Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Wednesday, September 2, 2026

KEINDAHAN WAKTU PAGI DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Benda wajib aku buat kalau balik kampung, aku suka pusing jalan-jalan depan rumah tengok pokok bunga tengok pokok-pokok tepi rumah. Pokok mulberi baru lepas di pangkas jadi buah masih belum masak lagi, kiranya masak balik ni cuma buah kelapa pandan je yang ada buah yang lain daun je hehehhe. Petai emak depan dan belakang rumah meriah berbuah. Cuma itulah tak teringat nak mintak paksu cabutkan ubi kayu depan rumah. 

Nampak kan ada budak 3 orang tu sibuk jenjalan jugak, aku la kene jaga dekat depan rumah kalau tak entah kemana mereka jalan




sepanjang jalan ada jalur gemilang




meriah berbuah petai emak ni, mujur jugak masuk ke dalam sikit pokoknya kalau betul-betul tepi jalan mau kene curi orang buahnya


pokok ceri ni asal aku balik je mesti takde buah, geram betul lah

Minta abah belikan dengan kawannya nanas untuk jual dekat KL, tapi yang nanas madu tu dia bagi je sebab dah tak berapa elok buahnya

Monday, June 15, 2026

MAJLIS PERNIKAHAN NURUL ATIKA DAN ZAMAN

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat tak sempat buat entri, pagi tu lepas hd terus balik ke kampung untuk menghadiri majlis nikah mak yan. Adik nombor empat aku. Majlisnya selepas asar nasib sempat sampai rumah dalam pukul 3.40 petang. Sampai rumah gosok tudung mandi dan siap untuk majlis nikah ni. Tapi sebab semua sibuk dekat ruang tamu untuk tengok majlis nikah aku kene duduk kat khemah tunggu tetamu. Sebab ada orang kampung yang datang awal untuk jemputan sebab esoknya hari majlis mereka ada halangan. Kira aku jadi wakil emak dan abah untuk jemput tetamu makan sementara mereka nak jumpa salam kaut dengan abah dan emak.

Alhamdulillah majlis nikah berjalan dengan lancar, dapat seorang lagi adik ipar. Tinggal 2 orang je lagi adik aku yang belum berumahtanggan. Moga cepat la yang lagi 2 orang tu kan, biar makin riuh rumah kami nanti kalau raya.


sempat lagi sebelum nikah tu welfie kejap



comel pulak tengok gubahan hantarannya

membe gaduh dari kecik sampai besar


gambar dengan anak buah




dengan kakak masing-masing


dengan maktek dan si kecik

punya la tinggi membe tu kan


Gambar dengan mak abah dan atok

gambar dengan adik beradik ipar duai

moga terus sihat atok dan nyai





pengiring pakai baju biru, baju raya tahun ini... kecuali Edy dia bukan minat pakai baju melayu hahha


Monday, March 30, 2026

SELAMAT HARI RAYA 2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kawan-kawan semua. Setelah bercuti seminggu lebih akhirnya datang la semula untuk kerja. Bila dah cuti lama mula la rasa malas nak masuk kerja kan heheheh. Tahun ini giliran raya kat Johor dulu, dari awal tahun adik-adik dah ajak pakai baju warna sama. Baby blue tema tahun ini. Jom la kita tengok gambar raya mana yang ada ya. 

Gambar tuan rumah kene la ada dulu kan


candid

gambar kami 5 beradik mak dan abah




gambar keluarga besar kami




nombor 4 dengan nombor 5 tu memang macam kucing dan anjing sikit



tahun lepas dia dah kerja tapi tak dapat gaji lagi tahun ini dah ada gaji jadi kene la bagi duit raya kat semua orang heheheh






tahun lepas paksu tak bagi duit raya, tahun ini dapat juga heheheh



dulu-dulu abah dengan mak malu-malu nak salam cium gini tapi sekarang anak-anak yang suruh dia ok je hehehe...