Thursday, September 26, 2019

Photo Diary #32/2019 - Paksu ke UKM

As salam semua kawan-kawan,

Photo diary hari ini aku nak kongsi tentang kisah aku hantar adik bongsu aku untuk daftar di UKM, Bangi.  Alhamdulillah setelah habis program diploma di Unisza pada bulan Mei 2019, tak lama lepas tu lepas raya dia dapat kerja sebagai guru ganti sampai bulan September.
 
Keputusan UPU keluar dia tak berjaya sebab dia memohon ke UPU dengan keputusan diploma yang tak lengkap di sebabkan beberapa masalah Unisza.  Lepas tu dia buat rayuan dan dapat tawaran ke UIA cuma masa tu terlalu singkat, dia dapat keputusan pada hari rabu petang dan kena daftar pada jumaat pagi. Dan masa tu dia masih lagi mengajar, jadi setelah bincang dengan aku, dia nk tolak tawaran ke UIA. 

Mungkin memang rezeki dia, dia dapat tawaran kemasukan kedua ke UKM pada minggu lepas dan masa tu dia dah buat persediaan dan di permudahkan. Jadi isnin baru ni yang aku cuti tu, hantar dia daftar.  Sepatutnya daftar untuk kemasukan kedua pada hari jumaat sebab dia dapat keputusan tu lewat jadi dia telefon UKM dan minta untuk daftar pada isnin.

Adik aku ni dulu ambil diploma TESL di Unisza, sekarang dia dapat sarjana muda TESL  di UKM. Kakak-kakaknya tak sangka yang dia memilih untuk jadi guru bahasa inggeris.

* aku cuba untuk mengelak menggunakan perkataan singkat, sebab aiyan dan rajin baca entry aku dan dia tak faham perkataan singkatan tu 😅

edy ambil adik aku di TBS pada sabtu malam, ini gambar pagi ahad masa dia sarapan dengan aiyan

pagi ahad tu aku, maktek dan paksu ke Mr DIy untuk beli barang keperluan nya

Budak baju merah itu pun sibuk nk beli apa yang paksu nya beli... 

Paksu beli cawan dia pun nak beli cawan jugak, ikutkan jelah

Paksu beli biskut, dia pun nak jugak

ahad malam, paksu makan kat rumah je sebab kakaknya dah kepenatan siang hari tu berjalan je

sebelum tidur tu aku suruh dia kemas barang keperluan dalam beg ikea saiz besar, mudah untuk bawa esok pagi nya

Dia ada bawak 2 beg besar dan 2 beg kecil termasuk beg laptopnya

dalam pukul 8 lebih kami sampai ke UKM

Disebabkan dia dah lambat untuk daftar, dia kene ke pusat pengurusan akademik untuk daftar 
lepas dah daftar di pengurusan akademik, dia kene daftar di kolej kediaman pula, dapat kolej tun hussein onn

Lepas dah daftar semua, hantarlah barang ke bilik dulu sebab lepas ni kene daftar kat fakulti pula

Disebabkan kolej dah ada pelajar, jadi lelaki je yang boleh hantar... aku dengan aiyan duduk dalam kereta jelah yek

kolej kediaman nya cuma 3 tingkat je, dia dapat di tingkat 2


antara fakulti di UKM... nampak old fashion bangunan fakultinya

daftar di sini

sesudah daftar di fakulti, kami kene ke pusat kesihatan pula untuk buat xray dan pemeriksaan kesihatan lain

disebabkan kawasan UKM yang luas, disediakan banyak bas mengikut zon untuk pelajar-pelajar di sini, harapnya paksu dapat biasakan diri dengan zon masa bas ini lah

lepas siap urusan di pusat kesihatan kami keluar makan, boleh pulak terjumpa arked permainan dalam bangi gateaway nih... kene pau lah dengan aiyan, masa ni selepas kami cari bantal ke MR DIy

hantar paksu ke kolej kediaman dia dulu, hantar bantal sebelum hantar dia semula ke fakulti sebab dah perlu hadiri kelas pukul 2 petang

bye-bye paksu, semoga di permudahkan semuanya

dewan kuliah, masa ni dia terjumpa dengan kawan semasa di Unisza

18 comments:

  1. semoga bakal teacher ni dapat belajar dengan tenang dan dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  2. baca entry ni fefiling masuk Uni balik..teringat zaman dulu2..hehe
    semoga paksu aiyan terus maju dimasa hadapan

    ReplyDelete
  3. wah aiyan dah pandai layan blog ye. nanti boleh la ikut jejak langkah jadi blogger berjaya..

    semoga berjaya jugak kepada paksu aiyan..

    ReplyDelete
  4. Good luck bakal teacher! Rindu nak study lagii huhu.. Hai aiyan kalau aiyan baca komen hehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat adik Dana.. alhamdulillah dapat masuk UKM..insyaAllah keluar boleh jadi cikgu.
    wahhh Aiyan siap baca blog mama lagi ye.. good :)

    ReplyDelete
  6. k Shiela- amin, terima kasih

    Hayati- alhamdulillah, amin

    AZ.com- kadang bila mamanya tengah belek blog dia pun menyibuk je membaca, mekasih

    Ain- mekasih...

    Atie- amin, moga makbul lah doa Atie tuh

    ReplyDelete
  7. Semoga Paksu sukses dalam pengajiannya di sana. good luck!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Tahniah, semoga Pak Usu sukses sentiasa, kak AJ follow sini #350

    ReplyDelete
  9. JMR- terima kasih

    Ana JIngga- mekasih ye, nnti follow semula

    Ray- terima kasih...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..semoga paksu boleh adapt suasana di UKM, belajar pandai2 dan nanti bleh jadi pendidik...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah settle urusan pendaftaran. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. k SA- amin, terima kasih SA

    Azhafizah- alhamdulillah, amin

    ReplyDelete
  13. tahniah kpd paksu. abe kie dulu buat TESL kat UM. Skrg ni kurang benar cikgu BI apatah lg yg lelaki.

    ReplyDelete
  14. Tahniah paksu aiyan. Semua semua dipermudahkan, seronok tgk ahli keluarga berjaya ke menara gading kan.

    ReplyDelete
  15. Abam Kie- terima kasih, itulah kami pun tak sangka dia berminat nk jadi cikgu

    SHirVen- mekasih

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah..lancar semuanya...dah ada gaya cikgu bahasa Inggeris tu! haha! ameen ameen!

    teringat dulu2 pun menghantar jugak adik kat ukm masa dia mula2 daftar...time tu dia dapat duduk kolej tun syed nasir...jauh jugak dari ukm main campus nye...

    amboi aiyyan..terhibur acik nengoknye..hahaha! nasib la selama ni taip komen perkataan penuh semuanya...aiyyan jangan lupa jenguk blog acik jugak tau! 😜

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah rezeki dia sambung di UKM..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...