Tuesday, October 5, 2021

BACK TO SCHOOL

 Assalamualaikum semua,

Semalam 4 Oktober 2021 hari pertama Aiyan sekolah di fasa 3 PPN. Murid arus perdana belum mula sekolah lagi tapi murid PPKI yang dah mula sekolah. Sekolah Aiyan campur jadi semalam sunyi lah sekolah sebab cuma ada murid PPKI sahaja. PPKI itu adalah Program  Pendidikan Khas Integrasi, iaitu program di bawah sekolah awam yang menempatkan murid-murid OKU.

Aiyan memang dah lama nak sekolah semula, setiap kali ada kelas pdpr dengan cikgu mesti dia akan tanya bila boleh sekolah semula. Seawal 5.00 pagi dia dah bangun nak mandi, tapi kami suruh tidur semula pukul 6.00 baru suruh dia mandi semua. Singgah belikan kuih untuk bekal di sekolah kalau dia tak nak makan makanan RMT yang disedikan. Ambil tu dia gembira ja, balik rumah petang tu tertidur kepenatan. Harapnya moga dia kekal bersemangat untuk pergi sekolah. 

pagi semalam posing depan pintu rumah

Cikgu pesan untuk pakai 2 lapis penutup muka, tapi aku bagi dia pakai mask kf94 mudah tak perlu pakai 2 lapis 

Masa ambil kat transit petang tu dia kata dia tidur, tapi maghrib tu dia dah tertidur


ini video mama ambil masa dia balik sekolah semalam

Seluar sekolah dia dah tak muat, jadi kami bagi dia pakai baju sukan je... cikgu pun benarkan 

pagi tadi, sedondon topi keledar saiz pun dah lebih kurang dah

19 comments:

  1. selamat kembali ke sekolah aiyan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. dia memang dah lama nak ke sekolah kak... rindu sekolah dan kawan2

      Delete
  3. Tahniah Aiyan dah dapat pegi sekolah semula
    Jaga SOP

    ReplyDelete
  4. Tahniah Aiyan, selamat kembali ke sekolah. Johor belum mula lagi, anak2 pun dah mula tanya bila boleh ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk arus perdana rasanya dalam bulan 11 baru masuk sekolah, ikut negeri jugak kan

      Delete
  5. Bersemangat Aiyan ke sekolah. Pukul 5 sudah bangun. Anak saudara akak pun tidak sabar semalam.
    Haah bebas pakai baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluar sekolah dah tak muat, itu pakai baju sukan je kak hehehhe

      Delete
  6. tahniahnyer aiyan gi sekolah tuuh., ;p

    ReplyDelete
  7. Bagus semangat nak ke sekolah. Take care ya Aiyan

    ReplyDelete
  8. budak baik aiyan semangat nak balik sekolah berbanding budak2 lain dah makin lupa tentang buku2 sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang dari pkp tahun lepas asyik tanya bila boleh sekolah...

      Delete
  9. mmg boleh je pakai apa2 yang sesuaikan. menteri apa ntah yg cakap haritu.
    kasut sekolah anak ammi pun ntah muat lagi ke tak..

    Ozil ammi risau tang seluar jadi senteng..yg Khilfi tu ammi risau seluar takleh kancing haha

    ReplyDelete
  10. Seronok Aiyan dapat pergi sekolah semula. Semangat betul dia kemain awal bangun. Nampak letih dah habis sekolah tu.

    ReplyDelete
  11. Yeay...Ayyan dah sekolah semula...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...