Friday, August 30, 2019

Resepi Sambal Udang Tempoyak dan Petai

As salam semua kwn2,

Salam Jumaat ye kwn2, hujung minggu ni mesti seronok maklum cuti sampai isnin.  Apa plan korang cuti2 nih, aku tak tau lah, kalau edy cuti sabtu ahad isnin dapatla kami jalan ke mana-mana.  Kalau dia dapat cuti ahad je mmg tak ke mana lah kami setakat pusing-pusing bandar jelah.

Kisah sabtu lepas, petang tu masa nk masak boleh pulak gas habis, gas spare pun edy asik lupa je nk tukar mmg redho jelah.  Jadi aku masakla sambal udang tempoyak petai dengan noxxa, bila ada petai memang edy suka sangat aku masak menu ini.  Sebelum ini aku pernah kongsi resepi tapi tanpa tempoyak, kali ini tambah tempoyak lagi mantap tau.


Bahan-bahan:
1 mangkuk petai ( aku malas nk buang kulit putih dia tu)
1 mangkuk besar udang
20- 40 biji cili api kampung dan cili api bangla, tumbuk
5 ulas bwg putih , tumbuk
5 biji bwg merah kecil , tumbuk
3 bij bwg besar , hiris nipis
2 biji tomato, potong nipis
2 sudu besar tempoyak
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara Masak:
- Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk hingga masak dan masukkan gula
- Masukkan bawang besar dan tomato masak hingga tomato hampir hancur
- Masukkan petai gaulkan rata selepas itu masukkan tempoyak dan tambahkan sedikit air
- Masukkan udang dan asam jawa gaul rata hingga udang masak, perasakan dengan garam dan siap.

* Sambal ini mmg aku suka buat pedas, supaya tak makan banyak tp aku tengok edy selamba je bedal tanpa rasa bersalah 😅😅

*Kalau korang tak suka tempoyak, tak boh tempoyak pun ok je... cuma korang kene lebihkan sikit asam jawa tuh ye... 

simple je kan bahan-bahan nya, udang tu aku mmg suka buang semua kulitnya mudah nk makan

aku memang tumbuk kasar je semua bahan-bahan tu yek kwn2


bawang ni kene boh awal sebab nk dia jd meresap pedas-pedas tuh


aku suka tambah tomato untuk balance kan kepedasan tuh dan ada rasa masam sikit

petai aku suka boh awal sebab nak bagi dia cukup masak biar kurang sikit bau kalau makan banyak hehehhehe

bahan penting, hampir terlupa aku... tempoyak ni masih rasa manis lagi sbb tu aku campur asam jawa

2 sudu yek, kalau minat tempoyak naw2 boh lebih pun takpe

masukkan la bahan paling penting dalam ini ye

pekat melekat likat... 

menggoda tak, nyummmmmm nyummmm 

pds dia mmg buat aku nangis... 

12 comments:

  1. walaupun tak makan tempoyak dan udang, tapi sambal akak tu betul2 nampak menggoda!

    ReplyDelete
  2. mENARIK..BOLEH SAVE RESEPI...TUNGGU AKAK SIHAT BARU BUAT

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lah hai.. nak simpan resepi.. nti boleh kak cuba..:)

    ReplyDelete
  4. Sunah- try buat jd sambal petai je pun boleh

    k SA- boleh SA, cuba lah mana tau kene ngn selera

    Atie- cuba jgn tak cuba, selain udang blh je try sutun ke kernag ke

    ReplyDelete
  5. Suka sambel udang
    tapi wak tak makan tempoyak dan tak makan petai juga.

    ReplyDelete
  6. ya Allah sedapnyaaa.. terliur sungguh tengok kak

    ReplyDelete
  7. sangat menarik...

    tengok pun sedap-sedap juga

    apa lagi rasanya

    ReplyDelete
  8. sedapnya. esok nak masak menu ni lah. hehehe. TQ bagi idea untuk kita.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap! tak pernah lagi makan masakan macam ni

    ReplyDelete
  10. wak WP- takpe wak boleh buat sambal udang gaya sambal hijau...

    Nadhie- hehehe kene cuba mana tau kene ngn selera

    tuanHanafi- menarik lg tertarik buat peminat petai ngn tempoyak

    Dorsett Pink- ok, sama2

    Sihatimerahjambu- cuba lah, mana tau kene ngn selera

    ReplyDelete
  11. Hadoi.. hadoi.. sedapnya.. sha suka menu ni masa bulan puasa.. membangkit selera..

    ReplyDelete
  12. Oohh sedapnya...nak buat weekend nanti. Ada semua bahan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...