Wednesday, October 20, 2021

WW SEINDAH MAWAR

 Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita pasal 1 bunga ros yang akan bertukar warna ikut hari. Jom tengok

Pagi 14hb, warna putih kuning

15hb pagi 

15hb petang

16hb pagi

17hb pagi

18hb pagi

19 hb pagi, masih lagi wangi...

Tuesday, October 19, 2021

MANIK DAN LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Salam Maulidul Rasul semua, teringat sebelum musim covid19 meriah sambutan Maulidulrasul, ada perarakan ramai-ramai sambil berselawat. Selalu mesti tunggu tengok di televisyen perarakan nya, di kampung di mana-mana lah. Tapi sejak tahun lepas sunyi, harapnya tahun depan ada dah perarakan sambil berselawat beramai-ramai macam dulu.

Sejak duduk rumah temankan Aiyan kuarantin memang aku bosan, takkan nak layan pokok sampai ke tengahari, sebab ada kawan nak pesan extender aku pun mula la menjahit semula. Sambil isi masa lapang kan.

Bahan asasnya


Buat kerja dalam bilik baju, takde yang kacau

3 hari baru dapat ini, aku memanik siang je malam mata tak bagi kerjasama huhuhuhu

Monday, October 18, 2021

PAKAI GELANG PINK

 Assalamualaikum semua,

Hari ke 6 kuarantin Aiyan, 21hb nanti potong gelang di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Tak perlu kuarantin 14 hari tapi 10 hari je kata staf dia KKKL. Pesan nya kalau ada simptom yang teruk terus datang ke KKKL untuk buat swab test lagi. 

Masa dalam perjalanan dia berdebar ni takut kene cucuk hidung

Memang ramai kanak-kanak dan bayi

Sampai rumah dah... pesan berkali-kali jangan buka tau gelang tu

Belajar makan limau, walaupun sampai kembang hidung

Masa tu kan takde air, beria la tolong papa angkat air..

Dah penat tolong papa angkat air, baring la dia

Video masa Aiyan kene pakai gelang pink

Friday, October 15, 2021

KERANG MASAK LEMAK CILI API

 Assalamualaikum semua,

Hari ke tiga kuarantin, hari ini diminta ke Klinik Kesihatan sebab Aiyan kene pakai gelang tangan mahal. Semalam dan kelmarin ada lagi kes di transit Aiyan, itulah sebelum ni pihak taska ambil mudah, bila dah semakin ramai yang kene padanla muka 😏.

Oklah meh aku kongsi resepi dengan kawan-kawan hari ini. Dekat rumah semalam petang dah takde air harap pagi ini ada dahla air nya.

Bahan-bahan:

1 1/2 kg kerang, basuh bersih

2 batang serai diketuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

2 biji bawang merah kecil, tumbuk

6 biji cili bangla, tumbuk

1 inci kunyit hidup, tumbuk

1 helai daun kunyit

1 kotak kecil santan

2 keping asam keping

Garam

Cara masak:

- Tumiskan serai dan bahan-bahan tumbuk hingga masak

- Masukkan kerang, kacau sikit tambahkan santan cair sikit lepas tu tutupkan dengan penutup hingga kerang terbuka.

- Tambah lagi santan dan daun kunyit, asam keping dan garam... siap

*sedap menu ni, emak aku lah dok kata sedap cubalah... tak menyesal cuba

Bahan utama

Tumis hingga masak bumbunya

Masukkan kerang

Tambah santan cair sikit

Tambah santan lagi dan bahan lain

Siap dah

Thursday, October 14, 2021

PHOTO DIARY #38/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari kedua kuarantin, Aiyan bahagia je tapi aku yang kebosanan, pepagi dah jenguk emel kot ada mesyuarat untuk boss tapi tiada apa. Siram bunga mujur masih ada air lagi kat rumah ni, lega. 

Jom kita layan cerita bergambar.

