Friday, September 20, 2019

Resepi Ungkep Ayam cara Dana

As salam semua kwn2,

Salam Jumaat kawan2, cepat betul masa berlalu dah jumaat kan, bulan ni banyak cuti rasa cepat betul masa berlalu.  Isnin ni pula kene Cuti Rehat, adik bongsu aku dapat tawaran Degree di UKM, kakaknya lah yang kene hantar.  Sian pulak kalau nk suruh abah hantar dari kampung, biarlah adik datang naik bas pastu isnin tu hantar ke UKM.

Dulu dalam tahun 2013 kot aku pernah kongsi resepi ungkep, tapi kali ni aku kongsi semula sebab bahan nya ada lain sikit.  Jom lah kita sama-sama cuba resepi ini mana yang terpernah dengar tu.  Masak Ungkep ni sinonim dengan orang jawa.  Ada macam-macam cara orang masak  ungkep, tapi ini cara aku yang mudah dan ringkas 😊

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam di potong sedang
1 sudu besar ketumbar - tumbuk
1 inci kunyit hidup- tumbuk
1 inci halia- tumbuk
4-5 ulas bwg putih -tumbuk
5-6 biji bwg kecil- tumbuk
2 batang serai- titik
2 sudu serbuk kari
1 sudu kecil asam jawa
1 cawan air
garam
daun kari (boleh ganti dengan daun kunyit atau takpayah boh pun takpe)

Cara Masak:
- Tumiskan serai yang di ketuk hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan yang kita tumbuk hingga naik bau dan agak kering
- Masukkan serbuk kari yg kita bancuh dengan sedikit air biarkan sebentar dan masukkan ayam gaulkan rata, masukkan daun kari dan tumiskan sebentar ayam dengan bumbu.
-Bila ayam dah nampak sebati dengan bumbu kita tambahkan air 1 cawan, masukkan asam jawa dan tutupkan kuali dengan penutup untuk 5 minit atau lebih hingga ayam nampak masak.
- Bila ayam dah empuk perasakan dengan garam, kalau nampak pekat sangat boleh tambah sedikit air lagi kalau yg suka berkuah.
- Bila dah cukup rasa boleh matikan api dan siap di makan dengan nasi panas.


bahan-bahan utama ayam ungkep

Tumiskan hingga bumbu ni naik bau dan garing ye kawan-kawan

masukkan kari yang kita dha bancuh dengan sedikit air

Gaulkan rata ye kawan-kawan, masa ni boleh boh daun kari... 

rempah dah rata dan tumiskan seketika

tambahkan air dan asam jawa

tutupkan untuk biar kan ayam masak

selalu aku masak agak pekat, tapi sebab aiyan n edy suka kuah ungkep jadi aku lebihkan sikit kuahnya

Thursday, September 19, 2019

PHOTO DIARY #31/2019 versi makanan

As salam semua kawan-kawan,

Tarikh hari ini cantik lah, 19/9/19
Sekolah di Putrajaya, KL dan Selangor di arahkan tutup 2 hari, seronoklah si aiyan.  Bacaan ipu pagi ini dah semakin menurun, harapnya terus turun dan hilang lah jerebu ini.

Mari lah kita layan gambar sepanjang minggu yang berjerebu ye kawan-kawan.  memang pasal makanan je, korang pastikan sebelum layan mesti ada makanan atau dah lepas makan tau.


Menu minggu lepas, kalau dh orang johor mmg tak boleh tinggal sambal kicap

makan keropok ikan pun dengan sambal kicap... baru teringat habis dh sambal kicap kt rumah kene buat baru nih
org lain lama dah cuba masak ayam buttermilk, aku baru nk try... 


laki aku kata sedap, di tekak ku pun rasa sedap...
nanti cuba masak dengan udang or sotong pulak lah

minggu lepas ngoder ngn kawan di jupem ni, gebus gebas macam-macam perisa ada

gebus, cheese dia montok

yg ini ada coklat dalamnya... sedap 
kalau kt kedai puspanita mmg murah rezeki dia, ada je orang belanja dia jajan atau aiskrim

vietnamese rolls, sebekas ni rm10 tapi mmg isi nya banyak sayur rangup, sos dia tu mmg best


puas makan sayur, ranggup lak tu... mmg best lah

minggu lepas maktek bagi aku kuih bulan ni... aku ni tak minat sangat tapi orang dah bagi kita amik lah kn, adik-adik aku mmg suka kuih bulan ni, tp aku lak yang tak berapa minat

macamni rupa inti nya, dua-dua ada telur masin... maktek memang kata sedap sebab dia suka, bagi aku sedap jugak lah cuma tekak jakun aku ni susah nk terima kuning telur masin kat tengah tu

sabtu tu sebelum kul12 tengahari tp dh gelap sebab mendung, abaikan je kain selonggok tu ye

menu sarapan hari ahad lepas, layan ko pagi-pagi makan sate walaupun cuma 2 batang

tiba-tiba teringin pulak makan roti canai boh telur goyang nih... mmg mantap

banjir kan pulak dia... mebeles sangat... 

ahad tu lps sarapan pergi beli lauk kt giant permata, dia suruh aku pilih lauk tapi dia duk jauh nun kat sana, geram pulak rasanya... 

