As salam semua kawan-kawan
Maaf semalam takde entry, aku cuti rehat antar si bongsu pi daftar di UKM. Itu nanti aku cerita ya di entry yang akan datang.
Korang tahu kan sejak beberapa minggu lepas rumah aku dah jadi tempat persinggahan seekor kucing. Kami panggil kelabu walaupun warna dia hitam+coklat hehehehhe. Sekarang mcm dah jadi rutin mmg kami akan bagi makan dan air untuk kelabu ni setiap hari. Dia akan lepak tidur di dalam grill rumah. Aku selaku emak tiri memang akan bebel kt dia supaya jangan kencing dan berak merata-rata. Jangan membuang di rumah aku atau rumah jiran.
Menjadi rutin untuk beli makanan dia, haritu pergi ke Aeon alpha angel, jumpa PETBOX nih, teruja aiyan nk belikan makanan untuk kelabu nih. Harga pun bagi aku murah la jugak. Aiyan la yang paling seronok sebab dapat beli sendiri... Aku ni tak minat nk jaga kucing setakat bagi makan dan minum je bolehla, tapi aku tak bagi dia masuk dalam rumah.
Moga ada ganjaran untuk berkongsi dengan si kelabu nih. Sejak kami letak makanan kt luar rumah bukan je kelabu tapi banyak lagi kucing-kucing jiran pun tumpang sekali makan.
dia seronok sebab boleh beli sendiri, teruja dia tengok mcmne makanan tu jatuh dari mesin tu |
ada 2 pilihan untuk makanan kering untuk kucing.... |
ini lah budak kelabu nih |
kami letak bekas makanan dan air kt luar grill tuh |
dah macam rutin pulak sekarang untuk beli stok untuk kelabu |
Macam kakcik 'jaga' Snowy, InsyaAllah rezeki mereka tetap ada... :)
ReplyDeleteComel lah Dana..mata tu..hehe
ReplyDeletelama2 kita akan sayang..mcm si Uting kat rumah kami tu..memula kucing jalanan ja..tapi skrg dah jadi kesayangan kmi..:)
Anak akak beli kucing dari Russia 5k..makan daging mentah ja,minum susu segar...akak tak tau nk marah ke nk bebel ke...
ReplyDeletetakde bela kucing..tp selang beberapa pintu opis ni ada 7 -11... tp bila turun opis je, selalu ada kucing gelandangan ikut kaki... sbb dorang tau nanti mama yan belikan wet food kat 7e. sepeket singgit setengah
ReplyDeleteKakcik Seroja- tulah kakcik, lebih kurang gitu lah kakcik tp dana tak pernah bg masuk dalam rumah si kelabu nih
ReplyDeleteAtie- suka kucing tp tak rajin nk bela dia atie, kot nnti dia berak kencing apa semua payah... biarla dia ddk luar je...
k Kamsiah- huih mahal nye kak... makanan dia je berapa lah tu bulan2
AzianKhalil- kadang kita tak sampai hati nk biar kan dia lapar, dia lak pandai bila kita dh bg makan dia dgr la ckp kita, dok la mengesel kt kaki
ReplyDeletedengan asbab mmenberi makan kucing mana tahu boleh jadi jutawan dengan mudah aamiin.
ReplyDeletelagi bagus bagi makan kucing tidak bertuan berbanding kucing peliharaan kerana lebih ikhlas
hehehe
ALHAMDULILLAH MURAH REZKI DANA N KELUARGA PRIHHATIN PADA SESAMA HAMBA-NYA
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat so kelabu menumpamg rezeki.. vending machine mknann kucen Tu first time mama tgk la
ReplyDeleteAiyan dapat kawan barulah
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBetul, berkongsi rezeki dengan makhluk Tuhan besar ganjarannya dan mengundang rezeki yang tidak disangka2. cuma jangan sampai kucing2 yng kita bagi makan tu pi 'melepas' kt rumah jiran dahla.. nanti x dapat pahala dapat bala pula hehehe..
Tapi kucing tu memang cantiklah..
#saya di antara peminat tegar kucing dan haiwan2 lain
semoga dipermudahkan segala urusan., aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dikongsi bersama semoga akan bertambah-tambah rezeki yang memberi. InSyaAllah.
ReplyDeleteKelemahan Mrs. A nih! huhuhuhu...
insya Allah..murah rezeki Dana.
ReplyDeleteMr Hanafi- mmg kucing tak bertuan, tp sbb dh bg makan hari2 dh jadi mcm kucing kami hehehe..
ReplyDeletek Paridah- alhamdulillah kak, selagi tak mendatangkan kesusahan pada kami
Mamapp- aah kak, cuma tu lah selalu kene bebel supaya jgn membuang merata2, banyak tempat juga dana jumpa vending machine tuh kak
wak WP- mula-mula takut jugak dia tp skrg dh ok... cuma dia takut kalau kucing bergaduh
en ABuikhwan- wsalam, itulah pesan jugak kt dia jgn buang air merata-rata atau buang di rumah jiran, buang jauh2... harapnya dia paham
Wak Lat- amin, tq wak
Mrs. A- amin kak, kita kesian kadang dia lapar kan... selagi kami mampu, kami bagi je makan
k Ujie- amin, mekasih kak
Rezeki dia Allah hantar melalui kita..
ReplyDeleteMacam posmen hantar barang ke rumah kita.
Posmen tolong hantar aje. Yang pengirim asal tu orang lain kan..
eh menariknya kak, ada petbox camtu!
ReplyDeletetak pernah pun nampak vending machine utk makanan kucing. atau mungkin sebab ammi tak minat kucing jadi segala pasal kucing ammi tak perasan
ReplyDeleteUKM :) Dekat sangat dah dengan rumah Syaza tu hehe.
ReplyDeletePMDR- betul3 tuh.... hehehe boleh tahan falsafahnya tu
ReplyDeleteSunah- tulah, petbox tu memudahkan lah kita nk beli makanan bila2 masa
k Shiela- hehhehehe mmg masih tak banyak lagi vending machine gitu, bukan untuk kucing je anjing, arnab, hamster pun ada makanan sekali dalam tu
Syaza- best tuh... best banyak kedai makanan johor kt bangi
eh baru tahu ada petbox tu. menariklah ada vendor machine makanan kucing. kalau nampak kucing mesti nak bg makanan.
ReplyDeleteComelnya kucing.. Semoga makin murah rezeki Dana.. Aamiin..
ReplyDelete