Friday, September 27, 2019

Resepi Ayam Buttermilk

As salam semua kawan-kawan,

Selamat hari jumaat semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah yang rasanya dah ramai orang kongsi, aku je yang baru terkedek-kedek nak cuba.  Aritu aku dah cuba masak sekali, masa paksu datang aku masakkan lagi sebab katanya dia tak pernah cuba lagi.  Cuma silap aku buat agak pedas, paksu tu bukan makan pedas.

Tak berkesempatan lagi nak cuba buat dengan sotong atau udang, hari kerja aku memang tak masak sekarang ni.  Kalau masak pun yang simple-simple je sebab Edy selalu balik lewat malam, aku selalu masak untuk Aiyan je. Hujung minggu baru lah rajin masak lauk yang sedap dan special sikit. 

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam yang di potong kecil dan di goreng dengan tepung
1/2 tin susu cair
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih- dicincang
4 biji cili api- potong kecil
2 tangkai daun kari
sedikit garam


Cara masak:
- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari
- masukkan susu cair dan masukkan ayam goreng, gaulkan rata
- perasakan dengan garam biarkan seketika hingga kuah pekat
- Siap untuk di hidangkan

bahan-bahan utama

agak-agak dalam 3 sudu besar , rasanya lah

Tumiskan bahan-bahan ini hingga naik bau... sebelum ini aku pernah tambahkan bawang besar, tapi kali ini aku cuma guna bawang putih je

masukkan susu cair  ye kawan-kawan

masukkan ayam goreng tadi, biarkan sebentar hingga kuah agak pekat

begini lah rupanya, masa ini kuah dia nampak banyak... tak lama tu dia akan memekat

25 comments:

  1. Sedapnyaaaa...nanti nak buat untuk Dania la...dia suka lauk2 macam ni...

    ReplyDelete
  2. ammi kalau buat buttermilk chicken ni tak letak cili padi sebab si kecik nak makan..tp ayam tu ammi marinate dengan chili powder, curry powder bagai. biar ada rasa-rasa pedas sikitlah tp bukan pedas dr cii api.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ayam buttermilk. Kalau Fiza, suka pedas-pedas baru tak muak makan

    ReplyDelete
  4. sedapnya. weekend ni nak minta wife masakkanlah

    ReplyDelete
  5. Ramai pulak yg dok share resepi butter milk ni. apakah semua iniii hahaha kena masak jugak la mcm ni!

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah akan cuba resepi Dana ni untuk pelbagaikan lagi resepi dalam menu harian..

    ReplyDelete
  7. k SA- buat la SA, buat tambah2 lauk

    k Shiela- betul jugak kalau untuk budak kecik memang tak blh boh cili api sangat, nnti pedas sian lak

    Azhafizah- akak boh cili api tak banyak tp terasa di tekak jugak...

    en JMR- mudah mesti en isteri pun mudah nk buat

    Ain- hehehhe... sebab nk buatnya agak mudah, itu yg ramai yg viralkan

    k LZ- heheheh dana kalau resepi yg mudah-mudah memang suka kak, buat tambah2 menu sampingan ok jgk ni kak

    ReplyDelete
  8. sesekali ada jugak masak menu ni. tak berapa kena kat tekak ni.

    ReplyDelete
  9. Wahh sedap tuu.. Saya rasa macam pernah makan menu ni kat kedai, tp tak ingat kedai mane 🤔

    ReplyDelete
  10. PANDAI DANA MASAK GERENTI SEDAP TU

    ReplyDelete
  11. nunggu sudah ada dapur sendiri...saya nak cuba nanti

    ReplyDelete
  12. memang sedap menu ni Dana. Kat rumah akak pun chef ciju selalu buat.
    Cantik gambar2 Dana now. Besar macam tu mmg akak suka.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Adik Sallam kenal

    Izinkan dan halalkan Kak Mah amnil resipi ni yer,
    Nak mencuba juga,
    tak pernah makan lagi,
    Nampak sedap je.

    ReplyDelete
  14. Faberet niii Dana, nyaman arr. So far 2 3 kali je dah masak lauk jenis buttermilk. Hakak krg pakar 😁 tapi tgk resepi ni, senang je. Nnt rerajin buat

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum
    tengok je dah macam terasa sedapnya... tu belum makan lagi. Best blog ni sentiasa ada resepi-resepi baru yang mudah nak buat. izinkan saya copy resepi ni ye...

    ReplyDelete
  16. mudah je rupanya. nanti boleh cuba. tq berkongsi

    ReplyDelete
  17. Mar- mungkin sebab rasa lemak susu dan butter tu kan, sesekali ok lah masak

    AZ.com- mmg banyak kedai ada jual menu nih

    k Paridah- boleh la yang mudah-mudah je kak PI

    mrHanafi- insyallah, sila lah cuba nnti

    k Azian- sedap, cuma tak boleh makan selalu-selalu kak... cantik ye kak, kadang tak menjadi jgk gambarnya

    k Mah Ateh Nour-wsalam, silakan kak

    ShirVen- try buat ngn udang mesti layan sangat

    Ezy- sedap, makan pulak panas-panas

    Sayanakhiburan- mekasih follow

    en Abuikhwan- wsalam, silakan copy dan cuba ye ustaz... saya suka kongsi resepi yang mudah-mudah je

    Raihanah- mudah je, boleh je cuba...

    ReplyDelete
  18. adu sedapnyaaa kak! ni antara kesukaan jugak ni! pernah buat, tapi terpekat sangat...lagi suka kalo yang berkuah lebih sikit..

    ReplyDelete
  19. Sunah- itulah sebab kalau pekat dia jd lagi muak

    ReplyDelete
  20. Feberet anak-anak Ika gak ni buttermilk, takpun time isi ayam melambak, memang menu ni lah buat..sedapp

    ReplyDelete
  21. Sedapnya Dana.. Sha tak pernah cuba masak ayam buttermilk nie..

    ReplyDelete
  22. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...