As salam semua kwn2,
Kita berjumpa di pagi jumaat yang indah ini untuk berkongsi resepi cara aku, yg mudah dan ringkas.
Mak aku suka masak kari kuning mcmni, dari aku kecik mmg mak suka masak mcmni. Lepas tu baru mak guna resepi yg sepenuhnya guna kari serbuk, tp tetap ini menu kari paling aku suka. Budak2 pun suka sbb kari ni tak pedas layan sgt untuk cicah dengan roti, roti canai atau roti jala.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong kecil
4-5 ulas bwg putih - tumbuk
5-6 biji bwg merah kecil- tumbuk
2 biji bwg merah - hiris (kalau tak bagi pun takpe)
2 sudu besar ketumbar - tumbuk
1 sudu bsr jintan manis- tumbuk
1 1/2 kunyit hidup- tumbuk
1 1/2 halia- tumbuk
1 btg serai- titik
2 sudu besar kari- bancuh dengan air
1 kotak kecil santan
3 biji kentang- potong 8
2 kosong secukupnya
1 keping asam keping
Cara Masak:
- Tumiskan serai dan bahan2 tumbuk hingga naik bau dan kering
- masukkan kari dan kentang, tambahkan sedikit air dan biarkan seketika, masukkan ayam dan gaul rata
- tutupkan sebentar kuali biarkan ayam dan kentang empuk
- bila kentang dan ayam dh masak, masukkan asam keping, santan dan air, perasakan dengan garam dan siap
*kalau ada daun kari pun boleh tambah, lagi sedap bau nya...
* kentang tu aku suka boh banyak sebab si aiyan suka mkn kentang, kalau korang nk kurangkan boleh je
bumbu tu aku mmg tak tumbuk halus sangat, suka kasar2 gitu |
masa tumis ni, dia punya bau perkkkhhh semerbak harum betul |
aku suka tumis jap kentang ni biar meresap rasa kari dia tuh... |
bila ayam dh nampak masak gini baru aku masukkan asam keping dan santan |
gini lah rupanya kari kuning tu... kn kuning2 sikit tak la warna pekat mcm guna kari je |
lawankan dengan sambal belacan n ulam... mmg mantops lah |
Teringinnya nak makan lauk macam ni...apakan daya tengah dalam pantang...hahaha
ReplyDeleteSedapnya...masih mood raya haji tgk menu ni
ReplyDeletememang sedap masak
ReplyDeletemcm ni
akak kalau masak apa2 bumbu tu memang tumbuk kasar2 je.. lumat nau kang macam kene blend la pulak kan.
ReplyDeleteSedap nya resepi ni... Terbaik blog ni 👍
ReplyDeleteWOW SEDAP NI XPERNAH MASAK RESEPI GULAI GINI
ReplyDeleteokay nanti nak cubalah ..
ReplyDeletekita peminat kari, tak kisah la warna apa pun..asalkan sedap nak meninggal...hahahahha
ReplyDeleteayam kari yang sedap tu..
ReplyDeletesedapnya kari tu
ReplyDeleteLapar plak tgk.kari kuning Dana Ni.. Boleh try nanti
ReplyDeleteK SuriaAmanda- takpe kak, tukar santan ngn susu cair... lps pantang ni blh try ngn santan
ReplyDeleteCikguZim- hehehe ini bukan raya pun boleh msk nih cikgu
Hasliynda- betul tuh....
k Sheila- betul tuh, bagi rasa kan... bau dia lain mcm bila di tumbuk
AZ- mekasih
k Paridah- hehehe apa lg, cuba lah kak buat cuba2 resepi baru
KisahTatie- silakan, selamat mencuba
Sunah- hehehe ni kari lite2 je nih, budak2 selalunya suka sbb tak pds
TuanHanafi- betul tu mmg sedap
Cik Itah- heheh sedap...
Mamapp- cuba jgn tak cuba kak, mana tau jd lauk peberet...
kari kuning. new to me, dana.
ReplyDeletebiasa nyer kari is kari.
kuning tu masak lemak.
ok. tq for sharing. new ilmu.
Aida- heheheh sbb kari ni lebih warna kuning n cair2 tak pekat mcm kari biasa tuh... hehehe biasalah resepi org kampung
ReplyDeletesedapnya..lapar pulak
ReplyDeleteHadoi.. Kalau ada sambal belacan dengan kicap ini, memang nikmat..
ReplyDelete