Assalamualaikum semua,
Ini menu masa bulan puasa tu, dah lama aku beli set nasi arab ni dekat tiktok tapi tak terbuat-buat. Bulan puasa aritu masa dah takde idea nak masak apa teringat set nasi arab ni. Mudah je nak masaknya semua cara-cara dia dah bagi tinggal kita masak je. Mudah dan sedap.
Bahan-bahan Nasi dan Ayam:
1 set nasi arab Pes Yamani Mendhi (guna 500g je)
Dalam nya ada 1kg beras basmathi, rempah untuk nasi dan air safron.
Air 4. 1/2 cawan
500gm beras / 3 cawan (rendam 30 minit)
6 ketul ayam set peha dan tight
1 ketul kiub ayam
Bahan-bahan sos:
3 ulas bawang putih
3 biji tomato
5 biji cili hijau besar
6 biji cili bangla
1 pokok daun ketumbar
Garam
2 biji limau kasturi
Cara Masak:
- Aku masak ayam dengan separuh rempah nasi , 6 cawan air dan tambahkan 1 kiub ayam. Bila ayam dah nampak separuh masak, masukkan sedikit air safron.
- Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan aku goreng dengan minyak sedikit je untuk bagi warna kat ayam tu.
- Masukkan beras dalam periuk nasi, masukkan rempah nasi arab dan air rebusan ayam tu 4 cawan. Akhir sekali bila dah masak nasi tambahkan air safron dan daun sup atau ketumbar. Siap
- Kisarkan semuanya bahan-bahan sos, dan siap. Boleh tambahkan sedikit perahan limau kasturi.
![]() |
| Nampak ringkas tapi sedap |
![]() |
| Ini pes Paket nya |














okey nanti cari...hehehehe...ni kalau beli pek ni confirm jadi kan?
ReplyDeleteCompom jadi kak sebab mudah.
Deletewah mudah nak masak rajin dengan tak ja kan Dana
ReplyDeleteya betul tu kak
DeleteAduhh...macam sedap sangat ni Dana
ReplyDeleteMemang sedap rempah dia tu tak berempah sangat
Deletewah! Rupa2nya mudah je nak buat nasi arab. boleh cuba bila nak iftar esok... thanks..
ReplyDeleteBoleh cuba cikgu, sila cari di tiktok set nasi tu
Deletepernah jugak beli pes di shopee. sekarang selalu buat rempah sendiri je. nanti habis puasa nak buat la.
ReplyDeletesekarang dah mudah nak cari bahan untuk buat sendiri
DeleteSaya pernah lihat juga paste nasi arab begini, beda brand saja, di sini. Teringin nak beli, tapi waktu itu masih kuatir, bakal menjadi tak 😅😅. Tapi lihat cara kak dana, okelaah, nampaknya pasti jadi 😄
ReplyDeletesangat mudah mesti jadi punya
DeleteSy pun suka guna pes nasi arab ni.. sedap kn dana? dah la senang je buatnya
ReplyDeleteOhh ok nak kena cari ni. Macam senang je kan.
ReplyDeleteTerliur pulak nampak...acam nak kena cari jugak nih
ReplyDeletesenang dah siap ada pes mcm ni. dulu pernah beli jugak tapi x ingat plak brand apa
ReplyDelete