Monday, July 6, 2020

RESEPI MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Assalamualaikum semua,

Selamat hari isnin semua ya kawan-kawan, kalau ikutkan hari ini aku tak nak kongsi segmen resepi tapi aku takut aku terlupa nak up cerita pasal siput sedut ini. 
Sepanjang dah kahwin ini lah pertama kali aku masak sendiri siput sedut, selama ini setakat beli yang dah siap masak kat kedai adalah. Kalau kat kampung aku biasalah masak siput ni tapi itu pun tolong mak potong bontotnya dan emak yang masak. Kat rumah sendiri aku rasa tak berapa rajin nak potong bontot dia tu, rasa macam leceh lagi lah dengan kawasan dapur yang terhad hehehehe alasankan 
Bulan lepas ada orang di jupem ini yang amik pesanan siput sedut yang dah siap potong bontot dan bersih tinggal masak je. Walaupun harganya 1 kilo RM28 aku tutup mata je beli lah siput ini. Berkobar-kobar nak masak sendiri siput kan. Balik rumah tu terus mintak resepi dengan mak, batang keladi takde kosong je pun dah sedap. 

Bahan-bahan:

1 1/2 kilo siput sedut 
8 biji cili api, tumbuk
4-5 ulas bawang putih, tumbuk
5 biji bawang merah kecil, tumbuk
1 inci kunyit hidup, tumbuk
1 batang serai, ketuk
1 kotak kecil santan
daun kunyit
1 keping asam keping
3-4 sudu besar minyak
air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bahan yang kita tumbuk dan serai hingga naik bau dan hampir garing masukkan siput kacau hingga rata
- Tambahkan 1 cawan air, asam keping dan tutupkan penutup kuali dan masakkan siput untuk 10 ke 15 minit dengan api kecil
- Buka penutup besarkan api masukkan santan, air 1-2 cawan ,daun kunyit perasakan dengan garam dan perlahan kan api biarkan hingga betul-betul masak untuk 5 minit lagi dan boleh matikan api.
Siap


siputnya memang dah bersih tinggal masak je
agak besar jugak siput nya

bahan utama ya untuk masak lemak cili api siput sedut

Tumiskan bahan hingga masak ya... 

gaulkan rata biarkan masuk rasa rempah tu dalam siput

bila dah sebati bolehla tutupkan dengan penutup biarkan isi nya masak


bila dah tambah santan semua, biarkan kuah masak mendidih buih kecil boleh matikan api

besar juga siputnya.. puas lah menyedut srut srut

puas makan... siap bagi kat maktek dan jiran sebelah lagi

Friday, July 3, 2020

RESEPI KERABU MAGGI

Assalamualaikum semua,

Selalu kalau ke kedai makan siam kerabu maggi antara yang aku suka pesan bila aku tak rasa nak makan nasi. Sebab rasa masam manis pedas dia tu yang buat rasa sedap. Tapi kadang kalau di kedai sepinggan tu berharga antara 5.90- 7.90 ikut pada lauk dalam nya. 
  Baru-baru ini ada pesan maggi siam ini dengan kawan pejabat, 1 bungkus baru rm1.20 kira sangat murahla bagi aku. Bila dah beli tu, teruja la pulak nak cuba buat, kebetulan barang semua ada kat rumah. Masa ini paksu masih ada lagi dengan kami.
Resepinya ringkas tapi memang bau dia tu sangat membangkitkan selera.

Bahan-bahan:

3 pek maggi siam
5-6 ekor udang saiz besar
5 batang sosej , potong 4
1 biji bawang holland, potong nipis
1 biji tomato, buang biji dan potong kecil
2 batang serai, potong bulat
2 pokok ketumbar, hiris kasar
4 biji cili bangla, potong serong
1/2 kiub ayam
2 biji limau kasturi- gunakan air
gula
garam

Cara Masak:

- Sediakan air untuk mencelur, tambahkan garam dan 1/2 kiub ayam dalam air bila mendidih celurkan udang hingga masak, angkat dan toskan
- Celurkan sosej pula dalam air tadi celurkan hingga masak, angkat dan toskan
- Celurkan 3 bungkus maggi siam dalam air tadi hingga lembut, angkat dan toskan
- Ambil 2 senduk air celuran dan simpan dalam mangkuk
- Dalam 1 bekas besar masukkan perencah maggi siam, gula dan garam, air limau masukkan juga air celuran yang kita simpan dan gaulkan hingga sebati
- Masukkan maggi ,udang, sosej dan semua  bahan lain gaulkan semua hingga sebati. Siap

bahan-bahan utama ya

gaulkan semuanya hingga sebati

terlebih cahaya pulak lah... 

dah siap kerabu maggi kita dengan udang gabak... sedap

Thursday, July 2, 2020

PHOTO DIARY #18/2020

Assalamualaikum semua,

Tiba juga kita di hari khamis, harapnya sekolah rendah cepatla buka. Agak mencabar bawa aiyan ke pejabat setiap hari walaupun boleh balik kerja awal. 

