Showing posts with label adik-adik. Show all posts
Showing posts with label adik-adik. Show all posts

Monday, September 7, 2026

ROMBONGAN BERTANDANG MAJLIS ZAMAN DAN ATIKAH

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi aku masuk pejabat lambat, ada temujanji dekat klinik dengan doktor. Jumpa kejap je doktor tanya sikit-sikit dia bagi resit ubat, pergi kaunter untuk tarikh temujanji bulan Januari 2027 pastu ambil ubat. Kejap je pukul 8.20pagi dah setel pastu terus masuk pejabat. Aku belum kongsi gambar masa cuti Merdeka balik kampung untuk majlis bertandang belah laki. 

Pukul 12.30tgh berkumpul dekat rumah abah


Geng perempuan , masjid ni belum dirasmikan janji ada macamni pun ok

Geng lelaki solat berjemaah

8 kereta semuanya rombongan kami

Kami berkumpul dekat rumah makcik pengantin sebelum bertandang ke rumah pengantin lelaki

musim panas dapat lak sirap ais memang layan, dapat pulak air yang tak manis sangat memang laju la kami

paksu jadi tukang isi air

Kami takde segan-segan, mana makanan yang sedap kami bedal kongsi bersama heheheh


Jom la kita 


Friday, June 19, 2026

CORAT CORET KAMI REWANG

 Assalamualaikum semua,

Biasalah hari jumaat masih takde cerita pasal resepi lagi. Jadi kita kongsi la cerita rewang kami adik beradik di hari majlis. Selalunya memang gini lah kami gilir-gilir jadi kendarat. Penatnya jadi tuan rumah bila buat majlis kahwin ni kan. Mak abah duduk je untuk terima salam kaut kami la yang penat jadi pembantu. Gambar random ini dari jurugambar.

Kami kalau bergambar memang tak tolak

ramai yang singgah untuk berborak dengan atok dan nyai

adik dejay ni atok yang sponsor, pilihan lagu dia memang best, cara mengacara pun best 

Ini la baju abah mula-mula pakai sebelum bertukar jadi warna biru

Paksu kene tolong abah, aku tolong emak

Adik-adik sepupu kat khemah belakang, sebab pakai katering jadi mereka melepak jelah


Sepupu sebelah abah antara yang awal sampai

tengah bertugas la aku ni

Edy je yang ada rasanya Aiyan tengah main telefon dengan Ecah kat dalam rumah


salam kaut


Adik emak bagi bunga pahar 





abang-abang abah yang jadi penyambut tetamu kat depan rumah



pakcik ni kawan baik abah tapi dia musuh paksu hahahahah

Tuesday, June 16, 2026

MAJLIS PERKAHWINAN PERSANDINGAN ATIKA DAN ZAMAN

 Assalamualaikum semua,

Sabtu hari majlis kahwin, bersandingnya. Kepenatan kami 4 beradik, ke depan ke belakang membantu mak abah terima tetamu. Jadi tukang bagi goodies, uruskan berkat dan duit salam kaut. Macam simple tapi penat nya lahai sampai sakit kaki dok ke sana sini. Mujurla abah dengan mak setuju kali ini guna katering je tak payah rewang masak sendiri. Jadi kurang la sikit kerja yang perlu dibuat. Jom la tengok gambar kami ye.

Mula-mula abah pakai baju ungu, tapi dia tukar baju sebab nak ada baju yang banyak poket

Hari sanding tu tema kami ungu, tapi 2 jejaka belah kiri tu je degil warna lain heheheh


anak buah nan 2 ketul

Bukan main susah nak ambil gambar dengan 3 anak buah

Masa ni dah boleh bergambar tetamu dah tak ramai




gambar dengan nyai, atok rasanya dah balik rumah 

muka kepenatan tapi bergambar mesti tak boleh tolak

gambar dengan geng kendarat

gambar dengan sepupu belah mak

Monday, June 15, 2026

MAJLIS PERNIKAHAN NURUL ATIKA DAN ZAMAN

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat tak sempat buat entri, pagi tu lepas hd terus balik ke kampung untuk menghadiri majlis nikah mak yan. Adik nombor empat aku. Majlisnya selepas asar nasib sempat sampai rumah dalam pukul 3.40 petang. Sampai rumah gosok tudung mandi dan siap untuk majlis nikah ni. Tapi sebab semua sibuk dekat ruang tamu untuk tengok majlis nikah aku kene duduk kat khemah tunggu tetamu. Sebab ada orang kampung yang datang awal untuk jemputan sebab esoknya hari majlis mereka ada halangan. Kira aku jadi wakil emak dan abah untuk jemput tetamu makan sementara mereka nak jumpa salam kaut dengan abah dan emak.

Alhamdulillah majlis nikah berjalan dengan lancar, dapat seorang lagi adik ipar. Tinggal 2 orang je lagi adik aku yang belum berumahtanggan. Moga cepat la yang lagi 2 orang tu kan, biar makin riuh rumah kami nanti kalau raya.


sempat lagi sebelum nikah tu welfie kejap



comel pulak tengok gubahan hantarannya

membe gaduh dari kecik sampai besar


gambar dengan anak buah




dengan kakak masing-masing


dengan maktek dan si kecik

punya la tinggi membe tu kan


Gambar dengan mak abah dan atok

gambar dengan adik beradik ipar duai

moga terus sihat atok dan nyai





pengiring pakai baju biru, baju raya tahun ini... kecuali Edy dia bukan minat pakai baju melayu hahha