Friday, September 13, 2019

Resepi Terung Garang Asem

As salam semua kwn2,

Salam jumaat kawan2, muka bahagia harini almaklum cuti sampai isnin kan.  Macam biasa lah, hari jumaat adalah hari aku kongsi resepi mudah dalam blog ini.  Kebanyakkan masakan aku memang yang mudah , ringkas dan ada ciri-ciri jawa.  Jiwa orang kampung almaklum.

Bahan-bahan:

3 biji terung jenis panjang (potong 4)
10 -15 biji cili api - tumbuk
3-4 ulas bawang putih- tumbuk
5-6 biji bawang merah kecil- tumbuk
segenggam bilis - tumbuk
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula
garam
1 cawan air

Cara masak:
- Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk hingga naik minyak dan masukkan terung, gaulkan rata terung dengan bumbu tu
- Biarkan bumbu sebati sekejap baru, masukkan air dan tutupkan kuali dengan penutup untuk 5 minit dengan api sedang tunggu hingga terung empuk
- Bila terung nampak dah empuk, masukkan gula dan asam jawa, perasakan dengan garam
- Kalau yang suka kuah banyak bila dah cukup rasa boleh matikan api, mana yg suka pekat masakan tu, biarkan hingga kuahnya agak kering. siap

*terung garang asem ni memang pedas masam manis sikit rasanya


Ini bahan utama terung garang asem ni ya

aku memang jenis suka tumbuk bumbu nya kasar-kasar gini 

gaulkan rata terung dengan bumbu nih 

biar rata semua bumbu dengan terung

masukkan air tadi

tutupkan untuk 5 minit lebih kurang, klu terung tu dh lembut awal boleh je buka penutup

asam jawa dan gula tu penting, penambah rasa

lihatlah terung tu lembut dengan rasa yg pedas masam manis tuh... layan lak dengan nasi panas memang mabeles lah

23 comments:

Suria Amanda said...

Yeay...nanti bleh cuba.....blogger macam kita ni gigih kan masak sambil amik gambar sambil buat video

Sha Mohamed said...

wow.. nama dia.. hehehe..
berkuah ye lauk ini.. boleh cuba bila kerajiann datang nanti..

Sheila Arshad said...

1st ammi dengar nama resepi ni dana..
boleh try ni.

ammi pun suka tumbuk bumbu kasar2...baru ada feeling masa dah siap tu nampak cebisannya tu.

norhidana said...

k SA- sila try SA mana tau sedap n kene selera, hehehe gigih ngambik gambo

Sha- heheheh aah berkuah sikit, maklum org dulu-dulu punya resepi

k Sheila- hehhehe almaklum resepi masakan org jawa, itu pasal lah jarang2 ammi dgr nama masakannya

Amie said...

Sekilas pandang ingatkan gerang asam, rupanya garang asem...
Saya pun suka tumbuk kasar bahan perencah kalau nak menumis, aromanya menusuk kalau dah jumpa minyak panas dalam kuali. Berbeza dengan aroma perencah yang dikisar halus heheeee.

Azhafizah MN said...

Sedapnya terung. Fiza suka terung bakar. senang dan sedap. rasa manis terung cicah sambal belacan lagilah sedap. masak macam ni ada kuah sikit kan

Abam Kie said...

nak cuba la resepi Jawa ni. biasanya terung ni sy masak lemak je. thanks for sharing...

cikguzim said...

Resepi ada terung mmg bagus..dpt turunkan berat bdn

Tuan Hanafi said...

antara sayur yang saya suka ialah terung..

AZ .Com said...

nice, simple dan sedap..

RAIHANAH AHMAD said...

mudah rupanya membuatnya, sedap pun

ray said...

ray bru berjinak nak cuba makan terung.

ShirVen said...

1st time dgr resepi ni, nnt nak try. Terung ni pun faberet, biasa tumis dgn cili bilis je, or bakar pastu mkn dgn sambal belacan

Sunah Sakura said...

macam sedap je ni kak...tak pernah buat macam ni..biasa mesti nak menyambal ajee

norhidana said...

k Amie- sama je kak, dana pnh dgr org panggil gerang asam,tp sbb mak panggil garang asem kita ikutkan je, org jawa punya sebutan hehehe... tulah, betul tu kak kalau kisar ngn tumbuk mmg lain dia punya aroma tuh

Azhafizah- ni menu org jawa dik, heheheh sesekali tukar selera

Abam Kie- cuba lah abam Kie, mana tau kene ngn selera

CikguZim- tp kalau mkn dengan masakan ni blh tambah nasi, bahaya jgk jadinya

TuanHanafi- masak mcm2 pun sedap terung nih

Az.com- betul tu, terung ni msk apa pun best

Raihanah- betul mmg mudah, terung kn mudah untuk masak apa jd sedap hehehe

Ray- masak apa2 pun sedap terung ni, even rebus cicah sambal pun sedap dh

ShirVen- cuba jgn tak cuba..... terung ni mcm2 boleh masak kan

Sunah- sedap kalau yg suka pds n suka terung...

Sheila Arshad said...

ammi dah try dah resepi ni.. ammi ada buat entry credit utk dana

AzianKhalil said...

boleh try nanti

norhidana said...

k Shiela- mekasih sbb dh cuba... seronok lak bila ada kawan-kawan yang cuba resepi yg kita share

Ibu Lala said...

Lagi sedap kalau ada orang yang buatkan. he he he

mamapp said...

Fulamak sedapnya.. tq share resepi Dana

Vitamin Syaza (VS) said...

Ermm sedap. Jarang masak terung, boleh cuba ni :)

OKje said...

Terung tu faveret akak tu.... tp akak lagi suka terung sambal lepas tu terung goreng dulu....
Tapi kalau dapat terung masak ni pun pantang tolak jugak Dana lagi lagi org masak

Jepun Mari said...

sy pun suka goreng terung bercili mcm ni.. kadang goreng celup tepung..