Wednesday, September 18, 2019

Jerebu oh Jerebu

As salam semua kawan2,

Dah masuk minggu ke 2 jerebu semakin teruk di malaysia.  Di Kuala lumpur pun makin kabur, banyak dah negeri yg mencapai tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya

101-200 = tidak sihat
201- 300 = sangat tidak sihat
300 ++ = berbahaya

Kesian kawan-kawan kita di sarawak dan beberapa tempat di selangor yang berada di tahap berbahaya.  Semalam sekolah di putrajaya dan sebahagian selangor di tutup, harini sekolah di selangor dan negeri sembilan banyak yang tutup dan ada yang di area kuala lumpur.  Moga minggu ni berakhirnya masalah jerebu ini. Sama- sama kita berdoa ya kawan-kawan moga masalah jerebu ni cepat hilang.

bacaan area Kl tu makin meninggkat... aduhai

selasa lepas... dah nampak berkabus tp tengahari tu makin teruk


khamis masa ni tengahari, klcc dh hilang dr pandangan

minggu lepas, hari khamis rasanya

jumaat pagi... area sekitar opis

jumaat pagi... area utm kl
jumaat area keramat... 

jumaat petang

ni gambar ahad tengahari

ni gambar pagi tadi... sekarang makin teruk lak bila tengok luar opis

27 comments:

Ain Athirah said...

Ya Allah teruknya area KL sana :( Ain dkt area taiping ni alhamdulillah still okay. Stay hydrated ya. pls take care

paridah said...

jerebu memberi masalah kpd kesihatan..elakan dedahkan diri dlm suasananya

Suria Amanda said...

Bacaan index makin lama makin meningkat kan...tekak dah perti, mata dah pedih dah...kepala memang pening je dari semalam...

Farah Dinah Hassan said...

jerebu makin hari makin teruk.. kita pun dh nak batuk ni..

Hayati Suki said...

teruk sangat jerebu tahun nii kan?

norhidana said...

Ain- ye mmg teruk di kuala lumpur dan selangor utk 2 minggu nih

k Paridah- betul tuh PI, mmg tak buat aktiviti kt luar dlm masa2 nih, ddk rumah atau opis je

k SA- betul tu SA, kepala rasa pening, udara pun membahang tp gelap je cuaca

Farah- tulah makin teruk, ingatkan minggu ni makin elok rupanya makin teruk

k Hayati- betul tu kak, mmg tahun ni rasanya lebih teruk dari tahun2 sebelum ini

ezy.xixii said...

semoga jerebu cpt hilang.. =(

Ujie Othman said...

hujung minggu terpaksa memerap, bahaya dok luar.
paling2 pun...masuk mall.

I am LZ said...

Jerebu di Seremban semakin teruk juga Dana..
Pedih mata..

norhidana said...

Ezy- betul tu semoga cpt hilang lah jerebu nih, nk bt aktiviti luar pun tak best

k Ujie- betul tu kak, kadang-kadang kita hujung minggu nk jugak jalan-jalan kat taman kan, kene lah pi mall atau duk umah je

k LZ- tulah banyak jugak sekolah ttp kan kt sana kak...

AzianKhalil said...

semalam...kat skudai nampak dah elok sikit...sebab kelmari hujan...hari makin teruk pulak...

mamapp said...

Haah nampak teruk laa.. take Dana.. haha kesihatan

Ibu Lala said...

Pagi tadi dari gombak dah x nampak KLCC. dlm pkl 10.30 cikgu hantar mesej suruh ambik anak kat sklh. happy la bdk2 bila cuti sklh. tp kesian kat kita yang bekerja ni. boss x nak bg cuti ke.

Mila@Rimbun said...

Lamanya tak singgah sini, jarang2 dapat BW

Warisan Petani said...

Kalau ada hujan kuranglah sikit masalah jerebu ni.
Kat sini pulak dah lama tak hujan

ShirVen said...

Miri mula kena aritu, certain area over 300 API, nii dh ok sikit tapi masih tahap krg sihat. Sama2 berdoa semoga jerebu cepat hilang

norhidana said...

Azian Khalil- tengok belah johor memang ipu nya dh makin menurun

Ibu Lala- tulah kak semalam mmg teruk bebeno sampai ada sekolah yg kene ttp awal... seronok la bdk sekolah dpt cuti 2 hari...

Mila- kalau free2 jenguk la selalu yek

wak WP- sebelum2 ni hujan tp tak kurang2 wak, tp pagi ni tengok bacaan ipu mmg dh turun banyak jugak... harapnya sampai ke ptg la makin elok

ShirVen- tulah, miri kene paling teruk kan... moga minggu nih semua makin elok lah kan

Hayati Suki said...

sangat teruk jerebu kali ini..

Wan Syahida said...

Sama tempat ngan saya, di PJ. Semalam teruk betul jerebu. Semoga jerebu makin reda hari ni...

norhidana said...

Hayati- tulah, tp harini tengok bacaaan ipu dh makin turun

Wan Syahida- PJ teruk jgk kan, harini moga makin turun bacaan n terus hilang jerebu ni dr bumi malaysia

Sunah Sakura said...

mudah-mudahan esok semakin turun bacaan IPU nya...ameen

Azhafizah MN said...

Bila tak hujan ni lagi bertambah teruknya jerebu. harap cepatlah hilang. rimas juga tengok kelabu asap ni

Vitamin Syaza (VS) said...

Makin lama makin teruk. Semoga cepat berlalu atas izin Allah. Amin.

OKje said...

Tulah tu.... kat Jambi bukan jerebu lagi udah merahh Dana...seram jugakkan

Zurainny Ismail said...

Yummy....byknya makanan sedap! Akak suka kuih bulan, tapi bila tengok harga - surrender!

mamapp said...

Alhamdulillah dh Ada prnurunan kan

Sha Mohamed said...

Kat sini pun teruk juga.. redup ie.. tak nampak langsung matahari.. sekarang je baru okay sikit sebab hujan..