Assalamualaikum semua,
Pagi tadi nampak gelap ingatkan nak hujan tapi tidak, cuma itulah tak tahu la kalau petang ini hujan. Sebab dah beberapa hari petang je hujan lebat selebatnya. Kadang tak sempat gelap dah hujan, tapi beberapa hari ni mendung je. Hari ini ambil Aiyan lewat, dia ada aktiviti main bowling dan tengok wayang balik pukul 2.30 petang. Tersilap aku lupa nak mohon cuti rehat dengan boss jadi nanti lepas ambil Aiyan kene masuk pejabat jugak lah rasanya dekat pukul 4 juga sampai nanti hahahah.
![]() |
| Hari terakhir jumpa dengan Ain, dia nak berhenti dan dapat kerja di KPJ Tawakkal |
![]() |
| Walau setahun lebih je tapi dah rapat sangat, yelah seminggu 3 kali jumpa. Nurse yang baik dengan aku |
![]() |
| Kawan opis belanja cendol |
![]() |
| Ini pun ada kawan pejabat bagi... rezeki betul kan |
![]() |
| Pukul 6.30 pagi semalam hehehhe |
![]() |
| Boss aku ni memang., bincang ke apa semua kat meja aku takmo guna meja dia sendiri... lepas habis bincang dengan kerani dia sambung borak dengan aku lak |
![]() |
| Tamak, suruh kawan belikan ikan saiz besar |
![]() |
| Sudahnya terkulat-kulat nak habiskan sebab besar ikannya |
![]() |
| pokok ulam raja yang sangat subur |
![]() |
| si Yanot yang suka duduk belakang masa aku nak parking |
![]() |
| Dah boleh diharapkan angkat buah kalau hujung minggu |
![]() |
| Bagi upah dulu |
![]() |
| lama tak makan tosei rawa |













Berapalah harga kena ikan bakar besar itu?
ReplyDeleteIsk Yanot bahayalah duduk belakang kena gelek.