Friday, May 29, 2020

MENU RAYA PERTAMA DAN KEDUA

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah kerja, kiranya hari pertama selepas cuti raya. Tapi rasa macam tak lain je, almaklum raya kat bandar kan.  Aku nak kongsi dengan korang menu yang aku masak di pagi raya. Simple je sebab aku dan janji nak kongsi raya dengan maktek, so maktek bawak sebahagian lauk dan makan sama-sama kat rumah aku.

Sebelum tu aku tanya dah kat big boss nak suruh masak apa di pagi raya, yelah tak kan nak menu johor je kan. Dia kata suruh masak rendang daging, nasi impit, gulai ayam dan nasi minyak. Beres sebab semua tu menu yang mudah disediakan.

Sabtu tu aku dah rebus nasi impit, malam raya aku masak serunding kelapa dan rendang daging. Esok paginya masak nasi minyak tapi upgrade jadi nasi hujan panas, gulai ayam dan acar mentah. Sebab selalu mertua aku memang akan masak nasi minyak dan gulai ayam di pagi raya. 

Maktek bawa ayam masak merah dan sayur lodeh, tapi aku lupa nk ambil gambar semua.

kita bertemakan warna ungu ya... 

gulai ayam aku tapi tak dapat rasa macam gulai sama macam mertua masak sebab takde rempah gulai terengganu

nampak pewarna ada banyak kita pun tukar jadi nasi hujan panas lah



aiyan paling suka , dok la puji sedap nasi warna warni mama... 

masak lodeh maktek, ayam masak merah lupa lak nk ambil gambar

raya ke dua aku masak ayam kicap, ini paksu yang minta... menu kegemaran pagi raya di johor

sambal goreng paru, ini pun kegemaran kami adik beradik kat johor... 

35 comments:

  1. selamat bekerja dana..pg ni hujan lebatttt....tgk menu2 ni..lapar hehe...akak puasa sbrrr hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ini tak kerja sgt kak sbb ada jamuan raya heheheh

      Delete
  2. Masak semua masakan ketika beraya di kampung ye?
    Semua kena sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kene ada rasa pantai timur dan selatan

      Delete
  3. Selamat bekerja dana.. Sedap menu nya. Ramai masak rendang dengan nasi impit je sebab berdua je dengan suami

    ReplyDelete
  4. sambal goreng tu je belum masak sempena raya.. suami suka sebb katanya makanan raya kat Johor.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...seronoknya! Kalau lauk begini meriah, makan ramai-ramai bergandalah meriahnya! Semua sedap belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, baru la rasa raya sikit hehehe

      Delete
  6. Meriah ya menu...anak akak cuma msk bihun sup ja raya pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru raya pertama kak, raya kedua ke tiga mesti meriah

      Delete
  7. sedapnyeee! menu sy hari raya pertama nasi himpit kuah kacang.. ketupat palas..
    raya kedua pon menu sama.. haha..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. alhamdulillah wak, kita ikut apa yang orang request

      Delete
  9. Wow sedapnya.. Dana masaknsemua tu me.. byk lauk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak semua kak, yang menu biasa masak je kak...

      Delete
  10. Wah meriah sungguh Dana macam raya biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar rasa raya kan kak, itu masak ikut selera raya macam di kampung

      Delete
  11. 𝕾𝖊𝖑𝖆𝖒𝖆𝖙 𝕳𝖆𝖗𝖎 𝕽𝖆𝖞𝖆 𝕬𝖎𝖉𝖎𝖑𝖋𝖎𝖙𝖗𝖎 𝕸𝖆𝖆𝖋 𝖅𝖆𝖍𝖎𝖗 𝕭𝖆𝖙𝖎𝖓.

    ReplyDelete
  12. Sambal goreng paru. Sedapnya kak. Adussss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sangat tak makan paru, itu teringin tuh

      Delete
  13. Alaa...x sempat lgi nak up menu raya ari tu...

    ReplyDelete
  14. sedap semuanya! dah le tengah lapar ni. jap pekena telur rebus n telur masin dgn nasi putih. hahahaa!! takda kena mengena tapi masa baca entry ni, tu je yg dah redi😂😜

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah makan sedap-sedap
    hehehe

    ReplyDelete
  16. Adoi.. Sedap betul menu-menu dana.. Ayam masak kicap, Kuah lodeh.. Sambal paru.. hai.. Meh la kita berjiran Dana..

    ReplyDelete
  17. Tengok menu akak terus rindu nak balik johor..aduhaiii..

    ReplyDelete
  18. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...