Tuesday, September 3, 2019

Pergi tak kembali

As salam semua kwn2,

Rabu lepas bersamaan 28 Ogos 2019, makcik edy yang menderita sakit barah payudara meninggal dunia dalam jam 4 pagi.  Malam tu mmg dalam grup family edy ada dah makcik lain dan adik beradik edy kt kampung bgtau yg arwah dh nazak.  Tapi masa tu edy mmg tak balik lagi, dia sampai rumah dalam dekat kul 1 pagi.  Dalam kul 4 lebih tu mmg ada adik beradik n mil aku call edy tp sbb dh penat sgt dia tak sedar.  
Pagi tu dalam kul 5 lebih aku bangun nk mandi semua aku baca wassap dulu, n aku bgtau makcik dia meninggal nk balik kampung tak, tp dia bgtau tak kot... masa tu dia mmg masih mamai lg. Dalam toilet tu aku dok pikir takkan tak balik, arwah tu adik mak dia, nk kira rapat jugak la.  Lepas kuar toilet tu aku tanya dia semula, tak nak balik ke mokde meninggal ni. terus dia jawab jom balik. Aku terus pakai jelah baju kurung yg aku nk pakai untuk pergi kerja tu, edy mandi siapkan aiyan bwk sorang selai baju dan seluar dalam kul 6.30pg kami gerak balik kerteh.

Alhamdulillah dalam kul10.40 pg kami sampai kt tanah kubur, dan edy dan adik beradiknya sempat la untuk tolong masukkan arwah ke liang lahad dan tolong kambus kan tanah.  Arwah takde anak lelaki, yg ada pun 2 orang anak tirinya... jadi mmg tanggungjwb edy n adik beradiknya.  
Selesai tu kami balik ke rumah mil, rehat2 kejap... tp sampai2 tu mil suruh anak2 lelaki dia petik rambutan dan bersihkan pokoknya. Petang dalam kul 6 kami gerak balik KL dan sampai rumah dalam kul 11 lebih.  

masa ni hiway berkabus tebal... sebab mmg setiap petang dan malam hujan

jalan lenggang je... 

berhenti sekejap minum pagi bagi cerah mata
perasan kan mana edy heheheh

sampai rumah mil, dok la buang benda alah ni... rumput kemuncup yg nakal

sampai rumah mil aku tolong masak kt dapur, sekali jengah nampak riuh2... sebakul rambutan

gotong royong bersihkan pokok rambutan sekali ngn buahnya

siap bg buah dengan daun2 lagi... 

kan best kalau buah rambutan boleh petik kt tingkap je heheheh

nampak 3 je kan, tp sebenarnya ada sorang lg atas pokok yg petik buahnya

buah nya dh masak sangat kalau ikutkan

dalam kul 6 lebih tu kami masuk hiway lpt

sepanjang jalan tu hujan lebat je... alhamdulillah selamat jgk sampai rumah

11 comments:

  1. alhamdulillah atas segala urusan yang dipermudahkan...semoga arwah tenang di sana...ameen

    ReplyDelete
  2. Takziah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Takziah, semoga roh arwah tenang di sana...

    ReplyDelete
  4. Sunah- amin, terima kasih

    Sha- mekasih

    k SA- amin

    Umi Nazrah- mekasih

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun... semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman disisiNYA.

    Takziah buat Dana dan husband sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Takziah dana & family. Ganas betul kanser ni... :(

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  8. Al fatihah dan salam tahziah tuk Dana sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Mrs. A- mekasih kak

    AzianKhalil- betul, mmg ganas tak boleh lambat

    wak WP- mekasih wak

    ShirVen- mekasih ya...

    ReplyDelete
  10. terkenang umah nenek.
    keliling ada 6-7 pokok rambutan.
    malangnya, now sepupu dah rampas rumah tu dari nenek :( hu hu hu hu...
    da 2 thn nenek tak balik umah sendiri.
    tak merasa dah kami petik rambutan dari tingkap serambi umah nenek.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...