau

sebiji dah penuh gini... memang puas makan 

besar kan... 

aku tak ingat apa nama yang belah kiri tapi belah kanan penjual tu kata harumanis siam

Friday, May 29, 2020

MENU RAYA PERTAMA DAN KEDUA

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah kerja, kiranya hari pertama selepas cuti raya. Tapi rasa macam tak lain je, almaklum raya kat bandar kan.  Aku nak kongsi dengan korang menu yang aku masak di pagi raya. Simple je sebab aku dan janji nak kongsi raya dengan maktek, so maktek bawak sebahagian lauk dan makan sama-sama kat rumah aku.

Sebelum tu aku tanya dah kat big boss nak suruh masak apa di pagi raya, yelah tak kan nak menu johor je kan. Dia kata suruh masak rendang daging, nasi impit, gulai ayam dan nasi minyak. Beres sebab semua tu menu yang mudah disediakan.

Sabtu tu aku dah rebus nasi impit, malam raya aku masak serunding kelapa dan rendang daging. Esok paginya masak nasi minyak tapi upgrade jadi nasi hujan panas, gulai ayam dan acar mentah. Sebab selalu mertua aku memang akan masak nasi minyak dan gulai ayam di pagi raya. 

Maktek bawa ayam masak merah dan sayur lodeh, tapi aku lupa nk ambil gambar semua.

kita bertemakan warna ungu ya... 

gulai ayam aku tapi tak dapat rasa macam gulai sama macam mertua masak sebab takde rempah gulai terengganu

nampak pewarna ada banyak kita pun tukar jadi nasi hujan panas lah



aiyan paling suka , dok la puji sedap nasi warna warni mama... 

masak lodeh maktek, ayam masak merah lupa lak nk ambil gambar

raya ke dua aku masak ayam kicap, ini paksu yang minta... menu kegemaran pagi raya di johor

sambal goreng paru, ini pun kegemaran kami adik beradik kat johor...