Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, May 22, 2026

RESEPI TIKTOK EGG TART MIXUE

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya kawan pejabat aku ni, dia memang suka la kalau jumpa dekat tiktok resepi yang mudah-mudah. Jadinya dia ternampak ada orang kongsi buat egg tart dengan aiskrim mixue. Mudah sangat caranya kami cuba dan memang sedap. Jadi aku kongsi lah hari ini


Bahan-bahan:

Aiskrim vanilla mixue

Telur 2 biji

Bekas aluminium foil

Cara Masak:

- Masukkan 2 biji telur dalam aiskrim mixue, kacau hingga sebati.

- Masukkan dalam bekas dan bakar dalam airfryer suhu 180 untuk 15 minit.


Versi asal ada shell bawah dia tu tapi kami boh gini je








masa ni bau dah wangi dah






Friday, May 15, 2026

RESEPI APAM GORENG JAGUNG

 Assalamualaikum semua,

Takde idea nak kongsi apa , almaklum kalau kat rumah dah makin malas nak masak. Sabtu pun sekarang ni aku kadang masak kadang tak untuk sarapan. Selalunya Edy akan bungkus untuk sarapan Aiyan aku pulak kadang bawak bekal roti atau buah je masa hd. Hari ahad bila keluar beli barang memang selalu lajak sampai tengahari jadi terus makan kat luar itu yang jadi aku jarang masak sekarang ni hehehhe. Kira boleh la kan resepi gini. 

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 tin jagung krim

3 sudu besar gula

sedikit garam

1 sudu kecil yis atau mauripan

Air suam secukupnya

Cara Masak:

- Masukkan semua bahan dalam 1 bekas besar kecuali air suam.

- Masukkan air sedikit demi sedikit sampai dia agak pekat.

- Tutupkan bekas besen dengan tuala atau penutup tinggal untuk 30 ke 40 minit bila dah kembang adunan tu boleh la kita goreng.

- Sapu minyak kat kuali, masukkan adunan bila dah masak pusing untuk sebelah lagi

Boleh di makan begitu saja atau cicah dengan sambal, atau kelapa parut. 





Friday, May 8, 2026

RESEPI APAM GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari terakhir cuti sakit, nikmatilah nanti minggu depan mula kerja dah. Semalam aku terpaksa ke hd dengan pandu sendiri walaupun tangan kiri masih sakit tapi kene gagahkan diri sebab Edy dan Maktek kerja. Kalau nak naik grab camne lak nak ambil Aiyan kan jadi bawak jelah kereta. Tukar gear dan tarik handbrake guna tangan kanan, tangan kiri tak kuat lagi. 

Harapnya keluarla entri resepi aku hari ini ya. Aku nampak kat tiktok ada yang kongsi dan tengok mudah rupanya. Kita pun cubala. Kredit pada tiktok ilyana88 pelbagai resepi dia kongsi.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

4 sudu besar gula

Sedikit garam

1 sudu kecil mauripan@ yis

Air suam secukupnya

Cara masak:

- Campurkan semua bahan dalam bekas besar kacau dengan letak air sikit demi sedikit. 

- Jangan terlalu pekat, tapi bukan cair sangat. Macam adunan lempeng tu. Pastu tutup adunan selama 30 hingga 40 minit.

- Bila adunan dah naik, kacau sikit. Sapukan minyak dalam kuali. 

- Dengan api sedang, masukkan adunan sedikit biar keluar macam buih baru terbalikkan apam. Masak sebelah tu jugak. 

- Boleh dipadankan dengan macam-macam tapi aku rajin buat sambal sardin je. Rasa dia sedap macam apam tapi di goreng, sedap gebus.