Mesti acik kedai ni tertunggu-tunggu pelanggan setia nya ni

Besar betul bunga ros jepun ni

Geram nengok pokok bunga ros di petron

Cantik warna nya macam pink+ungu

Menu rare, teringat kalau rewang di kampung menu ini mesti ada

Dah lama sangat tak makan

Isnin lepas punya pesanan, setelah berbulan tak buat roti

Kira sendiri lah ada berapa pokok ya

Pokok ros kampung yang lama bertahan

Beli lagi 3 pokok strawberi dengan kawan di Kedah

Moga menjadi semua buahnya

Akhirnya buah sulung dari pokok ini

Ros kampung yang tahan lasak

Wednesday, October 13, 2021

PENGALAMAN PERTAMA

 Assalamualaikum semua,

Semalam petang masa ambil Aiyan, ada orang tegur katanya suruh bawa Aiyan buat swab test. Sebab ada seorang kanak-kanak datang ke taska pada jumaat petang dan dia positip. Petang jumaat tu dia ada datang dan main dengan kanak-kanak di transit termasuk Aiyan.

Lepas cakap dengan dia dari JUPEM sampai ke rumah macam-macam aku fikir. Kalau negatif oklah kalau positif panjang ceritanya dengan Aiyan yang dah sekolah, aku dan Edy yang kerja. Edy sampai rumah je terus kami ke klinik untuk buat ujian rtk. Debar jangan cakap, aku dengan Aiyan pertama kali la kene jolok hidung, Edy dah biasa setiap 2 minggu kene buat. Pedih jugakla hidung ni sampai ke malam terasa gatal sengal tu takde dah. 

Keputusannya kami semua negatif, tapi Aiyan kene kuarantin 14 hari. Kalau dalam 14hari selsema dan batuk semakin teruk diminta buat rtk kedua. Peg. Perubatan tu bagitau aku dan Edy tak perlu kuarantin sebab dah cukup 2 dos tapi kene jugakla ambil cuti untuk jaga Aiyan. Doakan semoga Aiyan cepat sembuh dan tak perlu buat rtk kedua.

Menunggu Edy daftar dalam klinik

Budak yang jadi kontak rapat

Pukul 6 lebih masa ni

Selesai semua sampai rumah pukul 8 lebih, lama dah kami tak keluar dan balik malam gini

Alhamdulillah negatif

Nasib Edy tak rakam aku, kalau tak jadi bahan gelak la


Sempat rakam Aiyan je, nasib dia tak nangis walaupun dia tarik tangan macam aku juga 😅

Tuesday, October 12, 2021

ALAT ROUNDING DOH

 Assalamualaikum semua,

Ini alatan memasak yang aku baru beli, antara alat yang boleh memudahkan kerja merounding doh atau membulatkan doh. Selalunya kalau kita nak buat roti atau donat kita kene bulatkan doh supaya jadi cantik dan licin baru roti kita akan jadi cantik elok. Aku kadang tak berapa pakar lagi membulatkan. Jadi baru-baru ini terjumpa alat ini masa dok godeh Shopee, menarik dan mampu milik terus beli. Kebetulan sampai hari Ahad, aku memang tengah buat roti, terusla cuba. Hasilnya comel jugak walaupun tak la selicin buat dengan tangan. 

Untuk yang tak pakar lagi, bolehla beli alat ini.

gini rupa dalam dia

dari luar

aku beli di shopee


ini video rounding tu ya

Monday, October 11, 2021

TESCO MILK CHOCOLATE BUTTER BISCUITS

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak cerita pasal biskut jenama Tesco yang viral dan ramai orang kata sedap. Sanggup suruh Maktek buat pesanan secara atas talian barangan Tesco, sebab dia selalu beli. Cuba beli 2 jenis yang yang mentega dengan Tesco Milk Chocolate Malted Milk tapi baru makan yang mentega tu.

Memang sedap, coklat dia pun sedap bukan macam rasa coklat murah. Peminat biskut coklat wajib beli sebab mesti tak menyesal punya. Aku sempat la rasa 2 keping  yang lain tu Aiyan bedal.

Aiyan: sedap la mama

Mama: makan la, makan pelan-pelan

Aiyan: Mama tak nak kan, (sambil pegang dua belah tangan)

Mama: taknak, Aiyan makan la... 

tengok lagi sekali dah selamat, selamat masuk dalam tong sampah kotak tu. heheheh

review coklat yang belah bawah tu tau


Gini rupa coklat dia, bau coklat nya pun sedap

Tiap bentuk ada 3 keping je, semua sekali 9 keping je

ini bahagian belakang dia tau... 

Dia salut depan je, belakang terbuka gini

gini rupa dari tepi