Sunday, May 3, 2020

RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS

Assalamualaikum semua,

Sejak PKP ni, aku kadang maca dah lupa hari dan tarikh huhuhu

Hari ini aku nak kongsi resepi ayam ala dominos, aku google dan tambah bahan ikut kesukaan patutnya guna untuk drummet dan kepak tapi aku perap kat ayam seekor.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam belah tengah
120 g sos cili
120 g sos tomato
120 g sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar serbuk ladahitam kasar
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sunquick oren (optional)
50 g mentega

Cara masak:

- cucuk atau kelar ayam bahagian dada dan baagian berdaging
- campurkan semua bahan rempah dan masakkan hingga mentega cair, sejukkan
-bila dah sejuk perapkan kat ayam, lumurkan dengan rata, perapkan untuk sejam atau semalaman, lagi lama lagi bagus.
-bakar ayam dengan suhu 170-200 selama 1jam 20 minit atau bergantung pada saiz ayam

Ini sebelum tambah serbuk cili dan mentega

Perapkan dengan ayam tu...warna dia menggoda
Ingat nak kepakkan tapi oven kecik hahahha, bagi dia menonggek jelah


selamat dibakar

Layankan dengan sos thai syafkun, sedap sangat

Menu berbuka petang tu, penuh meja

33 comments:

  1. Ala Domino's. Menarik juga guna sunquick oren. Ada rasa masam.

    ReplyDelete
  2. wahhh ala dominos pulak..tadi nampak kak azian khalil buat ayam ala kenny rogers...

    ReplyDelete
  3. Wah.. wah.. mengancam sungguh warna ayam tu.. Untung betul kalau berjiran dengan Dana nie.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...rajin perap ayam...masa perap letak dalam peti sejuk tak

    ReplyDelete
  5. Meriahnya juadah berbuka puasa! Makan ramai-ramai memang best.

    ReplyDelete
  6. best pulak tengok kejadian resipi2 ayam macam kat restoran sebenar ni.

    ReplyDelete
  7. waahhhh nampak pun dah menyelerakan..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap sangat ni! boleh la nak try nanti hehe.

    ReplyDelete
  9. Meriahnya menu berbuka Dana. Rajin sungguh.

    ReplyDelete
  10. alaaahhhh...bukan main dia tergolek ayam tuhhh...slurp4..petang2 nehhh..geram tengokkk

    ReplyDelete
  11. sedapnya ayam bakar .... bolehlah nnt cuba

    ReplyDelete
  12. silap besar singgah sebelum berbuka ni hahahahaa

    ReplyDelete
  13. Nanti bolehlah beli ayam sekoh tak payah potong nak buat mcm ni gak... mcm menarik e tu ayamnya wei. Tak payah dah nak beli ayam golek ye Dana

    ReplyDelete
  14. Sedapnya ayam panggang. Lama tak memanggang ayam ni. Bolehlah kot cuba resepi Kak Dana nanti ni.Tq share

    ReplyDelete
  15. Numpang singgah...
    lha klo tau ini makanan sedap.... wah berbukaselalu lahap saya... :D

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...