Sarapan Aiyan pagi tadi




Macamni kira dah naik adunan terus goreng

Minyak kita sapu je takmo banyak

Keluar rupa gini baru kita terbalikkan

Masak sebelah bahagian lagi

Macam lempeng tapi bukan

Nampak gebu kan dia

Cicah kari pun sodap

Friday, April 17, 2026

RESEPI RENDANG DAGING

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi agak sibuk kesana sini buat kerja, waktu rehat ni baru dapat buat entri. Tutup semua lampu pejabat biar gelap baru kita melayan blog sambil buat kerja. Aku sejenis suka buat kerja dalam gelap rasa tenang gitu. Aku dapat tempahan rendang daging untuk jumaat, jadi malam tadi la bertungkus lumus buat semuanya. Tahun lepas kawan aku dah pernah buat tempahan kira tahun ini repeat lagi. Alhamdulillah. Aku rasa macam belum pernah kongsi resepi rendang daging cara aku dalam blog ni. Kalau ada pun takpe, kira macam belajar ulangan. Jom tengok resepi dan cara masaknya ya.

Bahan-bahan:
2 kilo dagin yang dah siap potong (aku beli kat RosyamMart daging siap potong)

3 pek perencah rendang Adabi

6 biji bawang holland, kisar

5 biji bawang merah kecil, kisar

8 biji bawang putih, kisar

1 inci halia, kisar

2 inci kunyit, kisar

4 batang serai, kisar

1 sudu besar jintan putih, kisar

3 sudu besar ketumbar, kisara

8 biji cili api, kisar

5 sudu besar cili boh

2 sudu besar asam jawa paste

3 ketul kecil gula melaka

3 kotak kecil santan 

1 pek sedang kerisik

Garam secukupnya

Air secukupnya

Minyak secukupnya

2 helai Daun kunyit

Cara masak:

- Masa kisar bahan-bahan aku dah tambah minyak dan air masa kisar tu, jadi tak tambah air lagi dalam masakan tu.

- Masukkan daging yang kita dah cuci bersih darahnya dan toskan, ke dalam periuk besar. Masukkan semua bahan-bahan kisar, Masukkan asam jawa, gula melaka, santan dan cili boh dalam periuk besar tu. Kita gaulkan dengan daging tu sampai sebati. Baru kita tambahkan minyak masak dalam 3 senduk dan hidupkan api sedang.

- Bila dah pecah minyak tu masukkan paste rendang dan kerisik .

- Kita masak untuk 1 ke 2 jam. Bila daging dah empuk masukkan garam dan rasa kalau dah ok. Kalau suka pekat reneh lama sikit biar kuah kering, kalau aku suka yang kuah pekat tapi masih basah lagi. Terakir tu masukkan daun kunyit dan matikan api.


Gaya mak aku, jenis bubuh semua gaul bahan-bahan dengan daging



Pagi tadi aku panaskan lagi bagi pekat dan tambah daun kunyit


Yang dah siap masuk dalam bekas 

Alhamdulillah orang yang tempah tu kata sedap.

Friday, April 3, 2026

RESEPI NASI ARAB SEGERA

 Assalamualaikum semua,

Ini menu masa bulan puasa tu, dah lama aku beli set nasi arab ni dekat tiktok tapi tak terbuat-buat. Bulan puasa aritu masa dah takde idea nak masak apa teringat set nasi arab ni. Mudah je nak masaknya semua cara-cara dia dah bagi tinggal kita masak je. Mudah dan sedap.

Bahan-bahan Nasi dan Ayam:

1 set nasi arab Pes Yamani Mendhi (guna 500g je)

Dalam nya ada 1kg beras basmathi, rempah untuk nasi dan air safron.

Air 4. 1/2 cawan

500gm beras  / 3 cawan (rendam 30 minit)

6 ketul ayam set peha dan tight

1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan sos:

3 ulas bawang putih

3 biji tomato

5 biji cili hijau besar

6 biji cili bangla

1 pokok daun ketumbar

Garam

2 biji limau kasturi

Cara Masak:

- Aku masak ayam dengan separuh rempah nasi , 6 cawan air dan tambahkan 1 kiub ayam. Bila ayam dah nampak separuh masak, masukkan sedikit air safron.

- Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan aku goreng dengan minyak sedikit je untuk bagi warna kat ayam tu.

- Masukkan beras dalam periuk nasi, masukkan rempah nasi arab dan air rebusan ayam tu 4 cawan. Akhir sekali bila dah masak nasi tambahkan air safron dan daun sup atau ketumbar. Siap

- Kisarkan semuanya bahan-bahan sos, dan siap. Boleh tambahkan sedikit perahan limau kasturi.

Nampak ringkas tapi sedap

Ini pes Paket nya