Tuesday, April 7, 2026

ABAH BUAT PEMBEDAHAN UNTUK SAKIT BENIGN PROSTATIC HYPERLASIA

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita 28 Mac 2026, abah kene masuk ward untuk buat pembedahan. BPH ini membuatkan prostat membesar menyebabkan saluran kencing menjadi sempit dan air kencing susah keluar. Jadi sebelum ini dah 3 kali abah kene ke klinik untuk masukkan tiub kencing untuk keluarkan kencing. Bila bengkak makin besar doktor sarankan abah buat pembedahan. Abah pilih buat pembedahan di KPJ Johor sebab kalau buat di hospital kerajaan lambat giliran untuk buat pembedahan tu. 

27 haribulan tu paksu dan mak yang hantar abah masuk ward. Paksu yang temankan abah sepanjang kat ward yelah lebih mudah kan dari nak suruh emak yang tunggu. Jumaat petang tu daftar masuk mak pulak tak balik ke rumah tapi tumpang tidur rumah makcik dekat-dekat situ. Pembedahan dibuat pada 28hb pukul 12 tengahari. Pukul 2 dah selesai abah tapi masa tu tak boleh nak turun ke mana-mana kene ada kat katil untuk 48jam. Pembedahan tu berjalan lancar, selasa 31hb tu abah dapat balik rumah. Harapnya terus sihat dan tak berulang lagi la masalah tu.

Sabtu pagi emak datang dengan makcik bawak sarapan untuk abah dan paksu

Tapi masa ni abah kene puasa lagi, sedangkan dia dah mula puasa pukul 12 tengah malam
sabtu malam mak datang jenguk dengan makcik
malam dalam pukul 9 baru abah dibolehkan makan
sepanjang dalam ward ini la kerja abah, layan tv dan makan keropok
sepupu abah datang jenguk
keluarga adik emak datang jenguk
hari isnin dah memang abah dah bosah la tak boleh ke mana-mana
akhirnya selasa petang boleh balik

13 comments:

  1. semoga abah Dana makin sihat hendaknya..dijauhkan dari apa2 aje penyebab memudaratkan kesihatan...cepat sembuh abah....

    ReplyDelete
  2. moga abah Dana segera pulih sediakala

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  4. smoga cpt sembuh spt sediakala dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  5. moga abah nya cepat2 sihat... aamiin

    ReplyDelete
  6. Moga Abah Dana cepat sembuh dan moga rutin harian Mak dan Abah Dana dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh dan elok selepas itu. Amin.

    ReplyDelete
  8. ada duit boleh jelah nak buat kat private...yang tak ada ni ngadap jelah kat spital kerajaan. semoga pakcik cpat sembuh

    ReplyDelete
  9. Semoganya abahnya di beri kesembuhan

    ReplyDelete
  10. Semoga Abah kakak dah semakin membaik saat ini yaaa 🤗

    ReplyDelete
  11. Moga abah cepat sembuh dan dipermudah kan semua nya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dah selesai...semoga Abah Dana sembuh Dan sihat seperti sediakala, Aamiin...

    ReplyDelete
  13. Semoga abah Dana makin sihat.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...