Friday, November 6, 2026

RESEPI CUCUR CRAB STIK SAYURAN

 Assalamualaikum semua,

Setelah lama takde kongsi resepi, akhirnya ada kerajinan jugak hahaha. Hari ini rilex sebab Aiyan tak sekolah, pagi tadi dia cirit, jadi tak payah sekolah la. Dapat mama rehat, kalau nak ke toilet mudah je kat rumah kan. Tadi pukul 10 tanya katanya perut dan ok. Oklah tu alhamdulillah. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 pek crabstik, potong sedang

1 batang carrot, potong panjang

1 mangkuk kobis cincang

4 biji cili api, cincang

sedikit garam

1 genggam kucai

Sedikit serbuk perisa ayam

4 cawan tepung gandum

Air secukupnya

Cara masak:

- Campurkan tepung gandum, carrot, kobis, crabstik, cili api, serbuk ayam dan garam. Gaulkan dengan air sedikit demi sedikit. Guna air sejuk je.

- Akhir sekali baru masukkan kucai. Bila minyak dah panas goreng kan lah cucur ni hingga ranggup dan garing.








Thursday, November 5, 2026

PHOTO DIARY #38/2026

 Assalamualaikum semua,

Bertemu semula kita di hari khamis yang syahdu ini ya. Biasalah hari khamis aku kan masuk lambat jadi balik pukul 6 petang heheheh. Harapnya petang ni tak hujan, kalau tak hujan jalan clear dan laju je sampai rumah kalau hujan comform jem melekat dan sampai rumah bila dah azan maghrib. Oklah jom layan cerita bergambar.

Menu tadi lepas hd, biasanya lepas hd aku akan makan nasi... lapor dapat lak lauk perut memang wajib ambil

Semalam petang ada jamuan di pejabat depan, kuetiaw goreng ni sedap orang yang diraikan yang masak

Ini pun jugak sedap

Ini orang yang diraikan, dia tukar ke pejabat aras yang sama jugak... kelakar orangnya sangat peramah

Orang pejabat kami dan pejabat depan, tak ramai pun kami ni 

Semalam petang dia bawak pizza lagi, mama ambil sekeping jugak

Sebelah pagi ada audit EKSA, kami berswafoto jelah

Geng lain sibuk layan pengaudit, kami sibuk swafoto je hehehe

Bila time hd aku memang akan menaip ke apa guna 1 tangan je

tangan kiri tu kalau gerak kadang menganggu aliran darah , itu pasalnya menaip 1 tangan je, kadang tertypo gasak la kan hahahha.

Wednesday, November 4, 2026

KASUT LARRIE ERIN SLIP-ON COMFORT FLATS

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan bila dekat tempat baru ni kadang tak cukup kaki tangan menyiapkan kerja memang blog tak sempat nak diupdate la. Disebabkan tempat kerja baru aku kene banyak berjalan jadi aku kene beli kasut yang selesa. Sebelum ini ada beli kasut Skchers tapi tapak dia tu nipis sangat bila jalan jauh rasa sakit kaki. Ada la aku pakai kasut Skchers lama selesa cuma dia cepat licin. Jadi sambil tengok tiktok kita usha la kasut yang selesa. Jumpa la kasut ini, walaupun tidak kasut yang jalan bunyi ketok ketok janji kasut bertutup. Sebab dekat MINDEF ni wajib pakai kasut bertutup ya. Seminggu berkerja di tempat baru aku beli kasut Larrie coklat, bila rasa selesa lepas 2 minggu aku beli lagi yang baru warna hitam.



Mula-mula aku beli warna coklat gelap ni, rasa selesa aku beli sepasang lagi warna hitam




tapak dalamnya memang sangat selesa lagi la  untuk yang badan besar macam aku ni

Monday, November 2, 2026

BUAT PIZZA PULAK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini dan esok Aiyan cuti penggiliran SPM, dapat la rehat tengahari tak payah ambil hantar dia. Tapi itulah kerja lak yang tak habis dari pagi tadi sampai sekarang. Khamis aritu dia ada buat pizza, minggu lepas periksa santai la kan. Dia dapat la 1 keping pizza tu mamanya ngecek la sikit. Dia memang selalu bawak untuk mamanya rasa. Sedap lembut gebu pizza nya. Patut la selalu juga buat jualan.

dari jauh dah nampak dia bawak kotak tu


Laju je jalan sebab dah nampak kereta aku



kita rasa la sekeping ni 

Thursday, October 29, 2026

PHOTO DIARY #37/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari khamis memang bizi almaklum pagi dialisis lepas tu ambil Aiyan hantar balik rumah dekat kul 2 baru sampai opis. Setelkan kerja mana yang ada pastu baru boleh rilex. Hari ini aku balik pukul 6, biasa kalau aku dialisis memang petang aku balik lambat sikit. Awal tu rasa susah tapi lama-lama ok je balik lambat pun, takde hal cuma aku penat sikit la balik kerja ni. Sampai rumah nanti kene terus buat apam coklat ada kawan dekat opis lama order heheheh. Ok jom la kita layan cerita bergambar ya.

Tadi sempat ajak adik kat pejabat tengok-tengok kedai jual gelang ni, terbeli lah yang warna ungu tu


Budak ini pun dapat  dipengaruhi untuk beli hehehhe

Kawan pa dekat sini tunjuk baju kami sama corak hari ini cuma warna je lain heheheh

sama kan hehehhe

Ini semalam dah terbeli cincin dekat kedai akak gelang tu

Geng yang penyebab terbeli

cantik betul langit biru tu kan. tapi panas terik

Setiap hari balik bawak makanan, dia kata semalam buat cream caramel dengan kek coklat


Semalam pagi sempat lepak dekat pejabat lama... jumpa la kengkawan lama ni

Ini la kawan pa yang sama-sama lapor diri aritu, genap sebulan kami kerja kat MINDEF ni

Menu pantang hari selasa, singgang ikan


Wednesday, October 28, 2026

WW BUAT SPEK BARU

 Assalamualaikum semua,

Haritu kan ada cerita spek mata dia hilang kat sekolah, isnin selasa dia cuti bergilir sebab SPM. Ahad tu buat spek mata baru kat Sungai Wang, murah je RM125. Dalam masa sejam siap terus speknya.



sementara tunggu spek siap

Ini dia yang pilih warna ini dan bentuk ini

spek mamanya, warna bingkai sama dengan dia punya yang hilang

Sila abaikan tudung yang tak dengar kata tu hahahha