Assalamualaikum semua,
Ini pertama kali aku cuba buat ni tau... nasibla menjadi, aku google resepi paling mudah lepas tu aku buat ikut gaya aku. Inti dia guna serunding kelapa biasa, atau korang boleh jugak guna serunding ikan atau apa je ye. Aku ni boh udang kering dalam serunding tu.
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut ( rendam sekurangnya 2 jam)
1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
daun pisang
serunding kelapa
Cara masak:
- Kukuskan beras pulut dalam dalam 1 bekas untuk 20 - 30 minit
- Dalam periuk lain, campurkan santan, minyak gula dan garam kacau hingga hancur gula garam boleh matikan api
- Bila beras pulut dah cukup di kukus, keluarkan dan gaulkan dengan santan yang kita dah campur dengan bahan lain. Gaulkan rata pulut dan santan tadi dan kukus lagi untuk 10 ke 15minit
- Bila dah agak sejuk boleh la bungkus pulut panggang, letak pulut dalam 2 ke 3 sudu dan ratakan pada daun pisang
- tambahkan seruding di tengahnya dan perlahan gulungkan hingga padat dan stapler tepi nya
- Bakar di pemanggang ajaib untuk beberapa minit dengan api kecil
ratakan dengan sudu plastik lebih mudah |
boh la serunding di tengah nya |
biarla rupa gini pastu gulungkan dengan ketat dengan daun pisang |
rupa entah macam apa |
bakarlah lama sikit kalau yang suka garing sikit |
bukan main besar gabak pulut panggang aku |
ada jugak yang tak jadi hehehe... janji boleh ngap |
kira ok lah, diaorang semua makan tanpa komen |
dapat banyak jugaklah dengan 3 cawan tu... yelah dah aku buat versi besar gabak hehehe |
rasa tergiur pulak nak makan hehehe
ReplyDeletenampak sangat sedap
wow! bagusnya buat pulut panggang sendiri , hebat
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya aidilfitri hidana. maaf zahir batin sepanjang kita 'kenal' walaupun tak pernah bersua muka =))
ReplyDeleteSedapnya.. Kami suka pulut panggang isi ikan.. Nak membakar dalam rumah kang berasap rumah. nak kena beli pemanggang ajaib jugak satu ni..
ReplyDeletePulut panggang yg ada inti memang best..kalau kosong kurang sikit...lagi sedap kalau buat hangus skit
ReplyDeleteBuat sendiri memang puas hati. Boleh letak inti banyak-banyak.
ReplyDeleteNampak sedap pulut panggang Dana :)
ReplyDeleteMacam ni besau baru kenyang.
ReplyDeleteKalau beli, secoet aje.
sedapnya pulut panggang, lagi2 inti dia yang menjadi.... berulang makan..
ReplyDeleteRajin sungguh Dana..
ReplyDeleteNampak cantik kejadian pulut panggang Tu..
Dah boleh ambil Oder ni..
CH nak 10 🤭
Aah.. sedapnya Dana..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri.
ReplyDeleteMohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.
Rindu dengan Dana.
poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo di kunjungi agen AJOQQ :D
Puas hati bila buat sendiri inti pulut panggang dia penuh. Sebelum ni kalau beli inti secoet je kat tengah, sedih betul tengok.
ReplyDeletealamak tuan, sedap nyer, dana!!!
ReplyDeleteantara kuih kegemaran abah aida ni tau.
pantang la abah ke pasar mlm kat kampung, ni wajib ada dibelinya. pulut panggang :)
Favourite mama Ni tapi x penah buat sendiri. Bolehlah Cuba nanti
ReplyDeleteSedapnya pulut panggang. Lama tak makan pulut panggang johor letak sambal tumis tu.
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.