Friday, November 14, 2025

PHOTO DIARY # 36/2025



Assalamualaikum semua,

Maaf la minggu ini agak sibuk sampaikan tak sempat nak buat entri. Sempat jenjalan blog kawan-kawan tapi aku yang tak sempat nak buat entri. Ini pun patutnya kongsi resepi tapi cari-cari dah takde resepi nak di kongsi rupanya jadi kita buat la entri cerita bergambar je ya. Jom kawan-kawan layan cerita bergambar.


Dapat order untuk hari ini nasi lemak 40 pek





bila dapat order lebih 20  kene masak guna 2 periuk ni
ini pesanan semalam mehun goreng  untuk 20 orang makan



cer cari aku yang mana

pejabat tingkat 7 dah siap kami kene turun bawah dah

ala-ala galeri

patung cendana

alhamdulillah masih bernyawa lagi



Masak mehun guna kuali besar 

habis berbulu la kasut atok tu bu

Kemas elok meja yang di guna kat tingkat 8

Bilik belum siap sepenuhnya tapi boss dah suruh turun... kene la turun

Friday, November 7, 2025

RESEPI UBI BLEGUDEK

 Assalamualaikum semua,

Bila datang teringin makan ubi kayu,selain rebus empuk lepas tu cicah dengan sambal merah aku suka jugak masak macamni. Macam gaya ubi ungkep macam jugak ubi berempah tapi kat kampung aku di panggil ubi blegudek. Bahasa jawa kan heheheh. Lepas tu esoknya kita bancuh tepung dan goreng pulak dengan tepung memang sedap sangat. Mula la teringin ni

Bahan-bahan:

5 batang ubi, buang kulit rebus hingga empuk dan toskan

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji besar bawang merah, hiris nipis

segenggam bilis goreng

1-2 sudu serbuk kari ayam

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu.

- Masukkan serbuk kari, kacau-kacau hingga naik bau.

- Masukkan ubi rebus, gaul-gaul hingga rata bumbu nya.

- Taburkan sedikit garam gaul lagi dan akhir sekali tambahkan bilis goreng. Siap


ini tak boh pewarna memang jenis ubi yang warna kuning








Thursday, November 6, 2025

PHOTO DIARY #35/2025

 Assalamualaikum semua,

Dari awal pagi dah mengantuk, tapi bila tutup muka dengan tuala tak boleh tidur lak. Semalam petang lepas asar aku tertidur jadi malam pukul 10 pun tak boleh tidur lagi. Entah pukul berapa terlelap tapi tetapla pukul 3.30pagi kene bangun masak. Tahun ini kene bayar dulu dan buat tuntutan bayaran semula hemodialisis dengan jabatan. Insyallah tahun depan boleh buat pembayaran melalui LO jabatan. 

Terbebel panjang lak, jom layan cerita bergambar.


Sama ke tidak?

Ada yang memerhati, nampak tak

Hari isnin dan selasa dia tak sekolh penggiliran cuti sempena SPM

Buku baru

Perumahan orang kaya depan rumah kami

Cantik kan? Kawan opis ambil gambar dengan teleskop

Kalau nak bagi barang kat rumah maktek, suruh dia je yang hantar

Nak belikan topi untuk adik

Hijau pun boleh



Sabtu lepas, lepas hd ada jemputan . Acik ni jiran sebelah kt tempat hd

Wednesday, November 5, 2025

WW BUNGA PENYERI RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Buat apa yang buat hati kau gembira. Dah 3 minggu ada bunga segar jadi hiasan di ruang tamu.

minggu ini punya bunga

banyak warna pink

bunga minggu lepas

bunga 2 minggu lepas

Tuesday, November 4, 2025

BELI UBI KAYU DI TIKTOK

 Assalamualaikum semua,

Sekarang ni kan kalau malas nak keluar membeli barang boleh beli di shoppe atau tiktok. Baru-baru ini aku nampak di tiktok live ada yang jual ubi kayu, tengok harga macam murah terus la kita beli. Dalam 4 ke 5 hari jugak baru sampai ubi kayunya. Tapi ok lah harga murah ubi pun elok, aku guna voucher dan dapat percuma penghantaran. Masa aku cerita beli ubi kayu di tiktok kawan-kawan gelak ingatkan aku gurau bila aku tunjuk ini diaorang macam ooo boleh cuba lah nanti hahhaha. Kawan-kawan pernah ke beli sesuatau yang `rare` di tiktok atau shoppe?





sedap empuk

aku goreng ubi rebusnya dan makan dengan sambal kicap

Friday, October 31, 2025

RESEPI TUMIS SOS KUPANG

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kerajinan aku masih ada lagi, kalau tak jumaat selalu sunyi tanpa resepi kan. Hehhehe tapi itulah kadang masak resepi sama je itu  yang tak kongsi tu. Kupang ni aritu aku kirim kat adik aku masa dia balik kampung. Ada sepupu yang jual kupang ni elok besar isi nya, dia dah buang kulit dan bersih takde rambut atau cengkerang dia. Puas hati beli 1 bekas RM16.00. Jom tengok resepi nya.


Bahan-bahan:

250gm kupang

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang holland, hiris

2 ulas bawang merah kecil, hiris

2 batang serai

1/2 inci halia, potong nipis

6 biji cili api potong 2

4 sudu besar sos cili

Garam

Daun bawang

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan tumisan, hingga naik bau dan kekuningan.

- Masukkan kupang, gaul-gaul lepas tu masukkan sos cili.

- Tutupkan kuali dengan penutup biar kupang masak untuk 10-15 minit.

- Masukkan garam dan akhir sekali daun bawang. Siap