egg tart beli kt pistacio... bau harum

isi tebal jugak tapi bagi aku tart shell dia tu pun agak tebal

tauhu bergedil beli dengan kawan PA, sedap gebus isi banyak sos pun sedap memang layan


nasi goreng telur aiyan, bila papa asyik balik lewat aku masakkan yang simple je untuk dia


layan betul makan telur separuh masak gini, kene amik 2 biji kalau sebiji macam tak cukup hehehhe

sepantas kilat licin, sarapan semalam kat opis, edy lepas antar aiyan dia sarapan kt mamak depan opis... aku kirim lah telur separuh masak



Wednesday, September 18, 2019

Jerebu oh Jerebu

As salam semua kawan2,

Dah masuk minggu ke 2 jerebu semakin teruk di malaysia.  Di Kuala lumpur pun makin kabur, banyak dah negeri yg mencapai tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya

101-200 = tidak sihat
201- 300 = sangat tidak sihat
300 ++ = berbahaya

Kesian kawan-kawan kita di sarawak dan beberapa tempat di selangor yang berada di tahap berbahaya.  Semalam sekolah di putrajaya dan sebahagian selangor di tutup, harini sekolah di selangor dan negeri sembilan banyak yang tutup dan ada yang di area kuala lumpur.  Moga minggu ni berakhirnya masalah jerebu ini. Sama- sama kita berdoa ya kawan-kawan moga masalah jerebu ni cepat hilang.

bacaan area Kl tu makin meninggkat... aduhai

selasa lepas... dah nampak berkabus tp tengahari tu makin teruk


khamis masa ni tengahari, klcc dh hilang dr pandangan

minggu lepas, hari khamis rasanya

jumaat pagi... area sekitar opis

jumaat pagi... area utm kl
jumaat area keramat... 

jumaat petang

ni gambar ahad tengahari

ni gambar pagi tadi... sekarang makin teruk lak bila tengok luar opis

Tuesday, September 17, 2019

Pisau mahal vs pisau murah

As salam semua kwn2,

Salam selasa semua kwn2 ye,
Jerebu makin teruk minggu ini, harapnya makin beransur ok, dah hujan masa hujung minggu tapi masih teruk lagi jerebu nya.  Aduhai risau betul lah kita ni.

Terlari dari subjek utama lak, sebenarnya nk cerita pasal pisau je tadi kih3

Korang jenis pakai pisau macamne kat rumah? jenis yang mahal ke yang murah-murah je beli kt kedai eco? Aku suka pisau yang, ringan dan tajam tak kisah beli kat mana. Murah atau mahal ok je

Pisau untuk kegunaan harian selalu aku pakai yg pisau beli kt eco, atau kt mr diy je.  Mudah, kecik dan murah tapi aku ada jugak la beli pisau mahal sikit yang kumpul kupon kt Giant ke Aeon pastu tambah duit sikit dapatla pisau mahal.  Masa beli noxxa aritu ada dapat jugak pisau mahal sikit 3 beradik.  Pisau mahal ini aku selalu guna untuk potong daging, atau potong ayam, nk potong tulang-tulang tuh kan, kalau tak mmg ddk la dalam bekas je. Banyak-banyak pisau pun nk buat apa kan hehehe... 


ni pisau harian aku, yg oren tu beli kt eco tp tajam ooo, mil aku bagi
pisau tengah tu beli kt diy je, pisau dr awal kawin, pisau besar sikit tu mudah nk buat potong sayur, itu pun murah jgk harganya
dapatnya tahun lepas, tapi baru kelmarin aku rasmikan nk buat kerat tulang ayam


Pisau kumpul kupon kt giant ke aeon, pisau ni agak berat tp sedap dan tajam bt potong daging yg liat2
tak ingat harganya tp ratus2 jugak la kalau harga sebenar tu

Friday, September 13, 2019

Resepi Terung Garang Asem

As salam semua kwn2,

Salam jumaat kawan2, muka bahagia harini almaklum cuti sampai isnin kan.  Macam biasa lah, hari jumaat adalah hari aku kongsi resepi mudah dalam blog ini.  Kebanyakkan masakan aku memang yang mudah , ringkas dan ada ciri-ciri jawa.  Jiwa orang kampung almaklum.

Bahan-bahan:

3 biji terung jenis panjang (potong 4)
10 -15 biji cili api - tumbuk
3-4 ulas bawang putih- tumbuk
5-6 biji bawang merah kecil- tumbuk
segenggam bilis - tumbuk
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula
garam
1 cawan air

Cara masak:
- Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk hingga naik minyak dan masukkan terung, gaulkan rata terung dengan bumbu tu
- Biarkan bumbu sebati sekejap baru, masukkan air dan tutupkan kuali dengan penutup untuk 5 minit dengan api sedang tunggu hingga terung empuk
- Bila terung nampak dah empuk, masukkan gula dan asam jawa, perasakan dengan garam
- Kalau yang suka kuah banyak bila dah cukup rasa boleh matikan api, mana yg suka pekat masakan tu, biarkan hingga kuahnya agak kering. siap

*terung garang asem ni memang pedas masam manis sikit rasanya


Ini bahan utama terung garang asem ni ya

aku memang jenis suka tumbuk bumbu nya kasar-kasar gini 

gaulkan rata terung dengan bumbu nih 

biar rata semua bumbu dengan terung

masukkan air tadi

tutupkan untuk 5 minit lebih kurang, klu terung tu dh lembut awal boleh je buka penutup

asam jawa dan gula tu penting, penambah rasa

lihatlah terung tu lembut dengan rasa yg pedas masam manis tuh... layan lak dengan nasi panas memang mabeles lah