Friday, October 1, 2021

RESEPI SALAD KENTANG DAN TELUR

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku akan kongsikan resepi salad yang mudah dan mengenyangkan. Sebenarnya terpulang nak tambah sayur apa, tapi aku guna mana yang aku suka. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

4 biji kentang, cucuk-cucuk dan rebus hingga empuk ( jangan sampai lembik sangat nanti salad jadi tak best)

3 biji telur , rebus hingga masak

2 biji bawang merah kecil, hiris nipis

3 helai daun romaine salad, hiris kasar

1/2 batang lobak merah, sagat halus

Serbuk lada hitam ajishio (lada hitam+garam)

4 sudu besar mayonis kewpie

Cara masak:

- Kupas kulit kentang dan potong kasar dan sedang, telur rebus pun potong besar-besar

- Campurkan semua bahan, dimulai dengan lobak, salad, bawang merah, telur rebus dan kentang rebus.

- Tambahkan mayonis dan serbuk lada hitam ajishio, gaulkan semua hingga sebati. Jangan gaul kasar sangat nanti hancur sangat telur. Dah siap boleh hidangkan.

Lobak tu aku sagat je senang, lebih rata

Aku suka potong besar telur

Kentang pun jangan halus sangat

Aku suka letak lada hitam sebab dia tu sedap, kalau nak guna lada putih pun ok

Aku tambah sikit lagi serbuk lada hitam

Bekal untuk ke pejabat

16 comments:

  1. wahh makanan salad yg menyihatkan badan ni cikkak dana., ;p

    ReplyDelete
  2. biasa adik ipar buat...akak blum try buat sdiri tp biasa la mkan...yummmy

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...Saya pun suka juga makan ringkas2 macam nih, lepas tu mudah nak sediakan.

    ReplyDelete
  4. sedap ni dana... kalau ada hirisan isi ayam lg sedap tu.. hihhihi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Dana oiii!
    terliur Kak Amie tau.

    ReplyDelete
  6. Sedap makan Salad style kak Dana ni. Buat bekal, mudah nak makan dan sediakan pun.

    ReplyDelete
  7. Terliur la pulak..menu sihat dan mengenyangkan ni

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan...inshaAllah akan cuba resipi ini

    ReplyDelete
  9. Ini boleh galak makan sayur banyak-banyak.

    ReplyDelete
  10. wahh sedap dan sihat! lama dh xbwk bekal g keje..
    rindu plak nk berbento..

    ReplyDelete
  11. tengok pun dah nampak sedap, apalagi kalau dapat mencicipnya. cara membuatnya pun tidaklah sukar sangat. agagk-agak sesuai tak untuk menu diet...?

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. akak suka letak SOS, makan hari2 pun xpe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...