Ok lah moh la kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan, gini lah dah dekat habis minggu kerja idea nak menulis pun dah tepu. huhuhuhu

brooch zhulian ke tiga aku, aku ni ada alahan kat bawah dagu kalau pakai brooch besi

nak beli emas tulin, mahal lah pulak... selain pakai zhulian aku pakai brooch ozel

ayam uncle bob cheesy and spicy... 


gini lah kejadian orang pakai spek paling tak suka... berkabus
emak kawan pejabat aku ada kedai makan ikan patin kat temerloh, dia selalu balik temerloh dan akan ambil pesanan dari kawan pejabat bila nak balik 
patin tempoyak dia memang best sangat, antara yang best lah yang aku pernah makan, balik rumah panaskan je lepastu bedal

ini bahagian badan, patin dia memang besar dan sedap tak bau hanyir atau bau tanah

pesan durian udang merah dengan geng apartment kami

isi tebal, pahit lemak manis

banyak kucing tidur

paksu tayang perut dia lepas kami ber3 bedal durian 4 biji hehehhe

beli keropok lekor nipis, sedap buat kudapan harga banyak ni baru rm7

karipap besar di keramat rm1.50, puas makan inti penuh

sebelum kami balik kampung hari itu, sempatlah paksu lipatkan kain kakaknya...lepas ini kakaknya lah kene rajinkan diri lipat sendiri

meriah dan ceria betul rumah atuk dengan warna biru muda dan pink tu

isnin aku cuti rehat, malas nak masak pagi tu aku sarapan dengan telur rebus je... 

ubi blegudek nama di beri, ubi yang dibeli masa balik kampung hari tu... lemak lembut je

selasa pagi, ajak sarapan kat cafe jupem... nak nasi lemak

pagi rabu pun sarapan kat cafe nasi lemak lagi... 

Wednesday, July 1, 2020

WW BEKALAN DARI KAMPUNG

Assalamualaikum semua,

Selain makanan yang dah siap masak, banyak lagi bekalan dari kampung buat kami. Ini antara barangnya ya

Pisang Nipah 2 sikat
Nenas 16 biji- kebun
15 batang serai- petik depan rumah
Ulam raja- petik tepi rumah
20 tongkol jagung- abah beli dengan kawan dia
1 biji nangka - makcik sedara bagi
Tart nenas- makngah buat
bunga kantan 10 batang- makcik bagi


ini senarai penuh yang ada, aku tak sempat ambil gambar satu-satu, keladi dan ubi aku beli tepi jalan


bunga kantan, fresh

abah bagi nanas bukan main banyak, dia kata bagi lah jiran atau bawak ke pejabat

sabtu malam ahad tu makngah baru buat khas untuk kami

sedap... inti nya pun semua buat sendiri 

nenas dan nangka aku bawak ke pejabat semalam... ramai kawan kata manis sangat nenas tu

Tuesday, June 30, 2020

AKTIVITI PAGI AHAD DAN BALIK KE RUMAH SEMULA

Assalamualaikum semua,

Kami gerak balik ke Selangor semula pada pagi ahad, selalunya aku memang akan bangun awal pagi ahad tu. Pagi tu lepas setel buat sarapan, makan sarapan jalan-jalan depan rumah, tepi rumah tengok pokok-pokok mak. Tengok apa yang boleh di songlap untuk bawak balik heheheh. 

Benda yang paling aku geram adalah pokok mulberi emak, geram betul tengok pokok mulberi emak yang lebat berbuah dan banyak sangat pucuk dia. Tak macam aku punya pangkas 1 keluar 1 pucuk je, emak punya pangkas 1 keluar banyak pucuk huhuhu




yang ini mak tanam tepi jalan depan rumah... siap kata sesiapa nak ambil buah nya ambil lah... banyak gila buahnya

nampak pucuknya banyak baru tumbuh lepas mak pangkas

masa ni masih banyak yang merah lagi, belum warna maroon atau hitam... kalau petik pun masam sangat

ada 3 pokok yang mak tanam depan rumah... 2 pokok memang berbuah lebat... 1 pokok baru tanam 

nampak banyak pucuk keluar bila mak pangkas... geram betul nengok

rasa macam nak bawak balik sepokok tanam kt rumah aku hidup tak gini heheheh
betul-betul depan rumah tepi jalan je pokok mulberi emak ni

ini pemandangan yang paling aku suka tengok bila balik kampung

ini pokok utama, pokok mulberi pertama yang mak tanam... yang kat depan rumah tu dia berasal dari pokok ini lah

macam bunga raya bunga nya tapi bukan bunga raya

entah pokok apa entah
cantik betul bunga kertas emak, bunga kertas aku entah tak menarik gini pun



yang ini pun cantik je warnanya

paksu yang dah balik kampung... 

mintak paksu cabutkan pokok serai... gemok-gemok pokok serai emak

walaupun dah tak berapa subur pokok rose jepun emak, tapi tetap jugak aku songlap sebab ada banyak color

cendawan kukur yang emak tanam sendiri... sedap nya tak terkata wei

kulit lembu masak tumis pun sedap... aduhai layan betul

sebelum balik semula mesti singgah rumah atuk dan nenek, salam-salam sebelum balik

berhenti kat RNR seremban, ada budak tu nak makan burger layan la a&w lama tak makan rootbear float tu

sesi pembahagian harta dari kampung... 

bukan main posing... sedangkan berat tu hahahhaha

tengok la pokok mulberi aku, memang takmo membiak ke apa entahla... merajuk aku

sunyi dah bilik ni bila paksu dah balik kampung terus dah... jadi bilik baju dan bilik solat jelah

bekal rendang daging dari emak

sambal paru dan hati dari emak jugak